Pada zaman yang serba canggih ini, semuanya di hujung jari sahaja. Termasuklah penjagaan kesihatan. Jika dulu para ibu mengandung perlu pergi ke klinik untuk pemersiksaan untuk mengetahui tahap perkembangan bayi serta kesihatan diri sendiri, hari ini anda boleh mengetahui segalanya dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon bimbit. Jom kami nak berkongsi tentang apps ibu mengandung yang paling mudah untuk digunakan.

Kandungan

1. MamaZone

Mungkin MamaZone bukanlah aplikasi ibu mengandung yang paling popular. Namun tahukah anda, MamaZone adalah aplikasi mobile untuk wanita mengandung yang pertama di Malaysia. Memandangkan aplikasi ini dibangunkan di Malaysia, maka semua fungsinya adalah sangat sesuai untuk kita yang berada di Malaysia. Di antara fungsi menarik yang ditawarkan oleh MamaZone ialah:

  • Perkembangan bayi mengikut minggu
  • Senarai hospital bersalin dan harga jangkaan
  • Senarai pusat berpantang
  • Senarai confinement lady
  • Senarai kedai aksesori bayi
  • Senarai tukang urut mengikut negeri
  • Doa sepanjang mengandung

2. BabyCenter

Babycenter adalah aplikasi ibu mengandung yang paling popular di dunia. Aplikasi ini menjadi pilihan ramai ibu mengandung kerana aplikasinya yang mesra pengguna dan mudah untuk digunakan. Babycenter menawarkan maklumat tentang perkembangan bayi anda mengikut minggu dengan penerangan yang sangat terperinci termasuklah:

  • Saiz janin dan bayi
  • Pembentukan organ dan anggota badan
  • Berapa berat dan kepanjangan bayi anda
  • Apa yang mampu dilakukan oleh bayi pada tahap tersebut seperti membuka mata, mendengar, tersedu, menggenggam tangan, dan sebagainya

Selain aplikasi mobile, Babycenter juga mempunyai laman web yang sangat padat dengan maklumat tentang kehamilan, bersalin, berpantang, dan penjagaan bayi. Ini adalah apps ibu mengandung yang sangat kami cadangkan untuk anda.

3. Totally Pregnant

Apps ibu mengandung yang seterusnya ialah Totally Pregnant. Seperti aplikasi ibu mengandung yang lain, aplikasi ini juga memberikan anda maklumat tentang perkembangan bayi dalam kandungan ada. Namun apa yang menarik, aplikasi ini menawarkan video 3D bagi dalam kandungan untuk anda tonton. Walau pun bayi dalam video tersebut bukanlah bayi anda, namun sedikit-sebanyak pastinya anda akan tersenyum lebar bika mengetahui bahawa bayi anda sedang berada pada tahap perkembangan yang sama.

Apa yang lebih menarik, aplikasi ini menyediakan platfom untuk anda berhubung dengan ibu mengandung di seluruh dunia. Bolehlah anda berhubung, berkongsi pengalaman, bertukar-tukar cerita, dan mencari jawapan sekiranya ada sebarang pertanya atau kemusykilan tentang kandungan anda. Pastinya menarik untuk mendapat respons dari para ibu dari seluruh dunia.

4. BabyBump Pregnancy Pro

Aplikasi BAbyBump Pregnancy Pro adalah apps ibu mengandung yang boleh anda muat turun untuk telefon bimbit android dan Iphone. Aplikasi menarik ini bukan sahaja menawarkan maklumat tentang perkembangan bayi mengikut minggu secara terperinci. Selain itu, aplikasi ini juga mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Tips kehamilan
  • Catatan berat badan ibu
  • Idea nama bayi

5. Ovia Pregnancy Tracker

Jika anda inginkan apps ibu mengandung yang lain dari yang lain, Ovia Pregnancy Tracker ialah aplikasi yang terbaik untuk anda. Aplikasi ini juga sangat terkenal di kalangan ibu mengandung yang mementingkan kecergasan dan kesihatan badan. Di antara fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini ialah:

