Bersalin ada 2 cara iaitu pembedahan atau salin secara normal. Selalu ibu hamil yang tidak mampu untuk bersalin secara normal atau ada sebab-sebab tertentu perlu menjalani pembedahan caesarean. Prosesnya agak berbeza dengan bersalin secara normal.

Si ibu hamil perlu berpuasa selama 6 jam sebelum pembedahan dilakukan. Itu yang dikatakan oleh doktor pakar kerana jika tidak berpuasa risiko isi kandungan dalam perut akan regurgitated ( terkeluar ) dan boleh memasuki paru-paru semasa pemberian bius penuh.

Jadi, baik berpuasa 6 jam sebelum pembedahan. Selain itu, ada juga petua sebelum menjalani pembedahan caeserean.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai petua sebelum menghadapi pembedahan caesarean. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi

5 Petua sebelum menghadapi pembedahan caesarean

petua sebelum pembedahan caesarean
Image via sinarharian

1. Solat hajat

Malam-malam tu buat solat hajat. Selagi boleh solat tu buatlah. Minta bantuan dari Allah. Minta jauhkan segala ketakutan. Segala perjalanan pembedahan tak aan berjalan lancar tanpa izin Allah. Doktor hanya bantu sahaja. Kalau tak mampu nak solat, mengaji pun ok sangat dah.

2. Mohon maaf daripada suami dan ibu bapa

Mintak maaf pada suami, mak dan ayah. Kalau depa ni jauh, apa guna henfon mahal-mahal kan? Call dorang mintak maaf atas salah silap dan mintak dorang doakan segalanya berjalan lancar. Ni penting. Kalau redha sesama manusia kita dapat, Allah akan redha dgn kita. Semua urusan akan mudah.

3. Langsaikan hutang

Selesaikan hutang-hutang yg ada. Kalau ada berhutang dengan orang pegi settlekan. Takpayah kalut, online banking kan ada.

4. Yakin

Akhir sekali, yakin sepenuhnya dengan doktor yang akan bedah korang esok. Saya akan jumpa pesakit yang akan saya bedah biasanya malam sebelum pembedahan, nak bagitau pesakit bahawasanya sayalah doktor bedah dorang esok, sambil borak-borak ringkas. Tak ade lah pesakit terpinga pinga tertanya-tanya doktor mana yg akan buat operation kan ?

5. Berselawat dan doa

Biasanya saya akan mulakan segala macam prosedur dan pembedahan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum korang ‘ditidurkan’ oleh doktor bius selawat pada Nabi dan doa buat kali terakhir untuk dipermudahkan. Ingat, doa adalah senjata utama kita. Doa dan terus berdoa. Jangan pernah berhenti berharap.

*Ikuti petua ini, Insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Perasaan takut dan gementar memang ada, tetapi dengan berbekalkan redha, semuanya akan berjalan dengan baik. Berdoa banyak-banyak, minta semuanya akan baik-baik sahaja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.