Apa menu masakan anda tengahari atau malam ini? Bagaimana jika anda membuat salah satu masakan ala Thai iaitu resepi ikan tiga rasa. Macam sedap. Memang pun!

Seperti namanya, ikan tiga rasa ini mempunyai rasa yang unik. Rasa yang unik ini antaranya rasa pedas dari cili, manis dan masam daripada sos mahupun nenas.

Di bawah ini ialah resepi ikan tiga rasa yang dikongsikan oleh Yusma Mustafa di Facebook. Sebetulnya untuk membuat ikan tiga rasa boleh menggunakan ikan jenis apapun, tidak kisah. Namun dalam resepi ini menggunakan ikan talapia sebagai bahan utama. Sila mencubanya.

Resepi Ikan Talapia Tiga Rasa

resepi ikan masak tiga rasa

Bahan-bahan :

  • Seekor ikan talapia sederhana besar (siang ikan dan terus mekapkan dengan garam kunyit).
  • Tomato, timun dan nenas dipotong dadu. (Agak-agak saja mahu guna sebanyak mana).
  • Sos cili, sos tomato dan sos tiram sesudu besar tetiap satu.
  • 2 ulas Bawang putih,
  • 2 ulas bawang merah. (Tak kisah mahu tumbuk ataupun kisar).

Resepi ikan tiga rasa

Cara Membuat Ikan Talapia Tiga Rasa

1. Goreng ikan sampai garing kedua-dua belah. Pastikan minyak betul-betul panas.

Resepi ikan masak tiga rasa

3. Tumis bawang putih dan bawang yang sudah siap ditumbuk sampai naik bau.
4. Masukkan semua sos.
5. Boleh tambah gula dan garam secukup rasa.
6. Jiruskan secawan air bagi sedikit berkuah.
7. Masukkan timun, nenas dan tomato.
8. Biar sekejap dalam 2-3 minit bagi lembut.

Resepi ikan masak tiga rasa

Imej via facebook

9. Bila sudah mendidih, boleh masukkan ikan yang sudah siap digoreng tadi. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Ikan Talapia Tiga Rasa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.