Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Ding Bian Hu @ Pian Bian Hu (Guna Tepung Je!)

Hari ini jom terokai masakan cina muslim pian bian hu@ding bian hu. Ini ialah makanan mee masyarakat cina. Bahan-bahan buat masakan ini terpaling simple.…

ResepiDikemas kini 21 November 2020oleh Rahayu Z
Sebuah mangkuk berisi sup Ding Bian Hu @ Pian Bian Hu dengan mee tepung, sayur dan seafood.

Hari ini jom terokai masakan cina muslim pian bian hu@ding bian hu. Ini ialah makanan mee masyarakat cina. Bahan-bahan buat masakan ini terpaling simple. Resepi asal hanya guna tepung beras dibancuh dengan air. Biasanya orang letak cendawan, ayam, seafood, atau versi sayuran. Rasanya amat sedap sangat, sekali cuba mungkin boleh habis 3-4 mangkuk. Masakan ini banyak dijual di kedai-kedai cina, tapi untuk cari yang halal agak susah, maka cik Cattyjah Sunny berkongsi resepi di laman Facebook dan segala resepi sudah diubah jadi halal. Sekarang musim hujan sedap makan ini. Selamat mencuba.

Resepi Ding Bian Hu @ Pian Bian Hu

Se mangkuk Ding Bian Hu bersup dengan sayuran dan cengkerik

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tepung beras@tepung gandum,
  • Air.

Bahan Tumis :

  • Bawang putih,
  • Ikan bilis @ udang geragau.

Cara-cara :

  1. Bancuh tepung dengan air. Kalau guna tepung beras kena pekat sebab kalau cair tidak nampak nanti masa letak tepi periuk kerana semua habis jatuh dalam sup. Kalau guna tepung gandum (seperti gambar) kena bancuh cair sedikit sebab kalau pekat nanti jadi keras pula.

    Adunan tepung dimasak ke atas pinggan di dalam periuk berair

    Imej via Facebook

  2. Kemudian tumis bawang putih dan ikan bilis@udang geragau sampai naik wangi. Kalau guna ayam boleh masukkan masa ini.

  3. Bila sudah garing masukkan air 1 ½ jug.

  4. Bila kuali sudah panas baru tuang tepung perlahan-lahan satu kali tuang sahaja. Kalau kurang tidak perlu tambah biarkan sahaja. Maknanya 1 senduk guna 1 kali tuang sahaja.

    Pinggan dipusingkan supaya adunan tepung membentuk lapisan nipis

    Imej via Facebook

  5. Biarkan 5 saat baru tolak tepung ke sup. Jangan lama nanti keras di tepi periuk susah nak tolak. Ulang semula cara itu sampai habis.

    ding bian hu

    Imej via Facebook

  6. Baru letak sayur dan bahan seafood yang anda suka.

  7. Kemudian letak garam, lada putih, lada hitam.

  8. Sudah siap, boleh hidang dengan daun sup dan dimakan dengan sambal kicap.

    Lapisan doh nipis yang telah masak ditanggup keluar ke dalam sup

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain ding bian hu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.