Pasir kucing perlu ditukar 3 kali seminggu atau lebih lagi bergantung kepada keadaannya. Sekiranya kucing anda membuang najisnya lebih kerap, maka anda perlu menukarnya dengan lebih kerap.
Ramai yang mengalami masalah dalam memilih pasir kucing terbaik yang sesuai untuk kucing masing-masing. Jom kami kongsikan 12 pasir kucing terbaik boleh anda pilih.
Terdapat sesetengah pemilik kucing berasa bimbang kerana terdapat beberapa produk pasir kucing yang terbuat dari gel silika dan mengakibatkan tapak kaki kucing merasa tidak selesa.
Ia adalah kerana gel bebola kristal tersebut tersekat di telapak kaki kucing dan ada juga yang melibatkan keracunan pada kucing peliharaan kerana tertelannya.
Dengan pasir kucing ini anda tidak perlu risau lagi kerana ianya tidak beracun dan tidak akan menyebabkan keracunan jika tertelan. Pasir kucing ini tahan sehingga sebulan dan menyerap bau najis kucing dengan baik.
Pasir kucing ini diperbuat daripada tanah liat Bentonit yang dapat menyerap bau dan tahan sehingga 7 hari. Ia amat sesuai untuk kegunaan umum harian untuk kucing kesayangan anda.
Ia tidak berbau dan sangat sesuai digunakan sekiranya anda mempunyai kucing peliharaan yang cerewet terhadap bau harum yang kuat pada pasir tersebut.
Jika anda memiliki kucing peliharaan dari baka Angora, anda pasti tahu bahawa baka jenis ini sangat memilih dengan pasir mereka. Kucing Angora tidak suka pasir kucing tanah liat berdebu atau kristal silika kerana ia akan tersekat pada bulunya yang panjang dan tebal.
Pasir kucing OkoPlus ini diperbuat daripada 100% bahan tumbuhan organik semulajadi yang sangat mudah dibersihkan dan mempunyai aroma semula jadi yang menyegarkan.
Pasti kucing anda inginkan pasir kucing yang selesa walaupun ia adalah anak kucing ataupun kucing dewasa. Pasir kucing terbaik inilah yang sesuai digunakan.
Walaupun ia diperbuat dari tanah liat Betonite yang memiliki tekstur lembut dan halus, pasir kucing ini diformulasikan untuk mencegah kelembapan untuk tenggelam ke dasar ‘litter box’ kucing anda.
Pasir ini juga sangat sesuai untuk pemilik rumah yang mementingkan kebersihan kerana ianya bebas daripada habuk dan tidak akan menjadikan lantai rumah anda berselerak setelah si comel tersebut membuang najis mereka.
Pasir kucing ini diformulasikan untuk membantu pemilik kucing yang mempunyai masalah dari segi bau najis mereka yang kurang menyenangkan.
Selain itu, pasir kucing ini juga berfungsi membunuh bakteria dan juga anti-bakteria. Menarik lagi, kebersihan rumah akan terjamin kerana pembiakan virus dan bakteria di kawasan pasir kucing tersebut dapat dikawal.
Jadi, kesihatan ahli keluarga anda juga terjamin dengan menggunakan pasir kucing ini, terutamanya jika ada ahli keluarga yang mengandung atau mempunyai anak kecil.
Pasir kucing ini diperbuat daripada tanah liat Bentonit dan tidak seperti pasir kucing tanah liat yang lain. Pasir kucing terbaik ini adalah berkualiti tinggi justeru menjadikannya pilihan ramai pengguna.
Ianya diproses khas dan mempunyai kadar penyerapan air yang tinggi dan keupayaan menghilangkan bau najis tersebut. Kucing juga pasti akan selesa.
Diperbuat 100% daripada hampas kacang soya, ianya terbiodegradasi dan mesra alam. Ia tidak akan menyebabkan kucing menjadi sakit disebabkan oleh habuk yang dihasilkan oleh pasir dan sebagainya.
Pasir kucing terbaik ini dijamin selamat dan bebas bahan kimia yang berbahaya. Ianya juga dikatakan menyerap kelembapan 3 kali lebih kuat daripada tanah liat biasa.
Salah satu kelebihan yang ditawarkan oleh pasir kucing ini adalah ia bebas habuk dan dapat menghilangkan bau najis sebanyak 3 kali daripada pasir kucing yang lain.
Dengan aroma semula jadi yang menyegarkan, pasir kucing terbaik ini menjadikan sesi pembersihan ‘litter box’ kucing lebih mudah.
Anda sibuk dan tiada masa untuk menukar pasir kucing sehinggakan rumah berbau? Pasir kucing terbaik dari Tofu Cat Liters ini adalah pasir kucing yang mempunyai beberapa bau pilihan.
Tidak hanya berbau wangi, ia juga boleh dipam terus ke dalam tandas tanpa menyumbatkan saluran paip anda. Pasir kucing ini didatangkan dengan 4 aroma yang berbeza dan anda tidak perlu lagi risau dengan bau najis mereka.
Pasir kucing yang berasaskan tanah liat ini diformulasikan secara unik. Ia menggabungkan butiran pasir dengan butiran sederhana, sehinggakan pasir tersebut tetap berada di dalam ‘litter box’ di mana ia berada.
Pasir kucing terbaik ini juga memiliki kemampuan penggumpalan yang sangat baik yang mencegah kelembapan sampai ke dasar kotak agar memudahkannya dibersihkan.
Pasir kucing ini terdiri daripada bahan-bahan alternatif, termasuklah serbuk pain, jagung dan cedar yang sangat pantas menyerap bagi memudahkan proses pembersihan.
Ia juga diformulasikan untuk melawan bau yang paling sukar dan menjadikan rumah anda berbau segar dan bersih. Pasir kucing ini sangat digemari oleh kucing kerana ia merasa sangat selesa.
Dengan tekstur lembut yang serupa dengan tanah liat, pasir kucing ini mudah digunakan oleh kucing dan aromanya sangat segar. Pasir kucing terbaik ini diperbuat sepenuhnya dari biji-bijian dan serbuk kayu untuk mencegah enzim terikat dengan cecair untuk menghentikan penghasilan bau yang kurang menyenangkan.
Berikut adalah antara cadangan pasir kucing terbaik yang boleh anda cuba. Jom baca juga Printer Murah Terbaik, wifi portable terbaik, Microwave oven terbaik Malaysia dan termometer terbaik.
Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.