Jika kebiasaannya otak-otak diperbuat daripada ikan, kali ini kami ingin membawakan kepada anda resepi otak-otak ayam pula. Kami pastikan ramai yang suka resepi otak-otak ayam ini.

Sama macam otak-otak ikan, otak-otak ayam dibuat dengan cara menghancurkan daging ayam dan menggaulnya dengan sambal otak-otak. Sambal ini rasanya pedas-pedas manis. Kemudian bahan otak-otak tadi dibungkus dengan daun pisang. Daun pisang inilah yang nantinya akan member aroma wangi kepada otak-otak yang kita buat.

Otak-otak sangat sesuai dijadikan menu minum petang atau bahkan jika tetiba rasa lapar tengah malam boleh makan otak-otak sahaja, konfirm kenyang. Sebab otak-otak diperbuat daripada ayam yang padu dan mengenyangkan. Boleh saja jika anda ingin menjadikan otak-otak lauk untuk makan nasi.

Resepi otak-otak ayam dikongsikan oleh Rozmaliza Omar‎ di laman Facebook. Sedap tidak terkata, patutla resepi ini mendapat perkongsian yang amat ramai di Facebook.

Resepi Otak-Otak Ayam

otak-otak ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Isi ayam bahagian dada dikisar,
  • 2 biji telur,
  • 2 sdb ketumbar**,
  • 2 sdb jintan manis**,
  • 2 sdb jintan putih**,
  • 3 batang serai**,
  • 5-6 ulas bawang merah**,
  • 3 ulas bawang putih**,
  • 4 biji buah keras**,
  • 1 inci halia**,
  • 1 inci kunyit**,
  • Segenggam cili kering**,
  • 2 kiub ayam,
  • 250 ml santan Kara,
  • Secukup rasa,
  • Garam dan gula,
  • Daun pisang untuk membungkus.

Cara-cara :

  1. Blend semua bahan-bahan bertanda ** kecuali isi ayam dan telur. Blend hingga lumat.
  2. Tuangkan bahan blend ke dalam kuali, masukkan sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan.
  3. Kemudian masak semuanya hingga pekat dan sejukkan.
  4. Isi ayam kisar digaul dengan telur, kemudian campurkan dengan sambal yang sudah sejuk tadi.
  5. Gaul rata isi ayam dan sambal. otak-otak ayam ini rasanya pedas-pedas manis.
  6. Letakkan 1 sudu kecil adunan otak-otak ke atas daun pisang dan bungkus macam kuih koci kemudian kukus selama 20 minit.
  7. Masa nak makan bakar sekejap atas dapur. Makan panas-panas.

Resepi Menarik Lain

Selain otak-otak ayam, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.