Hendak cuba resepi ikan masak taucu? Pernahkan anda makan taucu? Taucu ialah sejenis makanan yang dibuat daripada kacang soya yang telah direbus, dihaluskan dan kemudian diperam.

Taucu biasanya digunakan sebagai penyedap dalam membuat lauk, misalnya ayam taucu, sayur taucu ataupun ikan taucu.

Ikan taucu dimasak dengan cara menggoreng ikan terlebih dahulu, kemudian menumis kesemua bahan sayur seperti tomato, kacang buncis dan cili sehingga agak layu barulah diberi pes taucu. Selain ikan, ada pula orang yang membuat taucu sayur sahaja.

Taucu sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih. Dihidangkan sebagai makan tengah hari. Taucu ada yang berkuah ataupun kering dan aromanya sangat sedap hingga mampu membangkitkan nafsu makan.

Taucu tidaklah pedas. Bahkan kanak-kanak boleh makan ikan masak taucu ini. Tanpa tunggu lama, mari tengok resepi ikan taucu yang dikongsikan oleh Kalaivani Krishnasamy di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Masak Taucu

ikan masak taucu

Imej via Facebook

Bahan – bahan :

  • Kicap manis,
  • Kicap pedas,
  • Taucu,
  • Ikan bawal 2 ekor,
  • 3 ulas bawang besar,
  • 2 biji cili merah,
  • 1 biji tomato,
  • 3 biji cili padi.

Cara-cara :

  1. Mula-mula, lumur ikan bawal dengan sedikit serbuk kunyit, garam dan lada.
  2. Kemudian ikan digoreng sampai garing.
  3. Lalu tumis bawang besar, cili merah, cili padi dan tomato. Tumis jangan sampai terlampau layu.
  4. Jika sudah sedikit layu, masukkan taucu dalam 3 sudu makan dan gaul sebati.
  5. Kemudian masukkan kicap pedas dalam 3 sudu makan. Kalau mahu pedas boleh tambah kicap pedas. Tapi jangan tambah banyak sangat takut nanti hilang rasa taucu. Kalau mahu tambah cili padi pun boleh, kena tumis cili padi sampai hilang bau.
  6. Kicap manis dalam 5@6 kali renjis atau mengikut kuantiti yang diperlukan ikut tekak masing-masing.
  7. Gaul sebati kesemua bahan. Boleh tambah air kalau mahu kuah lebih sedikit.
  8. Tunggu sampai kuah pekat sedikit.
  9. Masukkan ikan bawal yang digoreng tadi.
  10. Gaulkan bersama kuah kicap taucu tadi. Gaul dengan cermat jangan sampai ikan hancur. Kekalkan bentuk ikan itu.
  11. Jika sudah siap. Boleh tabur daun ketumbar dan daun bawang, makan dengan nasi putih. Selamat mencuba.

Nota :

  • Tidak perlu tambah garam atau aji kerana taucu dan kicap sudah ada perasa.
  • Gunakan kicap Enaq kerana kicap ini memang lain dari yang lain, tidak perlu masukkan garam dan gula sekalipun.
  • Original resepi ada halia dihiris. Namun dalam resepi ini tidak menggunakan halia.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan masak taucu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.