Peranakan jatuh adalah keadaan di mana rahim tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya dan jatuh ke bawah lalu masuk ke dalam faraj. Peranakan jatuh akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan. Ia akan menjadi semakin teruk sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera.
Apakah jenis peranakan jatuh dan apakah perbezaannya?
Terdapat 3 jenis peranakan jatuh dan setiap satu daripadanya berbeza di antara satu sama lain. Jom kami terangkan ketiga-tiga jenis rahim jatuh.
Uterine prolapse. Uterine prolapse adalah keadaan di mana rahim jatuh dan masuk ke dalam faraj. Uterine prolapse boleh dibahagikan kepada 3 keadaan iaitu:
Rahim turun sedikit dan masuk ke dalam faraj tetapi tidak terkeluar dari faraj. Dalam bahasa mudah, belum ada tumbung yang keluar dari faraj. Kebiasaannya wanita yang mengalami rahim jatuh jenis ini tidak sedar bahawa peranakan mereka sudah jatuh. Ia hanya dapat dikesan melalui pap smear.
Rahim jatuh dan masuk sehingga ke bahagian bawah faraj dan pangkal rahim dapat dilihat sedikit pada pintu faraj. Jika ia berlaku, biasanya akan disedari oleh tuan badan.
Keadaan dimana hampir semua rahim jatuh dan masuk ke dalam faraj dan ada bahagian yang terkeluar daripada faraj. Untuk keadaan ini, tumbung sudah keluar dari faraj.
Peranakan jatuh di bahagian hadapan faraj. Ia adalah keadaan di mana pundi kencing dan saluran air kencing jatuh dan masuk dalam faraj lalu menolak dinding faraj ke hadapan. Akan kekihatan seperti benjolan atau buncit pada perut.
Peranakan jatuh di bahagian belakang faraj. Ia berlaku apabila usus kecil jatuh dan masuk ke dalam dan rektum.
Apakah punca peranakan jatuh?
Peranakan jatuh berlaku kerana kelemahan pada otot pelvis. Otot pelvis boleh menjadi lemah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
Keturunan
Penuaan
Menopous
Obesiti
Mengandung
Bersalin terlalu kerap
Jarak kehamilan yang terlalu rapat
Melahirkan bayi yang terlalu besar
Proses bersalin yang terlalu panjang
Melahirkan anak dengan kaedah vakum atau forsep
Ketumbuhan seperti cyst dan fibroid
Batuk yang teruk
Sembelit yang kronik
Selalu mengangkat berat
Pembedahan pada bahagian pelvis
Pembedahan untuk membetulkan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang
Jatuh terhentak dengan kuat
Tidak berpantang dengan baik selepas melahirkan anak atau keguguran
Suka menolak barang menggunakan ibu jari kaki
Terlalu lasak
Apakah simptom peranakan jatuh?
Di antara tanda awal peranakan jatuh yang akan ditunjukkan oleh tubuh badan ialah seperti berikut:
Demam serta sejuk kaki dan tangan pada waktu petang selepas asar.
Kerap membuang air kecil
Kencing tak lawas
Sakit pinggang
Sakit pada bahagian ari-ari
Apabila berdiri terasa seolah-olah peranakan akan jatuh
Cepat penat
Kebas pada betis dan peha
Selain itu, wanita yang mengalami peranakan jatuh juga akan mengalami tanda-tanda dibawah:
Terasa seperti ada sesuatu yang tersepit atau terkeluar dari vagina.
Sakit ketika bersama suami.
Sakit tumit. Sekiranya anda banyak berdiri atau berjalan, tumit akan berdenyut atau terasa menyucuk-nyucuk dengan tajam.
Bisa pada tapak kaki. Anda akan terasa menyucuk-nyucuk pada seluruh tapak kaki.
Sakit dan lenguh-lenguh pinggang. Anda akan berasa lenguh pada bahagian pinggang dan belakang badan.
Sakit ari-ari dan ketidak selesaan pada bahagian tersebut.
Sakit semasa membuang air kecil.
Tidak dapat mengawal air kencing. Anda mungkin terkencing apabila bersin atau terbatuk.
Kerap kembung.
Badan mudah dimasuki angin.
Keputihan.
Kesukaran membuang air besar.
Keguguran kandungan.
Kanser pada kawasan pelvis.
Keradangan saluran vagina.
Fibroid.
Cyst.
Apakah komplikasi peranakan jatuh?
Wanita yang mempunyai masalah peranakan jatuh mungkin akan mengalami komplikasi yang berikut:
Ulser. Apabila peranakan seorang wanita jatuh, permukaan vagina akan terdedah lalu menyebabkan ia menjadi kering dan ulser mula timbul. Ulser pada bahagian vagina berisiko tinggi untuk dijangkiti kuman lalu menyebabkan jangkitan.
Rahim tersekat di dalam vagina. Peranakan yang jatuh dari kedudukan asal dan masuk ke dalam vagina berisiko tinggi untuk membengkak lalu menyebabkan kesukaran untuk menolaknya masuk semula ke tempat asal. Rahim akan terus membengkak dan menjadi semakin teruk. Saluran darah pada rahim mungkin akan tersumbat disebabkan oleh keadaan tersebut.
Organ lain seperti pundi kencing, usus besar dan rektum juga akan jatuh dari tempat asalnya dan menyebabkan berlakunya komplikasi lain.
Apakah rawatan untuk peranakan jatuh?
Jenis rawatan untuk peranakan jatuh bergantung kepada faktor-faktor berikut:
Tahap keseriusan rahim jatuh
Jenis peranakan jatuh yang dialami
Simptom yang ditunjukkan oleh pesakit
Usia pesakit
Tahap kesihatan
Perancangan keluarga
Sekiranya masalah peranakan jatuh yang dialami berada pada tahap permulaan dan belum serius, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi. Senaman pelvis adalah jenis rawatan yang akan diberikan. Pesakit akan diajar teknik senaman pelvis yang betul untuk membetulkan semula kedudukan peranakan.
Berurut juga membantu masalah peranakan jatuh. Anda boleh mencari tukang urut ataua bidsn yang pandai sengkak perut untuk menaikkan semula rahim ke kedudukan yang asal.
Pesari faraj iaitu alat berupa gelang juga boleh dipakaikan pada serviks pesakit peranakan jatuh bagi menyokong rahim darioada terus jatuh. Gelang tersebut perlu ditukar setiap 4 bulan.
Terapi penggantian estrogen adalah kaedah rawatan dimana pesakit akan diminta untuk mengambil hormon estrogen bagi mengelakkan otot pelvis menjadi lemah.
Terdapat juga beberapa jenis pembedahan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah peranakan jatuh. Dua pembedahan tersebut ialah:
Vaginal hysterectomy with vaginal vault suspension dimana rahim akan dibuang melalui vagina dan hujung vagina akan disangkut dalam kawasan pelvis bagi mengelakkan ia daripada terkeluar.
Abdominal hysterectomy dimana rahim akan dibuang melalui pembedahan dari kawasan abdomen.
Bagaimana cara untuk mencegah peranakan jatuh?
Anda boleh mencegah peranakan jatuh dengan cara:
Jangan berdiri terlalu lama. Cari peluang untuk duduk apabila berkesempatan.
Lakukan senaman kegel untuk menguatkan otot lantai pelvis.
Amalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan berlakunya sembelit kronik.
Jangan meneran semasa membuang air besar.
Jangan buang air besar lebih daripada 15 minit.
Memakai bengkung.
Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.