Muka cantik tapi ketiak berbau. Rendah diri dibuatnya bila ada masalah ketiak berbau. Bukan apa, bukannya kita ni jenis pengotor atau malas mandi. Bukan juga sebab kita tak pakai deodoran tapi nak buat macam mana memang dah jenis ketiak berbau. Tidak dinafikan, memang ada jenis manusia yang mempunyai masalah ketiak berbau. Ada yang kata ianya disebabkan oleh genetik atau mungkin juga disebabkan oleh pemakanan.

Jika anda mempunyai masalah ketiak berbau dan tetap tak dapat diselesaikan walau pun anda dah berusaha pakai deodoran dan pakai wangian badan, jom cuba petua ketiak berbau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda dan didoakan semoga ada salah satu daripada petua ini serasi dengan anda.

petua ketiak berbau

Sumber: Doctordalilah

Tawas

Tawas adalah sejenis batu mineral semulajadi yang berwarna putih. Ia merupakan sejenis batu yang mempunyai 1001 khasiat dan salah satu daripadanya ialah membantu untuk menghilangkan masalah ketiak berbau. Dalam masa yang sama tawas juga membantu mencerahkan ketiak yang gelap dan melambatkan pertumbuhan bulu ketiak. Menarik kan? Untuk menghilangkan ketiak berbau dengan tawas, berikut adalah cara yang boleh anda lakukan:

  • Beli tawas sama ada dalam bentuk serbuk atau batu.
  • Basahkan tawas dengan sedikit air dan gosokkan ketiak semasa mandi.
  • Gosok dan biarkan dalam lima minit sebelum bilas dengan air dan sambung mandi seperti biasa.
  • Lakukan setiap kali anda mandi.

Limau nipis

Selain tawas, limau nipis juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketiak berbau. Sifat limau nipis yang berasid dan mempunyai bau sitrus yang harum akan membantu mewangikan ketiak anda. Cara menggunakan limau nipis untuk mengatasi masalah ketiak berbau adalah sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

  • Potong sebiji limau nipis.
  • Perah limau nipis tadi ke dalam gayung dan campurkan dengan air. Masukkan kulit limau nipis sekali.
  • Apabila anda selesai mandi, gunakan air limau nipis tadi untuk membasuh ketiak. Gosokkan kulit limau nipis secara perlahan-lahan ke bawah ketiak.
  • Tidak perlu dibilas. Terus lap badan dan pakai pakaian seperti biasa.

Asam keping

Petua ketiak berbau yang seterusnya ingin kami kongsikan pada hari ini ialah dengan menggunakan asam keping iaitu bahan masakan yang biasanya ada di dalam setiap dapur di Malaysia. Untuk menghilangkan masalah ketiak berbau dengan menggunakan asam keping, caranya adalah seperti berikut:

  • Ambil 3 biji asam keping, rebus dalam 2 cawan air.
  • Biarkan sehingga mendidih.
  • Biarkan sejuk.
  • Apabila anda selesai mandi, gunakan air rebusan asam keping tadi untuk membasuh ketiak. Gosokkan asam keping secara perlahan-lahan ke bawah ketiak.
  • Tidak perlu dibilas. Terus lap badan dan pakai pakaian seperti biasa.
  • Jika anda konsisten melakukan petua ini, ketiak anda akan tidak berbau lagi dan hitam-hitam di ketiak juga akan mula menjadi cerah.
petua ketiak berbau

Sumber: Bidadari

Cuka epal

Petua ketiak berbau yang seterusnya ialah dengan menggunakan cuka epal. Cuka epal adalah satu bahan masakan semulajadi yang kaya dengan pelbagai khasiat. Jika anda google tentang cuka epal, pastinya anda akan menjumpai pelbagai khasiat cuka epal. Salah satu daripada kebaikan cuka epal ialah untuk mengatasi masalah ketiak berbau. Caranya juga adalah sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah seperti berikut:

  • Ambil satu sudu besar cuka epal.
  • Campurkan dengan dua cawan air.
  • Basahkan tuala kecil dengan air cuka epal tadi.
  • Gosokkan tuala yang tekah dibasahkan ke kedua-dua belah ketiak.
  • Gosok dan biarkan sehingga kering.
  • Kemudia cuci dengan air sehingga bersih.

Soda bikarbonat

Soda bikrabonat adalah satu bahan yang biasanya digunakan untuk membuat kek dan kueh. Namun tak ramai yang tahu bahawa ia juga boleh digunakan sebagai salah satu petua ketiak berbau yang sangat mujarab. Caranya juga sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

  • Ambil dua sudu besar soda bikarbonat.
  • Campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Jangan terlalu cair.
  • Sapukan pes tadi ke bawah ketiak dan biarkan selama 30 minit.
  • Apabila cukup 30 minit, basuh sehingga bersih.

Lemon

Selain limau nipis, lemon juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketiak berbau. Apa yang perlu anda lakukan ialah ambil sebiji lemon dan belah kepada dua bahagian. Gunakan satu bahagian untuk menggosok bawah ketiak kanan. Tonyohkan dan lakukan sehingga semua jus lemon keluar dari kulitnya. Biarkan dan gunakan bahagian yang satu lagi untuk menyental ketiak sebelah kiri pula. Biarkan jus lemon kering sebelum dibasuh sehingga bersih.

Sengkuang

Petua ketiak berbau yang seterusnya ialah dengan menggunakan sengkuang. Selain sedap dimakan sengkuang juga terkenal dengan khasiat yang mampu mencerahkan ketiak dan menghilangkan bau. Caranya ialah:

  • Ambil sedikit sengkuang, tumbuk sehingga halus menjadi pes.
  • Sapukan pes tadi ke bawah ketiak dan biarkan selama 30 minit.
  • Apabila cukup 30 minit, basuh sehingga bersih.

Jaga pemakanan

Petua ketiak berbau yang terkahir ingin kami kongsikan ialah dengan cara menjaga pemakanan. Elakkan daripada makan makanan yang berbau kuat seperti bawang putih, bawang merah, petai, serta semua rempah ratus yang biasa dimasukkan ke dalam masakan terutamanya halba. Pemakanan adalah salah satu punca kita mengalami masalah ketiak berbau.

petua ketiak berbau

Sumber: Hellosehat

Itulah dia perkongsian tentang petua ketiak berbau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami  tentang petua tegangkan payudara dan petua nenek moyang.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.