Tugas memilih jenis dan reka bentuk pintu pagar rumah utama adalah sangat penting bagi tujuan keselamatan kediaman dan juga nilai estetika yang ada padanya.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai jenis pagar rumah simple yang menarik dan ada design terkini.
Secara umumnya, terdapat banyak design pagar rumah simple yang boleh anda pilih dan sesuai pada kediaman masing-masing. Berikut ini adalah beberapa contoh yang popular dan menarik untuk digunakan.
Pagar simple jenis minimalis ini sesuai untuk anda yang memiliki bajet lebih dan mahu mendapatkan sebuah pagar untuk rumah reka bentuk moden.
Saiz pagar ini tidaklah terlalu kecil dan juga tidak terlalu besar untuk dipadankan dengan ruang rumah. Hanya sahaja pastikan warna cat pada pagar yang dipilih sesuai dengan tembok atau cat luar rumah.
Buat pengemar material pagar dari kayu, pagar woodplank mungkin sesuai untuk citarasa hiasan rumah anda.
Pagar ini terdiri daripada kepingan-kepingan papan yang dibentuk menjadi sebuah pagar yang sangat elegant tetapi klasik.
Pagar dari stainless steel mempunyai material yang tidak mudah karat, mudah dibersihkan dan sesuai dipadankan dengan jenis warna apa sekalipun.
Keburukannya, adalah tidak banyak design untuk pagar stainless steel yang boleh anda pilih di samping harganya juga mahal sedikit dari jenis pagar rumah simple yang lain.
Selanjutnya adalah jenis pagar yang bercirikan motif batik. Pagar minimalis motif batik menampilkan suasana rekaaan yang memukau dari luar tetapi masih menjaga privasi dari dalam kerana rekaan pagarnya yang rapat.
Tidak suka pagar manual, kita juga boleh pilih pagar automatik atau dikenali sebagai pagar sliding.
Pengguna pagar ini tidak perlu membuka dan menutup pintu secara manual lagi sebaliknya hanya menggunakan alat kawalan jauh untuk mengawalnya.
Cara ini memang bagus lebih-lebih lagi bila waktu hujan lebat, kita tidak perlu berpayung atau berhujan untuk membuka pintu rumah sendiri.
Pagar monokrom mengutamakan tema hitam dan putih untuk mewujudkan sifatnya yang neutral. Justeru itu tidak peliklah pagar ini tidak telan dek zaman dan masih digunakan sehingga hari ini.
Gaya pagar monokrom juga dapat diaplikasikan pada beragam jenis material pagar seperti besi dan alumunium.
Pagar berjaring hitam memang sesuai dipadankan dengan tembok berwarna putih. Jenis pagar rumah ini disarankan untuk dimiliki oleh mereka yang mempunyai anak kecil di rumah untuk tujuan keselamatan.
Walaupun design jaringnya rapat namun kita masih boleh melihat ke arah luar dengan jelas kerana terdapat lubang-lubang kecil pada pagar tersebut.
Pagar minimalis full blocked ini pula sama sahaja seperti pagar minimalis biasa. Yang bezanya pagar ini bukan sahaja diletakkan di ruang depan rumah tetapi juga disekeliling tembok rumah.
Bagi yang mempunyai ruangan rumah yang terbatas, disarankan untuk anda guna jenis pagar yang boleh lipat seperti pagar kayu lipat.
Dengan memilih pagar lipat, rumah anda masih mampu tampil dengan indah dan berkelas walaupun memiliki ruang hadapan yang sempit.
Hal ini kerana, pagar rumah jenis ini datang dengan pelbagai model dan bahan yang sesuai digayakan pada rumah minimalis.
Mungkin tidak ramai lagi orang gunakannya lebih-lebih lagi rumah di bandar. Namun sesetengah rumah tradisi dan rumah kampung suka menambah keunikan kediaman mereka dengan pagar dari bambu yang cukup nostalgia ini.
Walaupun cuma dari batang pohon buluh, tetapi kekuatannya sama kuat dengan pagar-pagar lain yang ada.
Selain dari panduan pagar rumah simple ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan hiasan dalaman seperti:
Sumber: