Ikan bilis sedari dulunya memang menjadi favorite. Biasanya digoreng garing, ditumis dengan sambal, dimasak berkuah, semua menarik dan disukai ramai.
Masak ikan bilis sangat senang, sebab itu banyak ibu yang suka memasak ikan bilis untuk hidangan keluarga. Selain memasaknya yang mudah, rasanya juga sedap. Ikan bilis yang digoreng rangup sangat sedap bahkan jika dimakan begitu sahaja.
Alasan lain ikan bilis disukai kerana ia dapat dijadikan makanan jangka masa panjang, seperti resepi yang dikongsikan oleh Bunga Tanjung di Facebook yang telah kami kemas dengan rapi dibawah ini. Iaitu resepi ikan bilis masak pedas. Di mana ikan bilis dan bahan-bahannya digoreng hingga rangup kemudian dihancurkan.
Makanan ini sangat tahan lama. Jika disimpan dalam bekas kedap udara, ia boleh dibawa jenjalan jauh untuk masa yang lama. Boleh pula dijadikan menu untuk bekal anak balik kampus atau anda yang kerja outstation atau macam suami seorang askar yang perlu bawa bekal pergi bertugas satu dua minggu di hutan. Resepi ini boleh dijadikan menu wajip bawa sebagai lauk. Tinggal memasak nasi sahaja.
1. Mesin kering (grind) cili kering yang sudah digoreng bersama garam dan gula (rasa sikit dan adjust garam dan gula secukup rasa)
2. Masukkan bawang goreng dan ikan bilis. Grind sekejap-sekejap supaya tak hancur sangat.
3. Masukkan dalam bekas dan tutup rapat bila sudah betul-betul sejuk.
Note :
1. Ikan bilis dan bwg biarkan sejuk dahulu baru blend skali dengan cili kering untuk rahsia kekal rangup.
2. Ikan bilis klu tak mau hancur boleh tumbuk bagi pecah sikit-sikit dan gaul sebati.
Selain resepi ikan bilis pedas, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.