  • Catatan berat badan setiap hari
  • Kiraan BMI
  • Jadual tidur. Anda perlu masukkan waktu tidur dan bangun setiap hari. Aplikasi ini akan melihat sama ada anda mendapat tidur yang secukupnya atau tidak
  • Fitness tracker. Anda boleh catat semua aktiviti fizikal yang anda lakukan setiap hari
  • Alarm untuk mengingatkan anda waktu untuk makan ubat dan vitamin
Sumber: Womenshealthmag

6. My Baby’s Beat

Dengan nama sahaja pastinya anda boleh meneka apakah fungsi yang ditawarkan oleh apps ibu mengandung ini. My Baby’s Beat adalah aplikasi mobile yang dicipta khas untuk anda mendengar bunyi degupan jantung bayi didalam kandungan anda. Caranya juga sangat mudah iaitu:

  • Muat turun aplikasi My Baby’s Beat di telefon bimbit anda
  • Buka aplikasi tersebut
  • Letakkan telefon bimbit di atas perut anda
  • Aplikasi ini akan mengesan bunyi degupan jantung bayi anda
  • Bunyi degupan jantung bayi anda akan ditangkap oleh mikrofon dan didengari oleh anda melalui speker telefon bimbit anda

7. My Pregnancy Today

My Pregnancy Today adalah apps ibu mengandung yang dibangunkan oleh Babycenter. Seperti yang kami nyatakan di atas, Babycenter mempunyai aplikasi dan laman web yang sangat bermanfaat untuk ibu mengandung. Oleh itu, aplikasi My Pregnancy Today juga pasti tidak kurang hebantnya memandangkan ia dibangunkan oleh Babycenter juga. Di antara ciri-ciri menarik aplikasi My Pregnancy Today ialah:

  • Perkembangan bayi hari demi hari
  • Perkembangan bayi secara animasi di mana anda boleh melihat video bayi dalam kandungan bagi usia yang sama dengan bayi anda
  • Catatan kontraksi. Apabila anda sudah mula mengalami kontraksi, anda boleh catat kekerapan kontraksi anda di sini

8. Who’s Your Daddy

Sebaik sahaja anda mengandung, anda juga boleh muat turun aplikasi Who’s Your Daddy di telefon bimbit suami anda agar anda berdua boleh mengikuti perkembangan bayi bersama. Semasa berada di tempat kerja, apabila berehat sebentar bolehlah suami anda buka aplikasi ini dan melihat perkembangan bayi anda. Pastinya suami anda akan seronok dan teruja. Aplikasi ini menyediakan maklumat tentang perkembangan bayi serta senarai barang yang perlu dibawa ke hospital untuk bersalin nanti.

9. Pregnancy ++

Apps ibu mengandung yang seterusnya ialah Pregnancy ++ yang boleh anda muat turun di telefon bimbit android dan Iphone. Kami masukkan aplikasi mobile ini ke dalam senarai untuk anda muat turun keranaciri-ciri yang ditawarkan oleh aplikasi ini adalah sangat hebat dan bermanfaat seperti:

  • Perkembangan bayi mengikit hari
  • Menu Track Your Health di mana anda boleh masukkan maklumat yang diminta dan aplikasi ini akan menilai tahap kesihatan anda
  • Kiraan tendangan bayi atau fetal kick count
  • Catatan berat badana agr aplikasi ini dapat menilai adakah tahap kenaikan berat badan anda adalah normal atau tidak

10. Sprout Pregnancy Lite

Sprout Pregnany Lite adalag apps ibu mengandung yang hanya terdapat di iPhone. Aplikasi ini sangat mesra pengguna dan menawarkan ciri-ciri yang hebat seperti:

  • Perkembangan bayi
  • Catatan kesihatan ibu
  • Catatan ukuran perut
  • Catatan tarikh check-up di klinik
  • Simpanan gambar seperti selfie, ultrasound

11. Pregnancy Assistant

Sumber: Apkpure

Apps ibu mengandung yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah Pregnancy Assistant yang hanya boleh didapati oleh pengguna android sahaja. Aplikasi ini akan memberikan anda maklumat tentang perkembangan bayi anda mengikut minggu. Apa yang paling penting ialah pastikan anda ingat bilakah tarikh hari pertama haid anda yang lepas.

Itulah dia info  tentang apps ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:

Rujukan:

  1. Mommiesdaily

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.