Mencari resepi kek yang super lembut? Kami ada satu resepi kek yang sedap sekali hadap, gebu gebas sangat kejadiannya.

Kek yang super lembut, fluffy dan tebal ini akan jadi hidangan pencuci mulut yang melazatkan. Belum sempat tunggu sejuk mesti sudah habis dulu.

Ramai orang tidak tahan dengan lazatnya blueberry yogurt cake. Rasa manis blueberry campur dengan masam yogurt akan menyatu dan pecah dalam mulut.

Mari cubakan resepi blueberry yogurt cake sedap yang dikongsikan oleh Sharifah Saudin‎ di laman Facebook. Hidangkan untuk jamuan mewah jadi makin istimewa.

Resepi Blueberry Yogurt Cake

blueberry yogurt cake

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 biji kuning telur,
  • 45 gm yogurt,
  • 50 gram tepung kek/gndum,
  • 15 gram minyak jagung/masak,
  • 3 biji putih telur,
  • 45 gram gula castor,
  • Sedikit blueberry filling/buah yang fresh.

Cara-cara :

  1. Pecahkan telur. Asingkan putih dan kuning.
  2. Masukkan kuning telur dalam bekas.
  3. Masukkan yogurt. Kacau-kacau sedikit tapi jangan lama sangat.
  4. Masukkan tepung, gaul hingga sebati. Tambah minyak jagung. Gaul lagi hingga rata. Guna whisk saja. Ketepikan.
  5. Pukul putih telur bersama gula kastor hingga stiff peak.
  6. Masukkan dalam adunan tadi. Gaul perlahan hingga sebati cara kaup balik saja.
  7. Masukkan dalam loyang yang dialas kertas.
  8. Masukkan separuh dulu, letak blueberry filling/yang fresh di atas adunan tadi. (Ikut citarasa ingin sebanyak mana).
  9. Habiskan baki adunan untuk menutup blueberry tadi. Kalau ingin comel letak sedikit blueberry di atas kek dan lorekkan.
  10. Bakar guna kaedah waterbath selama 45 minit.

    blueberry yogurt cake

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi blueberry yogurt cake, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.