Penyusuan adalah proses semulajadi yang berlaku antara ibu kepada bayi. Namun tahukah anda penyakit mastitis ibu menyusu mungkin berisiko menjadi penghalang kepada proses ini?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan penyakit mastitis ibu menyusu yang kerap berlaku kepada para wanita semasa berada dalam fasa penyusuan bayi.
Mastitis adalah sejenis radang pada tisu payudara pada wanita yang menyusukan anak.
Peradangan boleh berlaku sama ada pada sebelah payudara sahaja atau kedua-dua belah payudara dalam beberapa bulan pertama proses penyusuan berlaku.
Individu yang berisiko mendapatkan penyakit ini adalah mereka yang menyusukan anak pada bulan-bulan awal penyusuan, khususnya dalam tempoh enam minggu pertama selepas bersalin.
Kebiasaannya, ibu menyusu yang mengalami masalah mastitis ini akan menjadi sukar untuk menyusui bayi mereka.
Terdapat beberapa punca berlakunya masalah mastitis ini. Antara penyebabnya adalah kerana:
1. Jangkitan bakteria
Punca yang lazim dikaitkan dengan mastitis adalah jangkitan bakteria. Bakteria ini boleh berpunca dari mulut bayi atau kulit ibu yang berinteraksi dengan saluran susu melalui puting payudara yang pecah atau luka.
2. Payudara bengkak
Payudara yang penuh dan padat dengan susu akan menyebabkan berlaku pembekakan payudara.
Tekanan yang berlebihan pada saluran inilah nantinya memberi pendedahan yang terbuka kepada jangkitan kuman.
3. Saluran susu yang tersumbat
Saluran susu yang tersumbat dalam payudara membuka peluang kepada pertumbuhan bakteria dan jangkitan berterusan.
4. Jarang menyusukan anak
Tindakan ibu yang jarang menyusukan anak juga memberi risiko yang tersendiri.
Ibu yang tidak menyusukan bayi dengan penuh seperti yang disarankan akan berisiko mendapatkan masalah mastitis.
5. Pakaian dalam yang ketat
Pemilihan baju dan pakaian dalam yang ketat (bra bermetal) akan meningkatkan risiko penekanan pada tisu payudara.
Selanjutnya, ia menyumbang kepada saluran susu yang tersumbat dalam payudara.
6. Letih dan tekanan
Mungkin tidak ramai para ibu tahu bahawa keletihan dan stress seperti kurang tidur, lelah, dan tertekan juga membuka peluang yang besar kepada para ibu yang sedang menyusu untuk berhadapan dengan mastitis.
Para penghidap mastitis boleh lebih berisiko bertambah teruk apabila mereka mempunyai beberapa ciri-ciri yang disebutkan seperti berikut:
Ibu menyusu yang mengalami masalah mastitis, jangan sesekali berhenti menyusukan anak anda.
Pastikan anda menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari dengan menggunakakn teknik penyusuan yang betul.
Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payudara supaya bayi mudah untuk menghisapnya.
Selepas penyusuan, jika payudara masih bengkak, anda boleh keluarkan susu yang ada.
Kemudian, tuam payudara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu. Anda boleh gunakan tuaman sejuk untuk mengurangkan sakit dan bengkak.
Sekiranya gejala mastitis berterusan atau lebih teruk, dapatkan rawatan segera dari doktor atau perunding laktasi untuk tindakan lanjut.
Diagnosis dan rawatan awal sangat penting untuk mencegah pelbagai lagi komplikasi yang bakal anda hadapi.
Doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound dan memberikan antibiotik atau ubat-ubatan yang bersesuaian bagi menghentikan pembiakan bakteria.
Selain dari info penyakit mastitis ibu menyusu ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:
Sumber: