Ang ku kueh atau juga dikenali sebagai red tortoise cake dalam Bahasa Inggeris merupakan salah satu dari kuih tradisional cina berbentuk seperti kura-kura yang telah diwarisi secara turun-temurun oleh kaum peranakan baba dan nyonya.

Kuih angku berbentuk kura-kura kerana menurut kepercayaan cina, kura kura melambangkan umur panjang dan membawa nasib serta makna yang baik.

Ia banyak disajikan ketika musim tahun baru cina, upacara persembahan dewa, kelahiran bayi dan sebagainya.

Ramai orang menyangka untuk membuat kuih ini sukar dan memakan masa yang lama sehinggalah mereka lebih memilih untuk membeli di kedai pembuatan kuih tradisional.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda cara buat ang ku kueh dengan mudah yang boleh anda jadikan panduan.

Resepi ang ku kueh versi halal

Bahan-bahan untuk inti kacang:

  • 300gm kacang tanag tanpa kulit (dipanggang)
  • 100gm gula kastro
  • 2 sudu besar tepung biasa
  • 10gm minyak kacang tanah
  • 20ml air
  • 25gm bijan putih (dipanggang)

Bahan-bahan untuk kulit angku:

  • 200gm keledek (kukus & tumbuk)
  • 200gm 3 Tepung Pulut Kambing
  • 20gm gula kastor
  • 50gm minyak kacang tanah
  • 50ml air panas
  • 1 sudu kecil pewarna makanan (merah)
  • 1-2 helai daun pisang

Cara penyedian ang ku kueh:

1. Kisar kacang tanah yang telah dibakar sehingga lumat. Masukkan gula, tepung, minyak kacang kemudian gaul lagi hingga sebati.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit air hingga menjadi doh. Masukkan bijan, kacau hingga sebati dan ketepikan.

3. Campurkan keledek yang dilenyek, Tepung Beras Glutinous 3 Kambing, gula dan minyak kacang hingga membentuk doh yang hancur

4. Masukkan pewarna merah dan air panas. Gaul hingga membentuk doh yang lembut (bergantung kepada kelembapan keledek dan sifat menyerap air tepung beras). Sekiranya keledek sangat lembap, air yang diperlukan ke dalam doh mungkin sedikit.

5. Bahagikan doh dan inti mengikut saiz acuan angku. Tutup doh dengan sekeping kain basah untuk mengelakkan kelembapan hilang. Ambil doh, bentukkan bulat, leperkan, letak inti di atas doh. Tutup doh dan bentukkan bulat semula.

6. Tekan dengan kuat dan lepaskan kuih dengan mengetuk acuan di atas meja. Masukkan kuih ke dalam sehelai daun pisang yang sudah diminyakkan. Pindahkan ke dulang pengukus. Lakukan perkara yang sama untuk doh yang lain.

7. Didihkan air dalam pengukus. Setelah mendidih, pindahkan dulang pengukus ke dalam pengukus, kecilkan api dan kukus selama 5 minit. 

8. Selepas 5 minit, buka penutup, sapukan kuih dengan sedikit minyak masak (untuk elak dari melekat), dan teruskan kukus kuih selama 5-7 minit lagi.

9. Selepas kuih masak, boleh hidangkan dan ia sedia untuk dinikmati sebagai hidangan minum petang atau pencuci mulut.

Selain dari resepi ang ku kueh ini, anda juga boleh baca artikel kami berkenaan aneka resepi kuih tradisional seperti:

Sumber:

  1. Angku Kueh. Bake With Yen
  2. History of Ang Ku Kueh 红龟粿. Johor Kaki

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.