Ikan dori banyak dijual isinya sahaja atau dinamakan fillet. Jarang sangat ikan dori dijual bentuk asal. Ikan dori pula ada dua jenis iaitu dori air tawar dan dori air laut. Dan berdasarkan sumber : wikipedia, ikan dori air tawar itu ialah ikan patin. Maka, bergantung anda apabila membeli samada dapatkan dori original mahupun ikan patin.
Isi ikan dori ini dagingnya putih dan lembut. Bila goreng celup tepung memang sedap dan tak bau hanyir pun. Selain itu ikan dori pula sedap dibakar. Bahkan sekarang ada keluaran baharu iaitu Dory Skin crunchy yang ramai permintaan.
Ada banyak resepi dori menarik di Facebook dan telahpun kami ringkaskan untuk anda baca dan cuba. Taruk bahan-bahan apa yang ada di rumah sahaja. Lagipun masak ikan dori tidak perlu letak perasa apa-apa sebab ianya telahpun lembut dan sedap. Selamat mencuba.
Korean Spicy Dori
Siapa pernah buat resepi ini? Selalu jumpa korean spicy chicken bukan? Mana yang boring makan ayam, kita tukar ikan dori pulak. Pun sedappp. Anak-anak sampai berebut la. Dia rasa sweet, sweet, sour, pedas gitu. Resepi dikongsikan oleh Sharinaz Redwan di laman Facebook.
Bahan-bahan :
3 keping ikan dori,
Tepung Bestari,
Bersihkan ikan dori, celup tepung Bestari, gorengkan.
Bahan sos:
4 sb sos cili,
3 sb sos tomato,
3 sb madu,
1 sb cili kisar,
4 biji cili kering dipotong kecil-kecil,
5 biji bawang putih ditumbuk,
Sedikit bijan, sangai sekejap.
Cara-cara:
Tumis bawang putih,
Masukkan cili kering dan tumis,
Masukkan cili kisar,
Masukkan madu, sos cili, sos tomato yang sudah digaul bersama.
Akhir sekali masukkan ikan dori yang sudah digoreng tepung.
Taburkan bijan baru macam masak Korea.
Fillet Ikan Dori Bersos Lemon
Menu ini sesuai dimakan tengahari. Ikan perlu digaul dengan tepung dulu dan digoreng garing baru kemudian digaul bersama sos lemon yang dibuat menggunakan resepi daripada Nur Hanani Baharuddin di laman Facebook. Cara menyediakannya mudah sangat.
Bahan-bahan :
Fillet ikan,
Garam,
Kunyit,
Putih telur,
Tepung jagung.
Cara-cara :
Gaul rata ikan dengan garam dan kunyit.
Salut telur putih gaulkan sedikit-sedikit.
Kemudian salut penuh dengan tepung jagung. Goreng hingga kuning keemasan.
Bahan Sos Lemon :
Bawang putih (hiris),
Kiub pati ayam,
Garam,
Gula,
Air perahan lemon (setengah biji),
Sos cili thai,
Tepung jagung.
Cara-cara :
Tumis bawang putih, masukkan kiub pati ayam dan air perahan lemon. Masukkan garam, gula dan sos cili thai.
Masukkan sedikit air, sesuaikan rasa.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Siap untuk ditabur atas fillet.
Dori Masam Manis
MasyaAllah dia punya sedap tidak pandang kiri kanan masa makan. Rasa masakan ini masam manis tidak ada pedas pun, kanak-kanak mesti suka. Letak dalam bekas bawa bekal ke sekolah pun memang seronok. Resepi dikongsikan oleh Cik Sue Zakaria di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Ikan dori dipotong ikut suka.
Tepung jagung 1 sb,
Tepung beras 1 sb,
Serbuk penaik 1 sk,
Garam ½ sk,
Lada putih ½ sk,
Sos cili 2 sb,
Sos tomato 2 sb,
Air perahan nanas 5 sb,
Cuka 1 sb,
Tomato, timun, bawang besar, nanas dan cili besar.
Cara-cara:
Gaul dori yang sudah dipotong ikut suka dengan garam dan lada putih. Perap selama 10 minit sahaja.
Gaulkan tepung jagung, tepung beras, dan serbuk penaik.
Ikan yang diperap salutkan dengan tepung yang sudah digaul tadi.
Goreng dalam minyak yang banyak hingga dori tenggelam.
Cara menyediakan kuah :
Campurkan sos cili, sos tomato, air perahan nanas, cuka, kemudian letak atas api.
Masukkan tomato, timun, bawang besar. Masak dengan api perlahan.
Jika kuah sudah siap, terus tuang kuah ke atas ikan.
