Tahukah anda khasiat kacang kuda terkenal sebagai makanan diet sejak 7500 tahun yang lalu.  Bukan sahaja rasanya yang sedap ia juga ada beberapa khasiat yang sangat sesuai bagi anda yang ingin menjaga berat badan. Diantaranya ialah kacang kuda adalah sumber karbohidrat yang kompleks oleh itu ia boleh mengawal paras gula dalam badan.  Membuat perut rasa lebih cepat kenyang dan tahan lama. Ianya juga boleh membantu pencernaan kerana kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ianya dapat mengimbangi paras kolesterol yang tidak sihat dan boleh mengawal penyakit jantung. Sumber mineral, vitamin dan protein yang lebih sihat.

Kacang kuda satu masa dulu selalu dijadikan snek menonton wayang, diletak dalam gulungan suratkhabar, mengundang nostalgia. Harini kita bawakan resepi mudah kacang kuda sebagai snek sihat anda. Mudah dan murah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Atiqah Zaki dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Selamat mencuba!

Resepi Kacang Kuda Berempah

kacang kuda berempah
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Kacang kuda (rendam semalaman, lepas tu rebus sampai lembut dan toskan)
  • Bawang merah dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Cili kering gunting kasar
  • Daun kari (terpulang)
  • Bancuhan serbuk kari 1 sudu (kalau banyak, pahit)
  • Air
  • Garam

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan.
  2. Masukkan cili kering, daun kari.
  3. Kacau-kacau, masukkan bancuhan serbuk kari.
  4. Gaul sikit then masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang.
  5. Bagi menggelegak, masukkan garam.
  6. Kacau-kacau, masukkan kacang.
  7. Gaul sampai sebati.
  8. Lepas tu dah puas hati, tutup api, sejukkan.
kacang kuda berempah
image via Facebook

p/s: Lebih enak selepas masuk peti ais then baru makan. Sebab salutan tu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup resap.

Selamat mencuba!

Resepi – resepi yang anda boleh cuba:

Terdapat pelbagai resepi yang ada boleh cuba. Kini, bolehlah anda variasikan masakan anda! Jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang. Sehingga berjumpa di lain waktu!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.