Nak tak kalau kami kongsikan 10 petua halau agas dari rumah yang boleh anda cuba? Agas adalah serangga yang kecil sahaja saiznya namun ia sangat merimaskan. Agas biasanya duduk di kawasan dapur di mana terdapat makanan dan tong sampah.
Gigitan agas adalah sangat gatal dan kehadiannnya yang berterbangan di sekeliling kita amat menganggu dan tidak menyenangkan. Lebih-lebih lagi jika ada tetamu yang datang ke rumah.
Cuka epal atau apple cider vinegar adalah salah satu bahan di dapur yang mempunyai 1001 kegunaan. Biasanya di Malaysia, cuka epal dibeli sebagai salah satu minuman untuk menurunkan berat badan. Ada juga yang menggunakannya sebagai salad dressing. Namun tahukah anda bahawa cuka epal juga boleh digunakan sebagai petua untuk menghalau agas dan membunuh agas yang ada di rumah anda?
Berikut adalah cara untuk membuat perangkap agas DIY. Di antara bahan yang anda perlukan ialah:
Caranya ialah:
Selain menggunakan cuka epal, anda juga boleh menggunakan cuka biasa dan sedikit pencuci pinggan perisa lemon sebagai umpan didalam perangkap agas DIY anda. Cara menyediakan umpan tersebut adalah seperti berikut:
Petua halau agas dari rumah yang seterusnya ialah dengan menggunakan pisang. Sama seperti perangkap DY agas yang kami kongsikan di atas, cara untuk menyediakannya adalah sama sahaja. Apa yang berbeza ialah anda gunakan pisang sebagai umpan untuk menarik agas masuk ke dalam perangkap anda. Untuk menyediakan umpan, potong pisang nipis-nipis dan masukkan ke dalam botol perangkap. Lagi bagus kalau kulitnya dimasukkan sekali kerana agas cukup suka menghurung kulit pisang. Jika anda tidak mempunyai pisang, boleh juga gunakan apa-apa buah yang ada kerana agas suka hinggap pada bua dan kulitnya.
Minyak aromaterapi Eucalyptus adalah minyak yang selalu digunakan terutamanya oleh para ibu sebagai minyak yang menenangkan dan menyegarkan. Namun tahukah anda bahawa agas sangat membenci bau yang dikeluarkan oleh minyak ini. Oleh itu, jika rumah anda mempunyai masalah serangan agas, anda boleh gunakan minyak ini untuk menghalau agas keluar dari rumah anda. Caranya:
Petua haling agas dari rumah yang seterusnya ialah dengan menggunakan lavender. Lavender adalah bunga yang menghasilkan bau yang kuat. Ada orang sukakan bau lavender dan merasakan bahawa baunya sangat menenangkan dan menyegarkan, namun tak kurang juga yang kurang menggemari bau lavender yang terlalu kuat dan mencucuk hidung. Agas juga tidak menyukai bau lavender.
Untuk menghalau agas dari rumah, anda boleh letakkan sepasu pokok lavender di ruang yang banyak mempunyai agas. Bau segar dari pokok lavender akan menyebabkan agas tidak berminat untuk memasuki ruang tersebut. Atau anda juga boleh letakkan bunga lavender kering yang boleh dibeli secara online atau dari Cameron Highland. Cara terakhir ialah dengan menggunakan minyak aromaterapi lavender. Caranya sama seperti minyak Eucalyptus.
Anda juga boleh menghalau agas dari rumah dengan menggunakan serai wangi. Ada banyak minyak serai wangi yang boleh dibeli di pasaran. Anda boleh letakkan minyak serai wangi di dalam mangkuk dan diletakkan di atas meja, atau boleh juga masukkan ke dalam botol spray dan sembur ke kawasan yang selalu dihurung agas.
Seperti serai wangi, anda juga boleh gunakan jus lemon untuk menghalau agas. Sembur dengan menggunakan botol spray atau masukkan jus lemon kedalam piring atau mangkuk dan letakkan di atas meja. Agas akan menghurung jus lemon dan melekat lalu mati di situ.
Jika anda tahan dengan baunya, anda boleh taburkan kapur barus di atas meja. Bau kuat dari kapur barus akan menghalau agas keluar dari rumah anda.
Petua halau agas dari rumah yang seterusnya ialah dengan menggunakan pokok kemangi. Pokok kemangi adalah sangat cantik dan mengeluarkan bau yang harum. Bau tersebut tidak disukai oleh agas. Oleh itu, bolehlah anda letakkan sepokok kemangi di ruang yang banyak agas.
Akhir sekali, anda boleh gunakan air, garam & gula untuk menghalau agas. Caranya ialah campurkan air, garam dan gula dalam nisbah yang sama. Kacau sebati. Kemudian rendamkan dengan kapas. Letakkan kapas tersebut di dalam pinggan. Agas akan hinggap dan melekat pada kapas tersebut lalu mati.
Itulah dia info tentang petua halau agas dalam rumah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang
Sumber: