Selamat petang semua. Siapa pengemar cheseetart buncit? Beli di luar satu biji RM 1.50 ke atas. Baik buat sendiri, senang puas makan bukan?

Dikatakan cheese tart buncit kerana bentukannya yang buncit dan gebu. Cheese dipaipkan penuh ke atas shell tart hingga membukit dan buncit.

Resepi cheese tart buncit ala Nur Dayana di laman Facebook ini menggunakan topping coklat bar jenama dicairkan dan diletak ke atas permukaan cheese.

Mesti ramai yang tercari-cari resepi cheese tart buncit. Sekali gigit tart meletop cheese di dalam mulut. Sudah tidak sabar bukan? Mari lihat resepinya.

Resepi Cheese Tart Buncit Magnum

resepi cheese tart buncit

Imej via Facebook

Bahan-bahan Shell Tart :

  • Butter 260 gram,
  • Gula icing 100 gram,
  • Telor 1 biji,
  • Tepung 500 gram,
  • 1 sudu besar air sejuk,
  • Sedikit esen vanila.

Cara-cara :

  1. Kacau butter dan gula dalam bekas.
  2. Bila sudah sebati masukan telur.
  3. Gaulkan lagi bahan, masukan esen vanila dan air sejuk.
  4. Akhir sekali masukan tepung gandum. Uli sampai jadi doh.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.
  6. Letak coklat sedikit di dalam shell.
    cheese tart buncit

    Imej via Facebook

Resepi Chesee :

  • 250 gm chesee tantura.
  • 1 sudu kecil telur (telur dikacau sebati dulu),
  • 50 gram gula aising.

Cara-cara :

  1. Putar chesee sekejap sampai sebati.
  2. Jangan putar lama nanti cair.
  3. Kemudian masukkan gula aising, putar sebati.
  4. Akhir sekali masukan telur, putar sekejap.
  5. Siap.

Cara-cara Paip Chesee :

  1. Masukkan cream cheese dalam piping bag. Paip secara membukit.
    cheese tart buncit

    Imej via Facebook

  2. Bakar pada suhu 180°C selama 7 minit.
    cheese tart buncit

    Imej via Facebook

Cara Menyediakan Magnum :

  1. Sedikit coklat bar jenama apapun tidak kisah. Sukatan agak-agak saja.
  2. Double boil kan diatas periuk. (Periuk diisikan sedikit air).
  3. Bila coklat sudah cair masukkan butter sedikit. Kacau sampai pekat.
  4. Jika sudah siap, sejukan sekejap.

Cara Menyediakan Tart :

  1. Bila tart sudah siap, sejukkan dulu.
  2. Salut dengan coklat.
  3. Akhir sekali tabur dengan kacang badam hancur.
  4. Siap.
    cheese tart buncit

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cheese tart buncit, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.