Pulut udang atau pulut panggang adalah sejenis kuih tradisonal yang diperbuat daripada pulut berinti kelapa.
Masakan ini biasanya dipanggang di atas api. Inti diperbuat daripada bawang, lada kering dan kelapa. Campuran ini dimasak sehingga kering dan di sumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang.
Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak.
Di Terengganu, pulut udang tidak banyak beza dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya sahaja keunikkannya adalah rasa ikan yang istimewa daripada inti pulut yang dibakar atau dipanggang.
Lazimnya di negeri-negeri luar Terengganu, inti pulutnya menggunakan udang bercampur dengan isi kelapa. Namun kuih ini di Terengganu, intinya menggunakan ikan yang tidak bercampur dengan isi kelapa.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda cara buat pulut udang dengan mudah yang boleh anda jadikan panduan.
Bahan-bahan untuk pulut lemak:
Bahan-bahan untuk inti kelapa:
Bahan-bahan untuk membukus:
Cara penyedian pulut lemak:
1. Rendam beras pulut 30 minit ke 1 jam. Kemudian cuci bersih dan tapiskan.
2. Kukus selama 40 minit atau sehingga 3/4 masak. Kemudian keluarkan dan masukan ke dalam sebuah bekas.
3. Di dalam bekas masukan santan dan garam. Gaul rata sebati kemudian sambung kukus sehingga masak.
Cara penyediaan inti kelapa:
1. Kisar semua bahan kecuali kelapa parut, gula dan garam.
2. Tumis bahan kisar dan perasakan dengan garam dan gula. Kemudian masukan kelapa parut. Masak sehingga sebati dan kering sedikit. Kemudian biar ia sejuk dahulu.
3. Selepas daun pisang sudah dilayur, ambil sedikit pulut lemak dan lenyet (mampatkan) nipis. Kemudian letakan inti kelapa di tengahnya. Gulung kemas lalu sematkan lidi pada kedua hujung nya.
4. Masak di atas non stick pan sehingga ia garing pada kedua bahagian.
Selain dari resepi pulut udang ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kuih muih tradisional seperti:
Sumber: