Mencari resepi ikan tongkol yang lazat lagi menyelerakan?
Apa kata kalau anda mencuba resepi gulai ikan tongkol pula. Untuk perempuan-perempuan dan istri-istri yang ada di rumah, anda patut mencuba resepi gulai ikan tongkol sedap yang kami kongsikan ini untuk menjamu selera keluarga anda.
Ciri khas gulai ialah rasanya yang kaya akan rempah seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili dan sebagainya yang kemudian dimasak dalam santan. Masakan ini dianggap sebagai bentukan lain daripada kari.
Resepi gulai datang daripada suku Minangkabau, Indonesia. Bahan utama untuk gulai pula boleh menggunakan ayam, ikan, daging kambing, daging lembu ataupun sayur. Gulai mempunyai aroma yang wangi, kuah santan yang kaya akan rempah sangat membangkitkan selerea. Gulai pula boleh dimakan bersama dengan nasi putih mahupun nasi dagang.
Sekarang kami akan mengongsikan resepi gulai ikan tongkol yang sangat sedap yang dikongsikan oleh Arma Falisa di Facebook dan telah mendapat perkongsiam ramai. Sila cuba resepi ini dan selamat menjamu selera.
1. Rebus ikan tongkol dahulu dengan asam keping anggaran dalam 5 keping, gula melaka atau nisan dlm separuh serta garam. Rebus sampai air hampir kering.
2. Tumis bahan kisar tadi sampai garing.
3. Bancuh 1 pakej serbuk kari ikan babas beserta 4 sudu besar rempah gulai cap ros atau rempah gulai yang timbang. Masukan dalam bahan kisar tadi.
4. Tumis semua bahan sampai naik minyak.
5. Masukan santan kara 1 kotak.
6. Masukan 3 cawan air.
7. Biarkan mendidih dan masukan ikan yang direbus tadi.
8. Masukan separuh gula nisan atau gula melaka. Perasakan dengan garam. Biarkan diatas api.
9. Jika kurang air boleh tambah diulang sehinggalah pecah minyak.
10. Bila sudah pecah minyak boleh letak cili padi ikut pedas masing-masing.
Selain resepi Gulai Ikan Tongkol, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.