Sambal Udang adalah juadah yang amat popular dikalangan orang kami. Bukan sahaja orang Melayu, malah satu Malaysia menggemarinya. Ianya amat lazat dan boleh dimakan dengan pelbagai jenis hidangan. Antaranya, nasi putih panas panas, atau mungkin nasi lemak, atau boleh dihidangkan bersama bubur dan dicicah bersama roti. Lazatnya.
Resepi ini juga amat sesuai dijadikan juadah makan besar bersama keluarga. Rasa pedas dan manisnya, digabungkan bersama udang yang sedap dan gebu, dan menaikkan selera sesiapa yang melihatnya.
Bagi ibu yang bekerja, dan berkejaran untuk masak juadah berbuka, resepi ini kami bawakan khas untuk anda. Resepi ini telah dikongsikan oleh Fatin Nursyafawani di laman Facebooknya. Jom tengok!
Mudah bukan resepi sambal udang ini? Anda boleh memasaknya dengan sekejap sahaja! Walaupun ianya sekejap, hasilnya amat menyelerakan. Selain itu, kami juga sediakan resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!