Persekitaran anak itu memainkan peranan yang penting.

Teringat seorang doktor pakar perkembangan kanak-kanak memberitahu walaupun punca sesuatu diagnosis mostly adalah disebabkan genetik , tetapi persekitaran memainkan peranan yg sangat besar dlm membantu perkembangan anak.

 

Punca, Kesan Dan Tips Meransang Perkembangan Anak

Perkembangan Anak<Imej viaFree-Photos

 

Apabila anak kurang mendapat ransangan daripada persekitarannya.

1) Kemahiran bahasa terjejas

2) Kemahiran sosial lemah – tak tahu mcm mana nk berinteraksi dgn cara yg betul

3) Kemahiran motor kasar dan halus lemah

4) Kemahiran kendiri lemah – rasa takut, dependent pada orang lain

5) Kemahiran bermain pun lemah – bermain tidak mengikut umurnya.

Ini akan menberikan kesan kepada kemahiran cognitive mereka yang digunakan untuk belajar nanti

 

Kenapa anak kurang ransangan?

1) Kurang masa utk meneroka dan bermain di luar dan dalam rumah

2) Kurang masa utk ibubapa/penjaga berinteraksi dgnnya

3) Semua orang buatkan utknya

4) Terlalu banyak menonton youtube dan TV

5) Tidak bergaul dgn kanak-kanak lain di tadika

 

Bagaimana nak tingkatkan ransangan di persekitaran anak?

  • Perkayakan kosa kata dalam persekitarannya, banyakkan mengenalkan, menerangkan dan menunjuk makna sesuatu perkataan di sekeliling anak
  • Bermain! Meneroka jenis2 permainan yg berbeza (please elakkan hanya membeli mainan berkonsep akademik semata-mata)
  • Membaca buku dan bercerita bersama!
  • Nyanyi dan menari bersama
  • Keluar! Lari, lompat, panjat, skip, crawl, berenang dgn anak.
    (Bagi anak yg kecil, perlu supervise, xperlu terlalu protective sampai anak x boleh nak panjat atau naik tangga).
  • House chores- ajak anak buat kerja rumah bersama-sama , sapu, tolak / angkat bakul, masuk baju dlm washing machine etc.
  • Berborak! Talk to your child, about your day, about their day, about their and your feelings. Its bonding time-so talk!

Consistency is key!

Penulis: Iffah Rashida

Merupakan terapi untuk bahasa dan percakapan kanak-kanak. Rajin berkongsi di Facebook tentang perkembangan anak kecil. Klik sini untuk tips-tips dari Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.