Begedil memang sangat diminati. Di tempat asalnya sendiri iaitu Indonesia, makanan ini dipanggil perkedel, namun juga dikenal sebagai begedil sebagaimana orang jawa memanggilnya. Ianya dipanggil begedil hingga ke Malaysia dan Singapura.
Begedil tersedia dalam pelbagai macam variasi, antaranya begedil kentang, begedil tauhu dan begedil jagung. Ada pula yang membuat begedil daging ataupun begedil ayam, seperti resepi yang dikongsikan oleh Nor Ima di Facebook yang mendapat perkongsian ramai.
Begedil ayam dibuat dengan berbahan dasar kentang tumbuk. Bergedil biasanya sedap dimakan bersama soto ataupun sejenis makanan berkuah sup. Begedil pula sedap dimakan macam itu sahaja tanpa soto mahupun sup. Lagi sedap kalau makan begedil dengan cili api ataupun sos cili.
Cara memasak begedil pula sangat simple dan tidak memakan masa. Bahan-bahan untuk membuat begedil juga sangat senang didapatkan dan tidak leceh. Anda boleh cuba membuat begedil dirumah dan hidangkan kepada keluarga anda. Sila cuba resepi ini.
1. Kupas kentang, potong dan goreng hingga empuk.
2. Kemudian tumbuk kentang selagi panas. Sebab kalau tumbuk bila sejuk kentang akan jadi keras dan susah ditumbuk.
3. Goreng dada ayam, ditumbuk kasar dan disiat-siat.
4. Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda *
5. Tambah perasa ikut selera sndri.
6. Mula bentuk begedil sesuai selera suka. Biasanya berbentuk bulat datar.
7. Akhir sekali, celupkn begedil yang sudah dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul dan dibubuh sedikit garam.
8. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh.
Jangan sesekali gunakan ayam kisar yang mentah kerana begedil boleh jadi hancur semasa digoreng sebab basah atau lembik dan juga ayam kisar yang mentah tidak sempat masak sempurna sebab begedil digoreng cuma sekejap.
Selain resepi Begedil Ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.