Nah, kami kongsikan persediaan bersalin untuk ibu yang kini di fasa-fasa akhir trimester.
Tak dapat digambarkan betapa gembiranya hati bila dapat tahu kita mengandung. Tak kisah kandungan yang keberapa, pertama? Kedua? Hatta mengandung kali kesepuluh sekali pun, pasti akan rasa teruja bila tahu ada bayi comel yang menghuni rahim kita.
Selain rasa seronok, biasanya kita akan mula memikirkan persiapan untuk menyambut orang baru. Risau kalau ada yang terlepas pandang. Nak tak kalau kami kongsikan checklist persediaan bersalin untuk anda?
Perkara pertama untuk dilakukan bila kita positif mengandung ialah pergi ke klinik untuk buat buku pink, jika anda memilih untuk membuat pemeriksaan bulanan di klinik kerajaan. Kalau anda memilih untuk pergi ke klinik swasta, boleh terus pergi ke klinik pilihan.
Seawal kehamilan, anda suami isteri boleh terus berbincang tentang persoalan nak bersalin di mana? Hospital mana yang menjadi pilihan?
Kalau anda memilih untuk menyusukan anak secara ekslusif, boleh pilih hospital mesra bayi yang menggalakkan penyusuan susu ibu. Setelah anda menyenarai pendekkan nama hospital pilihan, boleh luangkan masa untuk membaca review & pengalaman ibu lain yang pernah bersalin di hospital berkenaan sebagai rujukan.
Sekiranya anda seorang wanita berkerjaya, jangan lupa untuk maklumkan kepada majikan yang anda sedang mengandung. Kenapa? Supaya majikan boleh bersedia pada tarikh anda bersalin & cuti berpantang.
Lagi awal anda maklumkan majikan, lagi cepat mereka boleh mencari staff sementara untuk menggantikan anda. Permudahkan urusan orang lain, insya Allah urusan bersalin anda juga akan dipermudahkan.
Tak ramai ibu bapa yang buat perkara ini. Majoriti ibu bapa terlalu sibuk dengan persediaan lain sehingga terlupa aspek yang paling penting dalam persediaan bersalin.
Adalah sangat penting untuk kedua ibu bapa mencari ilmu tentang mengandung, melahirkan & penyusuan supaya benar-benar bersedia bila bayi selamat dilahirkan.
Anda boleh membeli buku berkaitan, atau pun boleh membaca secara online.
Menyambut orang baru sememangnya memakan belanja yang agak tinggi. Seawal disahkan mengandung, anda boleh terus berbincang mengenai persediaan dari segi kewangan.
Berapa jumlah duit yang anda mahu peruntukan untuk membeli peralatan bayi, peralatan ibu, peralatan penyusuan, dan jangan lupa bajet untuk majlis cukur jambul & aqiqah jika mampu.
Ini adalah di antara perkara paling menyeronokkan bila nak sambut orang baru. Apa pun, jangan sesekali lupa pesanan orang tua iaitu jangan terlalu seronok. Berpada-pada. Biasanya kami tunggu kandungan mencecah usia 5 bulan sebelum mula shopping barang baby.
Untuk anak pertama, sememangnya kita perlu membeli banyak barang. Tapi untuk anak kedua & seterusnya, ada sesetengah barang boleh gunakan yang sedia ada. Contohnya pakaian, tab mandian, alatan memotong kuku, dan barangan lain yang masih dalam keadaan yang baik.
Insya Allah di masa akan datang kami akan kongsikan senarai checklist barang bayi yang perlu dibeli untuk panduan bakal ibu bapa baru.
Selain barang keperluan bayi, keperluan ibu juga jangan dilupa kerana ianya sama penting. Di antara keperluan ibu ialah:
Sekiranya anda mempunyai anak yang lain, adalah sangat penting untuk anda membuat perancangan tentang siapa yang akan menjaga anak-anak semasa anda berada dalam labor room. Kebiasaannya suami akan menemani isteri semasa bersalin dan proses bersalin biasanya akan mengambil masa yang lama.
