Kali ini kami bawakan kepada anda sebuah resepi yang berasal pure daripada kampung. Resepi ini amat lazat dihidangkan bersama dengan nasi panas. Juadah simple seperti ini bukan sahaja dapat mengenyangkan perut kita malahan ianya juga dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Sekiranya anda seorang yang berkerjaya, semestinya anda menginginkan sesuatu yang mudah untuk anda dan keluarga. Resepi yang kami bawakan adalah resepi ikan kerisi pekasam. Oleh kerana cara pembuatannya yang mudah dan hanya perlu disimpan, ianya amat sesuai untuk dihidangkan sewaktu sahur. Ambil sahaja, dan makan bersama nasi. Nyum!

Resepi ini dikongsikan oleh Norliza Musa dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi? Jom scroll kebawah untuk melihat resepi!

Resepi Ikan Kerisi Pekasam

ikan kerisi
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan kerisi
  • Garam kasar
  • Asam keping
  • Beras goreng

Nota: Beras goreng itu hendaklah disediakan terlebih dahulu.

Cara – cara memasak:

Cara menyediakan beras goreng:

  1. Sangai beras bersama garam sedikit. (Nota: Kalau secawan beras, garam dalam 3 sudu)
  2. Kisarkan.
ikan kerisi
image via Facebook

Cara menyediakan ikan kerisi pekasam:

  1. Belah belakang ikan kerisi dan buangkan segala isi perutnya. Bersihkan dan tos sehingga kering.
  2. Kemudian, renjis kan garam kasar kedalam badan ikan tersebut. (Nota: Jangan banyak sangat bagi elakkan terlebih masin)
  3. Taburkan beras goreng.
  4. Letakkan asam keping sekeping kedalam badan ikan.
  5. Lumurkan kesemua bdan ikan bersama beras goreng tadi.
  6. Siap! Letaklah ia kedalam peti sejuk.

Nota: Lagi lama lagi sedap!

Resepi – resepi yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi ini, ada banyak lagi resepi yang anda boleh cuba untuk masak dirumah. Selepas ini, makin banyaklah idea untuk memasak! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama ahli keluarga yang lain. Jumpa lagi nanti!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.