Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Donut Gemuk Eira Mudah (Sebijik Rupa dan Rasa)

Dewasa ini makanan donut memang menjadi perbincangan ramai. Telah kita tahu bahawa terdapat pelbagai varian donut dijual dimana-mana jua. Donut merupakan…

ResepiDikemas kini 2 Januari 2023oleh Rahayu Z
Donut gemuk yang gebu dan sedap hasil resepi ala Eira Aziera
Masa Penyediaan: 30 minit

Dewasa ini makanan donut memang menjadi perbincangan ramai. Telah kita tahu bahawa terdapat pelbagai varian donut dijual dimana-mana jua. Donut merupakan makanan sejuta umat bermula daripada kanak-kanak hingga kaum dewasa. Sukar memang untuk tidak menyukai makanan satu ini. Kali ini donut versi baharu yang menyita perhatian netizen iaitu donut ala Eira Aziera yang sentiasa berkongsi di vlog. Resepi mudah dan sedap ini menarik minat sesiapapun untuk mencuba di rumah. Kami tunaikan keinginan anda untuk menghasilkan sebijik donut seperti Eira tersebut dengan perkongsian daripada air tangan Bushroh Baharom di laman Facebook. Terdapat dua jenis donut yang dibuatnya iaitu donut biasa nan gemuk dan donut pintal sosej. Jom cubakan resepinya untuk layan minum petang hari ini.

Resepi Donut Eira Aziera

Donut Eira Aziera yang gebu dan masak dengan rata

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • I kg tepung gandum,
  • 3 sb mauripan,
  • 3 sb gula,
  • 3 sb planta,
  • 1 sk garam,
  • 3 sb susu tin,
  • 1 ½ sb tepung kek (tidak pakai),
  • 1 biji telur (saya gantikan).

Cara-cara :

  1. Ke dalam satu jug panjang, masukkan mauripan bersama gula. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau seketika sehingga larut, ketepikan dahulu.

  2. Dalam satu bekas masukkan sekilo tepung, planta, garam, susu tin, gaulkan sebati.

  3. Kemudian masukkan mauripan gaul lagi kesemua bahan bagi sebati dan masukkan tepung kek, tetapi saya tiada tepung kek jadi saya gantikan dengan telur.

  4. Gaulkan kesemua bahan-bahan sehingga doh tidak melekat di tangan dan perap selama 30 minit.

  5. Selepas 30 minit doh mengembang, tumbuk-tumbuk doh sekuat hati untuk mendapatkan tekstur donut yang lembut.

  6. Akhir sekali gelek dengan acuan donut atau cawan.

    Adunan donut sedang disediakan mengikut langkah resipi

    Imej via Facebook

    Adunan donut dibentuk menjadi bentuk bulat berlubang tengah

    Imej via Facebook

Nota: Untuk mendapatkan doh yang lembut dan tekstur donut lembut kena uli doh bagi lama.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi donut Eira, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.