Bagaimanakah panduan solat terawih di rumah yang betul untuk diamalkan ketika bulan Ramadhan nanti?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan solat terawih di rumah yang perlu anda tahu.

Apa itu solat sunat terawih?

panduan solat terawih

Terawih ini berasal daripada perkataan murawahah ( مُرَاوَحَة ) yang bermaksud berulang-ulang dalam perbuatan.

Setiap kali tiba bulan Ramadan, masjid serta surau menjadi penuh dan meriah dengan para jemaah yang berlumba-lumba mencari kebaikan solat tarawih.

Tetapi bagaimana dengan golongan wanita, ibu-ibu yang kurang berkesempatan untuk mengerjakan solat ini secara berjemaah?

Rasulullah telah bersabda:

Maksudnya: “Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di biliknya, dan solat di tempat tidurnya lebih baik daripada solat di rumahnya.”

Ada wanita yang mempunyai komited menjaga anak kecil yang menyukarkannya untuk berjemaah terawih, disamping ramai yang mempunyai tanggungjawab lain terhadap keluarga dan rumah tangga.

Jadi solusinya, golongan ini boleh mendirikan solat terawih secara bersendirian di rumah sahaja. Asalkan masih menunaikan amalan sunat muakkad yang istimewa ini.

Kepenting solat terawih

Solat sunat terawih adalah satu ibadah qiamullail yang sangat digalakkan pada bulan Ramadan sehingga Rasulullah SAW menggelarkannya ‘qiam Ramadan’. Bahkan Allah SWT menjanjikan ganjaran keampunan kepada mereka yang mengerjakannya.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Panduan solat terawih bersendirian

panduan solat terawih

Berikut adalah panduan solat terawih yang perlu anda tahu:

1. Niat, berniat untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadan.

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat ini perlu dibaca sebelum setiap kali mengangkat takbir. Jika ingin mengerjakan solat sebanyak lapan rakaat, maka niat perlu dibaca sebanyak empat kali.

2. Rukun Solat

Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti solat fardu atau solat sunat yang lain.

Terdapat beberapa bacaan seperti zikir, selawat, tasbih atau doa yang ianya bukanlah rukun tarawih tetapi bacaan yang digalakkan semasa bulan Ramadan.

3. Pemilihan Surah

Bagi pembacaan dalam solat terawih pula, yang wajib adalah surah al-Fatihah manakala surah-surah berikutnya adalah pilihan sendiri dan ia adalah sunat.

Walau tiada penetapan surah yang khas, tetapi ada surah-surah yang dianjurkan, antaranya;

  • Surah at-Takatsur (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas (rakaat kedua)
  • Surah al-Asr (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas (rakaat kedua)
  • Surah al-Humazah (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas (rakaat kedua)
  • Surah a-Fill (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas (rakaat kedua)
  • Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Tidak perlu tergesa-gesa dengan niat untuk banyakkan jumlah rakaat, sebaliknya lakukan solat dengan penuh adab dan hayatilah bulan Ramadan ini dengan sebaiknya

4. Bilangan Rakaat

Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan bilangan rakaat tertentu, sebaiknya didirikan solat dengan rakaat yang mampu.

Namun, antara jumlah rakaat yang sering dikerjakan adalah lapan, 16 rakaat atau 20 rakaat.

Dirikan solat dalam dua rakaat (satu salam), kemudian bangun dan dirikan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki.

Sekiranya selepas empat rakaat anda solat, tiba-tiba anak menangis ataupun mahukan susu atau sebagainya, berhenti dahulu dan menyusukan anak anda terlebih dulu. Setelah itu, bolehlah sambung dengan baki empat rakaat

5. Bacaan Luar Solat

Biasanya di Malaysia, jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup lapan, 16 ataupun 20 rakaat.

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

6. Doa Antara Solat (Selepas Empat Rakaat)

Maksudnya:

“Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu.

Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.”

Doa selepas solat terawih

Doa terawih adalah doa yang dibaca selepas seseorang itu selesai mengerjakan solat sunat terawih. Berikut adalah doa yang boleh dibaca:

“Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.

Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.

Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana.

Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.

Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.

Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.

Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.

Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami menghadapi ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.

Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.”

Apa itu solat sunat witir?

Menjadi kebiasaan di negara kita untuk didirikan solat sunat witir selepas solat sunat terawih.

Solat witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (enam salam), sebaik-baiknya tiga rakaat (dua salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. Sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.

Panduan solat sunat witir

panduan solat terawih

1. Membaca niat solat

Niat solat sunat witir dua rakaat;

اُصَلِّى سُنًّةَ الْوِتْرِرَكْعَتَيْنِ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

“Aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat solat sunat witir satu rakaat;

اُصَلِّى سُنًّةَ الْوِتْرِرَكْعَةً اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

“Aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.”

2. Zikir selepas solat witir (30 kali)

3. Selesai tiga rakaat witir, bolehlah dibaca doa ini;

Doa solat witir

Doa witir adalah doa yang dibaca selepas seseorang itu selesai mengerjakan solat sunat witir. Berikut adalah doa yang boleh dibaca:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau.”

Selain dari panduan solat terawih ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan panduan solat seperti:

Sumber:

  1. Panduan Sembahyang Sunat Tarawih. JAKIM
  2. Doa Terawih Dalam Teks Arab & Rumi Berserta Terjemahan. Taqwa.my
  3. Solat Tarawih: Panduan Lengkap (Berjemaah & Bersendirian). Taqwa.my

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.