Ikan Dori Buttermilk
Selalu kita orang buat masak butter ini untuk ayam, sotong atau udang. Ikan pun sedap, memang menjadi dan sedap. Masak buttermilk ini budak-budak pun suka. Kalau tidak suka pedas gantikan cili padi merah dengan cili besar. Sebaiknya ikan dori dipotong kecil dan digoreng tepung crispy. Paling penting adalah kuah buttermilk yang berkrim itu. Resepi daripada Ticer Teha di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Ikan dori 2 keping besar,
Tepung goreng Kentucky,
Bawang putih 5 ulas (hiris nipis),
Bawang holand 1 biji (hiris),
Cili padi merah ¾ biji (belah 2),
Daun kari 2 tangkai,
Serbuk kunyit 1 sudu kecil,
Serbuk kari 1 sudu kecil,
Susu segar 1 kotak kecil,
Butter 2 sudu besar,
Lada hitam 1 sudu kecil,
Garam secukup rasa.
Cara-cara :
Potong ikan dori jadi ketulan kecil.
Bancuh tepung serbaguna, celup dan goreng. Bila sudah garing sedikit, toskan minyak dan letak tepi.
Panas kuali, masukkan butter.
Bila butter sudah cair tumis bawang putih, bawang holand, daun kari dan cili padi merah sampai garing sedikit.
Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk kunyit.
Akhir sekali masukkan susu segar dan garam. Kalau ingin lagi sedap letak lada hitam sedikit.
Bila kuah sudah pekat sedikit, masukkan ikan dori yang sudah digoreng tadi.
Ikan Dori Steam
Ikan dori frozen selain buat fish & chip, boleh masak steam juga. Sedap isi ikan lembut steam dengan bawang putih, halia, daun bawang, dan kicap. Resepi dikongsikan oleh Hadzniza Mahdi di laman Facebook. Senang hidangkan lauk ini, berapa minit saja terus siap.
Bahan-bahan :
2 keping ikan dori,
2 ulas bawang putih dicincang,
6 hiris halia dihiris nipis memanjang,
2 batang daun bawang,
8 sudu besar kicap cair,
1 sudu besar kicap pekat.
Cara-cara :
Daun bawang dan lada jarum dipotong nipis memanjang (untuk hiasan atas).
Letakkan daun bawang di atas pinggan, kemudian letakkan ikan dori di atas daun bawang,
Tabur sedikit halia di atas ikan (simpan sedikit halia untuk kuah). Kukus sehingga masak.
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga keperangan.
Bila ikan sudah masak, tuangkan kuah ke atas ikan.
Tabur daun bawang dan lada jarum ke atasnya.
Tempura Dori Fish Sos Carbonara
Kenyang makan tengahari dengan tempura dori fish dengan sos carbonara homemade. Carbonara homemade buat sendiri lebih yakin dia punya bahan-bahan. Bagi yang berdiet kalori boleh makan juga. Kuah terpulang pada selera masing-masing, kalau ingin buat kuah cair tapi banyak, maka lebihkan air, kalau ingin kuah banyak tapi pekat tambahkan bancuhan tepung. Resepi Mieza Famiza di laman Facebook.
Bahan sos carbonara :
1 sudu olive oil,
1 biji bawang holland (cincang/dadu),
5@6 biji bawang putih (rincik halus),
1 kotak kecil susu segar rendah lemak,
3@4 kping cheedar cheese,
1 kiub ayam,
White pepper,
Black pepper biji (tumbuk),
Oregano/Mix herbs,
Air (untuk kuah),
Tepung gandum dibancuh dengan air (untuk memekatkan),
Button mushroom,
Sosej* (yang diet tidak berapa sesuai letak sosej),
Garam* (diet tidak payah letak atau letak sedikit sahaja).
Cara-cara :
Tumis bawang putih dan bawang holland hingga naik bau.
Masukkan kiub ayam, sosej, button mushroom.
Masukkan susu dan sambil kacau.
Kemudian masukkan white pepper, black pepper, dan mix herbs.
Masukkan air dan kacau sebati.
Masukkan bancuhan tepung untuk pekatkan kuah.
Masukkan garam. Seimbangkan rasa semuanya. Siap dihidang.
Cheese Mozarella Baked Fish With Pandan Leaves
Kita datangkan satu menu ala western pula. Kita pakai mozzarella cheese supaya kesan western tu menjadi. Paling penting kena buang hanyir ikan dulu secara rendam dengan tepung gandum dan jus lemon. Ciri masakan ini kena letak daun pandan, satu rumah bau harum daun pandan bila bakar dalam oven. Jom cubakan resepinya oleh Mastura Mukhtar di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Blackpepper,
Garam,
Chiliflakes. Letak lebih kalau ingin pedas.
