Mommy di luar sana, pernah atau tidak anda mengalami masalah susu badan yang kurang? Apakah petua banyakkan susu badan yang boleh anda amalkan?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan petua banyakkan susu badan secara sihat dan semula jadi.
Ubah gaya hidup dengan mengambil pemakanan yang sihat setiap hari.
Pilih makanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin penuh seperti beras perang, makanan yang kaya dengan omega-3 seperti salmon dan biji rami, dan protein sayuran.
Kajian menunjukkan, ibu menyusu memerlukan kira-kira 2,000 hingga 2,800 kalori setiap hari bergantung kepada ketinggian, berat badan, metabolisme, dan aktiviti fizikal anda.
Stress membawa bencana bukan sahaja kepada fikiran tetapi juga perkembangan bayi anda.
Stress yang tidak ditangani dengan betul akan menjejaskan kemampuan anda untuk menghasilkan susu.
Cuba dapatkan sokongan dan bantuan daripada pasangan, saudara-mara, atau pembantu bagi mengatasi masalah ini.
Ada ibu gunakan perahan tangan untuk pam susu, dan ramai juga yang menggunakan breast pump lebih-lebih lagi mereka yang perlu keluar bekerja.
Mana-mana pun pilihan anda, pam susu adalah petua banyakkan susu badan yang efektif.
Cuba pam setiap 2-3 jam sekali, terutamanya semasa bayi tiada bersama anda. Jika anda sibuk bekerja pun masih boleh konsisten tau.
Hanya pendekkan sahaja masa untuk mengepam sekitar 5 minit setiap sesi. Sebagai saranan, mengepam sambil menyusu juga boleh meningkatkan pengeluaran susu.
Semakin kerap anda menyusukan bayi anda, semakin banyak susu badan yang akan terhasil.
Hal ini terbukti kerana semakin kerap anda menyusu, otak akan mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi.
Maka, apabila payudara kerap dikosongkan, lebih banyak susu akan terhasil.
Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi setiap hari. Rehat yang cukup diyakini boleh membantu tubuh anda menghasilkan lebih banyak susu ibu.
Jika malam, bayi selalu meragam dan menjadikan kualiti tidur anda berkurangan, cuba untuk tidur siang ketika bayi sedang tidur.
Bagi pengemar kafein, anda mungkin boleh cuba kurangkan minum kopi, teh, coklat, minuman bertenaga, dan minuman bersoda selepas ini.
Walaupun secara umumnya, kafein mungkin tidak memberi kesan langsung kepada bekalan susu ibu anda.
Tetapi, kesannya boleh terjadi kepada anda dan bayi anda. Sebagai contoh, kafein adalah diuretik semula jadi, yang bermaksud ia boleh menyebabkan dehidrasi jika anda minum terlalu banyak.
Begitu juga, bayi anda mungkin enggan menyusu jika anda minum terlalu banyak kafein.
Urutan payudara ini bagus sekiranya anda menghadapi masalah bengkak susu. Lakukan sahaja sedikit urutan dan tuamkan dengan kain sejuk atau panas bergantung kepada keselesaan anda.
Cara ini secara tidak langsung juga menjadi petua banyakkan susu badan kerana ia mampu mempertingkatkan penghasilan hormon oksitoksin.
Badan anda tidak boleh menghasilkan lebih banyak susu ibu jika anda mengalami dehidrasi.
Oleh itu, anda perlu banyakkan minum air dengan minum lapan gelas cawan air sehari seperti yang disyorkan kepada orang dewasa.
Jika anda sukar untuk minum air, anda boleh cuba cara ini agar kekal berdisiplin. Minum segelas air setiap kali makan dan menyusu.
Atau boleh juga cuba makan makanan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, timun, beri dan sebagainya agar kekal terhidrat.
Penyusuan susu ibu dari kedua-dua belah payudara boleh membantu membina bekalan susu ibu yang lebih lancar.
Anda hanya perlu pastikan payudara anda menyusukan bayi secara bergantian untuk mendapat lebih banyak ransangan.
Dan yang paling penting sekali, ibu-ibu diluar sana jangan pernah kecewa dan rendah diri jika anda mengalami masalah susu ibu yang kurang.
Masalah ini normal terjadi kepada setiap ibu khususnya mereka yang baru pertama kali melahirkan anak.
Kekal positif, yakin kepada diri sendiri, dan dapatkan sokongan suami serta mereka yang berpengalaman untuk membantu anda melalui perjalanan ini.
Selain dari tips petua banyakkan susu badan ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:
Sumber: