Apakah anda suka membuat burger? Jika ya, bagaimana anda menyediakan daging burger kesukaan anda? Apakah anda beli daging burger yang siap beli di kedai? Baiknya mulai sekarang anda tidak perlu beli daging burger segera itu kerana tidak pasti kualiti dagingnya bagus atau tidak.

Tahukah anda bahawa ada cara mudah supaya anda boleh mendapatkan daging burger yang berkualiti dan dijamin kesihatannya. Iaitu dengan cara buat sendiri daging burger. Buat sendiri lagi jimat, sedap dan berkualiti.

Perkongsian kami kali ini iaitu tentang cara membuat daging burger yang bahkan lebih sedap dibandingkan daging burger di kedai. Langkah-langkah membuatnya juga sangat mudah. Hanya perlu blend daging sampai hancur bersama dengan rempahnya.

Resepi daripada‎ Sue Faizah‎ di laman Facebook ini sangat mudah dan konfirm menjadi. Sudah banyak yang cuba buat resepi ini di rumah. Memang lebih puas, boleh adjust rasa dan kualiti daging pun dijamin bagus. Sila tengok resepinya.

Resepi Daging Burger Homemade

daging burger

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 biji telur,
  • 1 sudu makan salted butter,
  • 1 biji bawang holland saiz kecil. Kalau saiz besar gune separuh saja,
  • 1 sudu teh serbuk black pepper,
  • 1 sudu teh mixed herbs,
  • 500 g daging lembu atau ayam yang sudah dipotong kecil.

Cara-cara :

  1. Mula-mula blend telur sampai berbuih.
  2. Kemudian masukkan butter, bawang holand, black pepper dan mixed herbs. Blend lagi.
  3. Masukkan daging. Blend lagi.
  4. Setelah itu, keluarkan bahan dari blender dan masukkan dalam acuan untuk bentukkan. (Lapikkan plastik dengan minyak masak sebelum dibentukkan, takut nanti melekat masa nak ambik untuk kukus/masuk direct freezer).
  5. Seterusnya ada dua pilihan untuk step ini :

Pilihan 1. Terus masukkan daging yang dibentuk tadi ke dalam freezer (dalam setengah jam hingga sejam). Kalau sudah keras sedikit boleh ambik dan pack untuk disimpan. Atau,

Pilihan 2. Kukus dahulu sebentar dalam setengah minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok, kalau kukus telalu lama daging akan kurang juicy bila kita masak nanti). Lepas itu boleh terus pack untuk frozenkan.

*Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi daging burger, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.