Memang sedih apabila anak yang dikandungkan gugur di perjalanan. Walaupun belum sempurna, perasaan sayang pasti ada. Di sini kami kongsikan perkara yang perlu dibuat jika perkara ini berlaku.

Perkara wajib dilakukan ke atas mayat kandungan yang gugur.

Adakah anda tahu perkara yang wajib dilakukan ke atas mayat kandungan yang gugur? Jika berlaku keguguran kandungan, anda patut tahu perkara wajib yang patut dilakukan ke atasnya.

Di sini kami ingin berkongsi ilmu dari Dr. Suhazeli Abdullah

4 Perkara Perlu Dilakukan

Imej via Bidadari

Mayat ada dua keadaan iaitu mayat orang yang berumur 6 bulan dan ke atas dan mayat guguran yang berusia kurang dari 6 bulan.

Mayat Manusia Yang Berusia 6 Bulan dan Ke atas.

Mayat orang Islam yang bukan syahid dan bukan berada dalam ihram wajib dilakukan ke atasnya 4 perkara iaitu ;

1.Dimandikan

2.DiKafankan

3.Disolatkan

4.Dikebumikan.

Mayat Guguran Yang Berusia Kurang Enam Bulan

Definisi mayat anak keguguran; anak kandungan yang berusia kurang dari enam bulan.

Kandungan yang gugur ada 3 keadaan;

1.Jika ketika lahir bernyawa kemudian mati dan sudah terbentuk seperti manusia maka hukumnya sama dengan mayat orang Islam yang lain.

Wajib dilakukan 4 perkara padanya.

2.Jika keluar dan tidak bernyawa tetapi sudah kelihatan seperti terbentuk kepalanya atau tangannya maka wajib dilakukan padanya 3 perkara mandi, kafan dan kebumi.

3. Jika tidak terbentuk apa-apa maka tidak wajib sesuatu pun dari empat perkara di atas.

*Semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Jangan lupa untuk berkongsi.

Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis. Jika ingin baca artikel asal, sila ke sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.