Ingin tahu rawatan untuk kuku sembayam yang berbentuk cekam. Ini Info sebenar mengenai kuku sembayam.

Kuku sembayam adalah bahasa orang Kelantan dan Terengganu. Bahasa biasa yang digunapakai adalah kuku kaki cekam dan bahasa pantai barat adalah Ingroing Toel Nail.

Biasa berlaku ke atas pesakit yang suka memakai kasut ketat dan tidak menjaga kebersihan kaki. Pesakit kencing manis paling mudah terkena jangkitan kuman dicelah kuku cekam itu. Akibatnya bau yang tidak menyelerakan dan sakit yang amat.

Mari kami kongsikan info ini dengan anda. Info ini kami dapat dari Dr. suhazeli Abdullah.

kuku sembayam
Image via Facebook

Jika peringkat awal penyakit ini terjadi, Doktor akan beri nasihat supaya buat penjagaan kaki dengan prihatin. Jangan pakai kasut ketat. Nasihat paling penting adalah jangan cungkil celah kuku itu.

Rawatan Untuk Kuku Sembayam

Bagi merawatnya, doktor akan berikan antibiotik yang berpatutan dan lakukan cucian dengan antiseptik. Jangan letak ubat gigi atau kicap atau minyak gamat mahupun apa-apa herba yang boleh menyusahkan lagi proses rawatan nanti.

Jika nak baca ayat-ayat syifa sebagai ikhtiar dibolehkan tetapi rawatan itu bukan rawatan utama. Ianya sementara dari mendapat khidmat lanjut dari klinik atau hospital.

Rawatan kuku cekam ini senang dan boleh baik dengan segera. Rawatan terbaik adalah buang kuku kaki yang terseksa itu melalui pembedahan kecil. Jangan buat sendiri kat rumah walaupun ada alat mencungkil. Alat cungkil itu dijual ada dijual dalam Shopee atau Lazada. Jika tak kena cara membuangnya, kuman boleh merebak.

Bincanglah dengan doktor dahulu sebelum buat tindakan drastik. Doktor memang tahu kaki sembayam ini amat menyeksakan!

Dalam tempoh sebulan, kuku baru yang lebih cantik akan tumbuh. Jangan ulangi perangai lama yang tidak jaga kebersihan kaki atau pakai kasut atau selipar sendat.

*Nasihat daripada doktor pakar lebih mudah untuk difahami dan dijamin boleh sihat jika ikut nasihat yang diberi. Oleh itu, tidak usah kita meragui pendapat yang diberi oleh doktor. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis. Baca artikel penuh di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.