Daging paprik selalunya menjadi menu pilihan masyarakat melayu. Daging paprik biasanya dimakan bersama nasi putih ataupun nasi goreng. Makanan bercita rasa Thailand ini sangat diminati.

Resepi daging paprik sangat mudah. Bahan-bahan untuk membuat daging paprik juga mudah dijumpai. Rasa daging paprik pula tidak terlalu pedas namun sangat gurih dan sedap.

Daging paprik biasanya dijadikan menu untuk jamuan acara atau makan tengah hari. Rasa sedap daging paprik yang dimakan bersama nasi sangat membangkitkan selera.

Di bawah ini kami akan kongsikan resepi daging paprik yang mudah dan lazat yang dikongsikan oleh Nurjanah Amanda di Facebook. Sila baca dan cubakan resepi ini dirumah anda.

Resepi Daging Paprik Yang Membangkitkan Selera

resepi daging paprik

Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Bawang putih.
  • Bawang merah.
  • Halia sebesar ibu jari.
  • Cili kering.
    (Kisar kesemuanya)
  • Daun limau.
  • Babycorn.
  • Asparagus.
  • Red/yellow pepper.
  • Shallot scape.
  • Tomato.
  • Carrot.
  • Brokoli.
  • Kicap pekat 1 sudu besar.
  • Lada sulah 1 sudu besar.
  • Daging dihiris tebal.
  • Sos tiram 2 sudu besar.
  • 4 sudu besar sos tomato.
  • 4 sudu besar kicap lemak manis.

Cara Memasak Daging Paprik

1. Perapkan daging bersama kicap pekat 1 sudu besar dan lada sulah 1 sudu besar.

2. Tumis sampai garing bahan-bahan kisar bersama daun limau.

3. Masukkan daging ke dalam bahan tumis tadi, kemudian tutup kuali. Biarkan daging masak sehingga empuk dan air dagingnya keluar.

4. Masukkan sos tiram 2 sudu besar, sos tomato 4 sudu besar dan kicap lemak manis 4 sudu besar.

5. Bila kuah agak pekat masukkan air.

6. Akhir sekali masukkan sayuran campur.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Daging Paprik, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.