Sama seperti pakaian tradisional melayu juga, pakaian tradisional cina tidak lapuk ditelan zaman dan masih kekal diwarisi sehingga ke hari ini. Mungkin ramai daripada kita yang tidak menyedari akan hal ini dan salah anggap akan pakaian tradisional cina.
Sebenarnya, pakaian tradisional cina sering diamalkan seiring dengan kesesuaian waktu dan tujuan yang relevan. Ia sering digunakan untuk majlis-majlis dan urusan rasmi sekaligus oleh rakyat cina walaupun berbeza taraf dan kehidupan.
Bukan itu sahaja, sebenarnya terdapat 6 simbol di sebalik pakaian masyarakat cina. Ia adalah kepercayaan zaman berzaman berkaitan simbol pakaian yang dipakai. Sebelum melihat 5 pakaian tradisional cina, jom lihat terlebih dahulu 6 simbol di sebalik pakaian masyarakat cina.
6 simbol dan maksud di sebalik pakaian yang menjadi kepercayaan masyarakat cina ini akan dipakai oleh mereka yang berkenaan sahaja. Lain pakaian lain maksudnya. Dengan corak dan simbol pakaian tradisional cina ini juga, mereka dapat mengetahui kedudukan dan situasi seseorang yang memakainya.
Banyak pakaian tradisional cina yang sudah mula dilupakan. Yang anda ingat pun, mungkin cheongsam sahaja kan? Sebenarnya ada lagi beberapa pakaian tradisional cina yang ramai tak tahu. Semuanya cantik dan menarik gitu! Jom lihat Top 5 pakaian tradisional cina anda harus tahu.
Cheongsam sering dipakai dalam majlis yang bersesuaian mengikut peredaran zaman seperti majlis perkahwinan dan tahun baru cina. Terdapat banyak jenis cheongsam, namun asalnya pakaian tradisional cina ini berlapis-lapis, penuh sulaman benang emas dan sutera.
Tahukah anda, cheongsam sebenarnya labuh tetapi lama kelamaan ia disingkatkan sehingga ke paras lutut? Ciri-cirnya yang sendat, ketat di pinggang dan mempunyai belahan kiri dan kanan dikekalkan. Pakaian tradisional cina ini mempunyai leher tinggi dan butang di bahu. Kain sutera, satin dan kain jenis lembut selalu digunakan untuk membuat cheongsam.
Pakaian tradisional cina ramai masih tidak mengenali adalah samfoo. Ia adalah sejenis baju dan seluar yang boleh dipakai oleh wanita dan lelaki dalam kehidupan seharian. Pakaian tradisional cina ini berupa baju longgar dan seluar yang diperbuat daripada kain lembut misalnya kain sutera.
Pakaian tradisional cina yang diperkenalkan sejak dinasti Ching ini amat digemari oleh wanita separuh umur dan lelaki yang berumur atau yang sudah berkahwin. Umumnya, ada yang memakai ketika ke lombong, ladang, keluar bekerja atau dirumah.S
Jubah labuh juga merupakan pakaian tradisional cina bagi kaum lelaki. Mereka sering menggayakannya ketika perayaan tahun baru cina dan lain-lain lagi.
Pakaian tradisional cina ini dihasilkan dari fabrik sutera dan broked bewarna terang. Ia juga dihiasi dengan benang emas dan perak. Selalunya, warna merah menjadi pilihan warna bagi si pemakai jubah labuh ini. Jika anda gemar menonton drama cina yang klasik, pasti anda sering melihat jubah labuh ini digayakan mereka.
Istilah “Hanfu” berasal dari kaum Han yang mula memakai pakaian ini. “Yifu” bermaksud baju dalam bahasa mandarin atau bahasa cina. Lengannya kembang dan leher mempunyai kolar yang selesa. Pakaian hanfu ini juga menjadi pilihan ramai kaum untuk mencuba kerana ia amat sopan sekali, malah ia turut direka secara moden.
Changshan adalah sejenis pakaian tradisional cina yang dikatakan berbaju panjang. Seperti cheongsam juga, changshan selalunya dipakai oleh kaum lelaki khususnya. Ia berasal dari Piyin Changshan pada zaman dahulu.
Pakaian tradisional cina ini boleh dipakai untuk menghadiri majlis rasmi dan beberapa acara yang sesuai. Ia juga dikatakan pakaian yang selalu digunakan oleh golongan kelas atasan.
Tahukah anda, baju changsan pernah menjadi baju yang wajib dipakai oleh lelaki pada abad ke 17? Hukuman sanksi dikenakan jika mereka tidak memakai namun ia akhirnya dilupakan selepas kejatuhan dinasti Qing.
Itulah dia 5 jenis pakaian tradisional cina dan simbol pakaian yang ramai tidak tahu. Rupanya banyak juga baju tradisional cina yang boleh anda gayakan sempena tahun baru cina dan perayaan yang sesuai. Jemput baca juga Resepi Nasi Goreng cina, Resepi Nian Gao dan Resepi Udang Har Lok.