Mencari senarai pulau di Terengganu? Terengganu merupakan salah satu negeri yang mempunyai banyak pulau yang menjadi tarikan pelancongan di negara ini. Tidak hairanlah negeri ini sentiasa penuh dengan pelancong.
Anda juga boleh melakukan banyak aktiviti menarik di pulau-pulau di sini. Jadi, berikut kami senaraikan senarai 10 pulau di Terengganu untuk anda. Teruskan membaca!
Alamat: Pulau Perhentian, 22300 Besut Terengganu
Siapa sahaja yang tidak pernah terdengar nama pulau ini? Pulau Perhentian merupakan antara pulau di Terengganu yang tersohor namanya.
Pulau Perhentian ini mempunyai dua bahagian – Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Agak-agak apa beza kedua-dua bahagian pulau ini?
Pulau Perhentian Besar ini adalah bahagian utama yang selalu disinggah oleh pelancong. Di sini juga terdapat kebanyakan tempat penginapan yang mewah dan bertaraf tinggi.
Pulau Perhentian Kecil juga turut disinggah ramai disebabkan oleh harga di kebanyakan tempat yang murah. Kemudahan awam seperti kedai-kedai, balai raya, pondok polis dan klinik kesihatan juga turut disediakan di sini.
Alamat: Kuala Terengganu, Terengganu
Nama pulau ini diambil sempena pasirnya yang putih dan bersih yang dikatakan persis kapas. Ini juga membuktikan yang Pulau Kapas yang terletak di Kuala Terengganu ini merupakan pulau yang cukup terpelihara.
Anda boleh melakukan aktviti-aktiviti menyeronokkan seperti snorkeling, berkanu, berkayak dan menaiki teksi air. Ada juga pengunjung yang berkhemah di Tapak Khemah LongSha. Tidak perlu bawa khemah, semuanya sudah disediakan.
Selain daripada aktiviti snorkeling dan berenang, anda juga boleh mendaki bukit yang berdekatan dengan pulau ini. Pemandangan pulau yang sangat mempersonakan boleh dilihat dari puncak bukitnya, memang best!
Alamat: Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Pulau Lang Tengah yang terletak di daerah Kuala Nerus ini juga merupakan antara pulau yang terbaik untuk anda melakukan aktiviti snorkeling dan selam skuba.
Ini disebabkan oleh kepelbagaian spesis hidupan laut serta terumbu karang yang ada di pulau ini. Semestinya anda akan terjumpa dengan penyu-penyu di sini semasa menyelam, satu pengalaman yang sangat menakjubkan!
Selain itu, anda juga boleh menginap di resort bertaraf 4 bintang di sini. Ada pelbagai resort sebegitu yang boleh anda pilih, jadi alang-alang melancong, bermalam sahaja di resort mewah yang cemerlang servisnya.
Alamat: 21900 Kuala Terengganu, Terengganu
Pulau Redang – antara pulau yang bukan sahaja terkenal di Terengganu, malah di Malaysia. Air lautan yang jernih serta pantai memutih yang biasa anda lihat di poskad memang ada di Pulau Redang!
Antara tarikan istimewa di sini ialah sandbank atau tebing pasir. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot dan seterusnya, anda boleh berjalan-jalan sambil menghayati pemandangan lautan membiru yang indah.
Aktiviti lain yang boleh anda lakukan termasuklah bersiar-siar dengan menaiki teksi air atau bot, snorkeling dan menyelam skuba. Aktiviti menyelam sememangnya popular disebabkan oleh keindahan pulau ini.
Alamat: Pulau Bidung Laut, Kuala Terengganu, Terengganu
Pulau Bidong ini boleh dikatakan sebagai pulau yang penuh bersejarah di Terengganu. Pulau ini pernah menjadi penempatan sementara untuk pelarian Vietnam pada tahun 1978 hingga 1991.
Setelah itu, pulau ini dikatakan terbiar. Namun disebabkan oleh sektor pelancongan di Terengganu yang berkembang pesat, pulau ini kembali ‘hidup’ dan sering disinggah oleh orang ramai.
Anda boleh melakukan aktiviti snorkeling dan selam skuba untuk melihat terumbu karang di sini yang cantik dengan lebih dekat. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot yang memakan masa sekitar 40-45 minit.
Alamat: Kampong Raja, Terengganu
Mungkin kebanyakan pembaca tidak pernah terdengar nama pulau ini. Walaupun tidak se-popular pulau-pulau yang lain, Pulau Rhu ini tetap diserbu oleh pengunjung disebabkan oleh tarikan istimewa di sini.
Tarikan yang dimaksudkan ialah aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan. Antaranya ialah berenang, snorkeling dan menaiki bot banana yang bukan sahaja menyeronokkan, malah selamat.
Keindahan serta kebersihan pulau ini juga turut dipuji ramai. Sama seperti pulau-pulau lain di Terengganu, air di pulau ini membiru dan jernih, persis kristal.
Alamat: 21600 Pulau Gemia, Terengganu
Pulau yang terletak berhampiran dengan Pulau Kapas ini dikenali dengan nama Pulau Gemia. Namanya diambil bersempena dengan pohon yang boleh didapati di puncak bukit pulau ini.
Walaupun pulau ini sedikit terpencil berbanding pulau lain, ianya menjadi tempat pilihan ramai untuk bersantai disebabkan oleh suasana tenang dan damai di sini.
Pulau ini bukan sahaja indah, malah persekitarannya juga bersih. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot dari jeti Marang yang memakan masa sekitar 10-15 minit sahaja untuk tiba di sini.
Alamat: 23000 Kuala Dungun, Terengganu
Pulau Tenggol merupakan pulau terakhir di serangkaian pulau yang merangkumi Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Ia dihubungkan melalui feri ke Kuala Dungun.
Pulau ini juga sangat terpelihara. Airnya yang bersih, membiru dan jernih merupakan bukti yang pulau ini tetap terjaga walaupun dibanjiri oleh ramai pelancong.
Antara spesis hidupan laut yang ada di sini ialah penyu, berbagai jenis spesis ikan dan terumbu karang yang cantik-cantik. Anda boleh melihat spesis ini dengan lebih dekat jika anda melakukan aktiviti snorkeling.
Alamat: 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Pulau Wan Man adalah sebuah pulau kecil di Kuala Terengganu. Di pulau ini juga terletaknya Taman Tamadun Islam Malaysia yang dibuka pada tahun 2008.
Pulau ini pada asalnya tiada pengunjung namun setelah Taman Tamadun Islam dibuka, ianya tidak putus-putus menerima kunjungan dari orang ramai. Masjid Kristal juga merupakan antara tarikan utama di pulau ini.
Alamat: Pulau Rawa, Besut, Terengganu
Mencari pulau yang terpencil untuk merehatkan minda? Di Terengganu, Pulau Rawa ini boleh dikatakan pulau hidden gem yang pasti sesuai disinggah untuk tujuan itu.
Pulau ini tidak mempunyai tempat penginapan, jadi anda perlu ke sini dengan menaiki bot yang memakan masa sekitar 1 jam untuk tiba. Disebabkan kekurangan pengunjung, ianya juga sangat bersih.
Airnya jernih membiru dan pasirnya juga putih. Aktiviti snorkeling juga boleh dilakukan disebabkan oleh variasi hidupan laut di sini, pasti lebih menyeronokkan!
Anda pasti teruja setelah membaca senarai pulau di Terengganu ini, bukan? Semuanya cantik-cantik dan mempunyai keunikan serta sejarah yang tersendiri. Alang-alang bercuti, singgah sahaja di pulau-pulau ini.
Selain artikel ini, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial.