Mencari pakej bulan madu luar negara yang murah, berbaloi dan seronok? Jangan risau, banyak pakej yang pasti sesuai dengan bajet anda!

Sebut sahaja tentang lokasi menarik di luar negara untuk berbulan madu, pasti Bali dan Maldives termasuk dalam senarai tersebut. Tapi apa yang merisaukan ramai pasangan baru berkahwin semestinya bajet yang diperlukan untuk ke sana.

Ramai yang berfikir bahawa kedua-dua lokasi percutian bertaraf dunia ini memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana. Namun jangan risau, kami telah jumpa agensi pelancongan yang menawarkan pakej berbulan madu yang sangat berbaloi dan eksklusif iaitu D Asia Travels.

D Asia Travels yang terletak di Rawang merupakan agensi pelancongan Malaysia yang menawarkan pakej pelancongan menarik bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh dunia. Sudah lama berkecimpung dalam dunia pelancongan, agensi pelancongan ini memang pakar bab pakej berbulan madu termasuk di Bali dan Maldives.

Ramai pelanggan memberikan komen positif terhadap perkhidmatan mereka dalam menyusun segala keperluan pelancongan dari segi tiket, hotel, pengangkutan, aktiviti dan sebagainya sepanjang pelancongan mereka. Semuanya menjadi mudah dengan adanya agensi pelancongan terbaik seperti ini!

Namun kali ini, kami akan berkongsikan tentang pakej bulan madu di lokasi idaman ramai iaitu Bali dan Maldives. Nak tahu apa yang menarik di lokasi tersebut serta pakej yang ditawarkan? Ini pasti membantu anda dalam merancang bulan madu akan datang!

Pakej Bulan Madu Bali

Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa Bali merupakan destinasi pelancongan idaman ramai. Jika ada yang tak tahu, Bali adalah destinasi pelancongan yang kaya dengan pelbagai tempat menarik yang memukau serta alam semula jadi yang mempersona.

Bukan itu saja, Bali kaya dengan budaya dan tradisi masyarakat setempat. Hal ini dapat dilihat dari segi rutin harian, pemakaian, gaya hidup dan makanan tempatan. Tambahan pula, masyarakat yang tinggal di Bali sangat peramah dengan pelancong.

Jika anda mengambil pakej berbulan madu dengan D Asia Travels, antara tempat menarik di Bali yang anda bakal kunjungi mengikut pakej adalah Nusa Penida yang terkenal dengan keindahan pantai dan pemandangan sekeliling. Sama ada di Diamond Beach mahupun Atuh Beach, sangat terkenal dengan air lautnya kebiruan dan jernih.

Bukan itu sahaja, ada pakej yang termasuk dengan menonton persembahan secara langsung Kecak Dance di Uluwatu. Persembahan tradisional ini sangat terkenal di Bali. Tarian yang diiringi nyanyian dan sketsa ini dipersembahkan oleh majoritinya lelaki dan beberapa watak memakai topeng dan pakaian tradisional Bali.

Di Uluwatu juga, pengunjung boleh menonton persembahan api, melihat matahari terbenam, bergambar dengan latar lautan luas dan mempersona dan sebagainya.

Selain itu, Ubud juga termasuk dalam beberapa pakej honeymoon di Bali yang ditawarkan oleh D Asia Travels. Rata-rata yang ke sini tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dan mencuba Bali swing. Pemandangan di sini sangat memukau dengan berlatarkan sawah padi berteres.

Nak sebut tentang keunikan Bali memang tiada penghujung kerana terlampau banyak keistimewaan apabila berada di sini. Tidak hairanlah, ramai yang menjadikan destinasi ini sebagai lokasi berbulan madu idaman.

Untuk pakej berbulan madu di Bali, D Asia Travels menawarkan lebih 30 pakej menarik sepanjang berada di sana. Sehingga kini, pakej terendah Bali bermula RM 1 950 untuk 4 hari 3 malam termasuk penginapan, pengangkutan ke lapangan terbang, makan dan beberapa tempat menarik.

Namun jika mahu bercuti di Bali, empat hari memang tidak cukup untuk menikmati semua keunikan terdapat di sini. Pakej percutian terpanjang di Bali adalah selama 7 hari 6 malam. Lebih santai dan lebih banyak tempat yang boleh diterokai.

Ini pakej berbulan madu di Bali yang ditawarkan oleh D Asia Travels:

Pakej Bulan Madu Maldives

Maldives juga antara pilihan destinasi berbulan madu terbaik dan menarik untuk dikunjungi. Bercuti di negara Islam ini, pasti memberi banyak kelebihan lebih-lebih lagi dari segi pemakanan. Memang mudah untuk mencari makanan yang halal.

Sebab utama ramai yang ingin berbulan madu di sini semestinya pemandangan yang cantik dengan laut kebiruan dan jernih. Penuh dengan privasi, sesuai untuk mereka yang baru berkahwin dan menginginkan masa bersama untuk berehat.

D Asia Travels menawarkan empat pakej berbulan madu di Maldives yang menyeronokkan dengan harga yang mampu milik.

Percutian berbulan madu ini serendah RM 4 875 untuk empat hari tiga malam. Ada juga pakej selama lima hari empat malam serendah RM 5 550. Pakej termasuk penginapan, pertukaran bot, aktiviti air, makan, candle light dinner dan lain-lain.

Kebanyakan pasangan yang bercuti di Maldives hanya mahu bersantai dan menikmati suasana menenangkan bersama. Namun ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti atau sukan air serta meneroka tempat menarik di kawasan sekitar.

Dengan pakej yang ditawarkan oleh agensi ini, pengunjung dapat menyertai beberapa sukan air termasuk snorkeling, kayak, menaiki jetski dan parasailing. Bagi aktiviti snorkeling, ada pakej untuk pelancong melihat pelbagai hidupan marin di tiga check point berbeza.

Banyak lagi aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan di setiap pakej di Maldives seperti yang berikut:

Pakej Percutian Bali dan Maldives

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai pakej percutian atau lain-lain, layari laman berikut:

Website: D Asia Travels

No telefon: 012-425 0469

Facebook: D Asia Travels Sdn Bhd

Setelah penat merancang dan menyiapkan majlis perkahwinan, setiap pengantin pasti memerlukan percutian yang mendamaikan untuk merehatkan mental dan fizikal. Jadi, Bali dan Maldives sesuai untuk anda kerana penuh dengan privasi, menimbulkan suasana yang romantik serta kaya dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi.

Banyak pakej bulan madu yang sangat berpatutan ditawarkan oleh D Asia Travels. Sebut sahaja negara atau negeri mana yang mahu anda pergi, mereka akan membantu anda dalam merealisasikan percutian bulan madu anda dengan baik.

Sudah jumpa pakej bulan madu di Bali dan Maldives yang memenuhi citarasa anda? Lakukan tempahan segera!

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.