Parsley,
Limau atau lemon,
Kicap manis,
Ikan dori,
Mozarella cheese.
*Kalau ada basil leaves boleh letak sekali.
Cara-cara :
Rendam ikan dori dengan tepung gandum dan air lemon selama 5 minit untuk hilangkan bau hanyir ikan.
Lumur dengan semua bahan di atas dan perap sekurang-kurangnya 15 minit. Perah air lemon atau limau juga.
Bakar di atas daun pandan dalam oven selama 15 minit api atas bawah suhu 180° C.
2 minit terakhir tabur cheese. Kalau letak awal-awal nanti hangit.
Dori Sup Cendawan
Apa rasanya ikan dori masak sup? Biasanya akan hanyir sedikit. Jadi cik Suhana Osman masukkan sedikit minyak bijan, fuhh naik terus bau dia. Makan panas-panas dengan nasi panas memang lega rasa sakit perut. Resepi campak campak sahaja namun lazat, sila cubakan.
Bahan-bahan :
Ikan dori,
Halia sekeping,
Bawang putih 2 ulas dititik,
Air secukupnya,
½ kiub ikan bilis,
Garam dan gula,
Cendawan tiram,
Lada sulah,
Daun ketumbar,
Air tepung jagung sedikit.
Cara-cara :
Basuh bersih ikan dori kiub, toskan.
Isi air dalam periuk, agak-agak berapa banyak air untuk supnya.
Masukkan halia sekeping (agak-agak ikut selera masing-masing). Ketuk bagi retak-retak.
Masukkan bawang putih yang dititik dalam 2 ulas sahaja.
Masukkan ½ kiub ikan bilis.
Masukkan ikan dori kiub tadi.
Agak-agak menggelegak, rasa kuahnya.
Kalau kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula.
Kemudian masukkan cendawan tiram yang sudah dikoyak-koyakkan.
Masukkan lada sulah sedikit.
Masukkan daun ketumbar.
Akhir sekali masukkan air tepung jagung sedikit untuk pekatkan kuah. Tahap pekat ikut selera masing-masing.
Ikan Dori Masak Plum Simple
Ikan dori masak plum ini dia guna sos plum dan bahan main agak-agak saja. Rasa dia jangan bimbang, memang sedap. Sebenarnya senang saja kalau nak masak ikan dori, banyak sangat resepi-resepi yang berbaloi cuba, antaranya resepi baharu yang dikongsikan oleh Ana Nurul Farhana di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Ikan dori potong ikut suka,
Lada sulah,
Telur putih,
Tepung jagung,
Bawang putih,
Lada kering,
Stock ikan bilis @ cukup rasa,
Sos tiram,
Sos plum,
Kicap,
Gula.
Cara-cara :
Ikan dori diperap dengan lada sulah, telur putih dan tepung jagung dalam 15-20 minit.
Lepas perap, gorengkan ikan. Tapi kalau guna kuali biasa ikan akan melekat. Maka, guna nonstick pan.
Tumis bawang putih yang dicincang kasar dengan lada kering.
Bubuh perasa stok ikan bilis sedikit pun boleh.
Bubuh sos tiram, sos plum, kicap sedikit dan gula sedikit. Sesuaikan rasa.
Masukkan ikan yang digoreng tadi.
Masukkan daun bawang. Siap.
Sambal Kering Ikan Dori
Resepi sambal kering dori ala Norliza Bahari di laman facebook amat memikat selera. Pasalnya sambal ini guna serai yang ditumis garing sehingga menghasilkan bau khas. Bau serai inilah yang jadikan rasa sambal merecik lupa dunia. Ikan dori pula tidak perlu diapa-apakan dulu terus masuk sahaja. Mudah bukan?
Bahan-bahan :
Sepaket ikan dori yang sudah siap dipotong kiub.
Lepas basuh gaul dulu dengan sedikit tepung gandum untuk buang hanyir ikan dan bilas balik. Perasakan dengan garam, kunyit dan satu sudu makan tepung gandum, goreng dan ketepikan.
Satu biji bawang besar*,
2 biji bawang putih*,
2 biji cili api*,
Bahan bertanda* ditumbuk kasar.
Serai 2 batang hiris kasar,
1 senduk cili blend atau ikut cita rasa masing-masing.
Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis serai sampai garing kemudian tapis. Buang serai tadi sebab ambil bau sahaja.
Guna minyak serai tadi, masuk bahan *tumbuk tadi dan goreng sampai garing.
Masuk cili blend dan sesudu gula merah. Masak sampai pecah minyak baru masukan ikan tadi, gaul bagi rata.
Perasakan dengan gula garam dan asam. Siap.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi di atas, kami juga telah menulis resep lain yang tidak kalah sedap dan menarik. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.