Jika ibu bapa anda tinggal berdekatan & bersedia untuk tolong jagakan anak-anak, anda boleh tinggalkan anak dengan mereka. Atau pun anda boleh berbincang dengan pengasuh atau pihak taska seawal sebulan sebelum tarikh anda dijangka bersalin.
Perkara lain yang perlu masuk dalam senarai persediaan bersalin ialah berpantang. Di mana anda akan berpantang? Siapa yang akan menjaga anda sepanjang tempoh berpantang?
Adakah anda akan balik berpantang dengan ibu sendiri atau ibu mertua? Adakah anda akan berpantang di rumah sendiri dengan bantuan suami? Kalau berpantang sendiri dengan bantuan suami, berapa lama suami akan ambil cuti?
Atau pun anda akan berpantang sendiri di rumah sendiri? Atau mungkin juga anda memilih untuk mengupah confinement lady. Anda ada tempoh 36 minggu untuk memilih tempat berpantang yang terbaik untuk anda & bayi mengikut kesesuaian.
Apa yang paling penting, pilih tempat berpantang yang boleh memberikan keselesaan kepada anda. Kesihatan psikologi sepanjang tempoh berpantang adalah sangat penting untuk mengelakkan perkara yang tak diingini seperti kekeringan air susu & postpartum depression atau kita panggil angin meroyan.
Ok sejujurnya ini adalah part yang paling saya suka setiap kali disahkan mengandung. Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk memberikan nama indah yang sedap didengar & mempunyai maksud yang baik.
Trend sekarang ialah memberikan nama yang panjang kepada anak-anak, tapi kalau ikutkan orang tua & golongan ustaz, nama yang panjang akan menyebabkan ianya menjadi “ terlalu berat” untuk dibawa oleh anak sepanjang kehidupannya.
Nasihat kami, beli buku senarai nama islam anak lelaki & perempuan, pilih nama yang indah & membawa maksud yang baik. Nama yang baik adalah salah satu doa kita buat anak-anak untuk sepanjang hayatnya.
Bila kandungan mencecah 36 minggu, anda boleh sediakan beg hospital iaitu beg yang akan kita bawa bersama bila nak bersalin nanti. Sediakan beg awal-awal, jangan tunggu dah rasa sakit bersalin baru nak mengemas. Dikhuatiri akan ada barang yang tertinggal.
Kalau kami, beg hospital akan sentiasa duduk dalam bonet kereta. Apa yang nak dimasukkan ke dalam beg hospital? Barang keperluan sepanjang berada di hospital dari proses bersalin sehingga dibenarkan pulang ke rumah. Di antaranya ialah:
Sekiranya anda mampu & ianya tak membebankan, anda boleh merancang majlis cukur jambul & aqiqah untuk bayi yang baru dilahirkan. Buat mengikut kemampuan. Ianya bukan sesuatu yang wajib.
Majlis cukur jambul, jika anda tak mampu, cukup sekadar mencukur rambut anak. Yang paling penting ialah membuang semua rambut yang berada dikepala anak semasa dalam kandungan. Orang tua-tu kata rambut tak bersih.
Aqiqah juga bukan sesuatu yang wajib. Kalau anda tak mampu buat, tak jatuh hukum berdosa. Tak perlu susah hati jika anda belum berkemampuan untuk buat aqiqah buat bayi yang bari dilahirkan.
Itulah dia 12 persediaan bersalin yang ingin kami kongsikan hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Kepada ibu yang bakal melahirkan, kami doakan semoga dikurniakan proses bersalin yang mudah. Semoga kedua-dua ibu dan anak berada dalam kesihatan yang optimum.
Jemput juga baca artikel nama anak lelaki, nama bayi perempuan atau doa mudah bersalin sebagai panduan.