Orang cerdik suka buat apa sebenarnya? Setiap manusia memiliki 24 jam sehari semalam yang sama untuk melakukan aktiviti harian mereka.

Sama ada ia cukup atau tidak, itulah masa yang tetap, tidak lebih dan tidak kurang bagi kita semua menikmati kehidupan setiap hari.

Pernah atau tidak anda terfikir, orang cerdik suka buat apa sebenarnya setiap hari dalam masa 24 jam itu? Adakah rutin harian mereka sama sahaja seperti orang biasa seperti kita?

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan beberapa aktiviti harian yang dilakukan oleh orang cerdik pandai ini untuk tambah ilmu pengetahuan kepada anda.

Siapa yang dikategorikan sebagai cerdik?

Kepintaran seseorang dikatakan merangkumi pelbagai kemahiran hidup secara berkesan. Antara kemahiran yang dimaksudkan ini termasuklah seperti:

  • Kemahiran fizikal: Kemahiran pergerakan seperti kemahiran motor
  • Kemahiran mental: Kemahiran memori, pengetahuan, penyelesaian masalah dan ketangkasan memproses maklumat
  • Kemahiran tingkah laku seperti kemahiran berkomunikasi
  • Kemahiran akademik
  • Kemahiran kehidupan seharian

Untuk mengetahui sama ada seseorang itu dalam kategori genius atau tidak, mereka biasanya akan melalui beberapa ujian. Skornya adalah seperti di bawah:

  • 130 ke atas – Kepintaran unggul
  • 110-120 – Kepintaran sederhana tinggi
  • 90-110 – Kepintaran sederhana
  • 70-90 – Kepintaran sederhana rendah
  • Di bawah 70 – Terencat akal

Orang cerdik suka buat apa dalam hidup?

Mungkin ada diantara fakta yang akan kami kongsikan ini kedengaran pelik bagi anda. Tetapi inilah antara pengkongsian kami tentang orang cerdik suka buat apa dalam kehidupan sehari-hari mereka.

1. Bercakap bila perlu sahaja

Susah sebenarnya hendak tengok orang cerdik bercakap panjang lebar. Biasanya sepatah kita tanya, sepatah jugalah dia jawab semula.

Mereka ini kurang bercakap atau pendiam disebabkan oleh mereka mempunyai sikap tidak gemar mengambil bahagian dalam apa-apa perbualan yang tidak berfaedah.

2. Suka makan coklat

Coklat selain mampu meningkatkan mood positif seseorang dengan teknik mindful eating, ia juga dikatakan penting dalam meningkatkan fungsi otak untuk menjadikan kita lebih peka dan bijak.

3. Sentiasa mencari jawapan

Orang cerdik suka buat apa dalam meningkatkan ilmu pengetahuan mereka? Mereka ini sebenarnya memiliki rasa ingin tahu yang sangat tinggi.

Setiap kali ada perkara baru yang mereka tahu, tentunya rasa ingin tahu untuk mengetahui lebih lanjut sering menganggu fikiran mereka sehinggakan ia secara tidak langsung menjana kecerdasan otak yang lebih tinggi dari orang lain.

4. Pilih untuk “work smart” dalam hidup

Mereka yang pandai bukanlah belajar sepanjang masa. Sebaliknya, mereka ini malas dan lebih suka mencari jalan yang paling mudah untuk menjalankan tugas yang diberikan tanpa perlu bekerja keras.

Konsep hidup mereka adalah “work smart” bukannya “work hard” tetapi masih menghasilkan sesuatu yang luar biasa!

5. Suka dengar muzik instrumental

Fakta menunjukkan bahawa, individu yang lebih gemar bermain dan mendengar alat muzik instrumental tanpa vokal adalah lebih cenderung dikatakan pintar.

Saintis ada menemukan hubu­ngan antara kuasa minda dan muzik instrumental seperti klasik dan jazz. Lebih 400 pelajar di Croatia terlibat dalam kajian yang dijalankan penyelidik.

Dapatan mendapati, individu yang gemar mendengar muzik instrumental seperti Mozart dan Bach berkemungkinan lebih bijak berbanding mereka yang menyukai lirik dalam lagu.

6. Suka bercakap dengan diri sendiri

Penyelidik mendapati bahawa orang yang bercakap dengan diri sendiri sama ada dalam minda atau secara terang-terangan adalah lebih bijak daripada mereka yang tidak.

Hal ini disebabkan oleh, bercakap dengan diri sendiri dapat menajamkan otak, meningkatkan ingatan dan membantu menguruskan pemikiran. 

7. Malas jaga tepi kain orang

Orang cerdik suka buat apa bila waktu lapang? Tentunya bukan menjaga tepi kain orang atau “join” makcik-makcik bawang bergosip.

Orang yang bijak tidak akan bercakap kosong dan sentiasa mengelak mencampuri apa-apa hal mengenai kehidupan orang lain.

8. Banyak buat lawak

orang cerdik suka buat apa

Mengubah perkara kecil menjadi satu jenaka bukanlah perkara yang mudah. Justeru itu, mereka yang mampu untuk melakukan perkara ini dianggap sebagai genius.

Menurut saintis, manusia memerlukan kemahiran kreatif yang tinggi untuk melakukan jenaka.

9. Mengaku bila salah sendiri

Ramai orang berfikir, mereka yang dianggap bijak juga mempunyai ego yang tinggi dan sukar untuk mengaku kesalahan sendiri.

Sebaliknya menurut pendapat Jeff Bezos, pengasas Amazon dan manusia terkaya di dunia:

“Tanda kepintaran terbesar adalah keupayaan untuk menerima kesilapan dan belajar daripadanya.”

10. Banyak membaca

Tidak dinafikan membaca dapat memberi dan menambah banyak ilmu pengetahuan kepada diri kita.

Ia juga adalah aktiviti yang sering menjadi tumpuan individu yang bijak untuk meningkatkan keilmuan dan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.

11. Obses terhadap diri sendiri

Laporan dari British Journal of Psychology 2016 menunjukkan bahwa orang yang lebih pintar cenderung suka menyendiri.

Orang yang bijak cenderung untuk lebih selesa, kreatif, dan cerdas apabila berada seorang diri daripada dalam persekitaran yang ramai orang.

Selain dari aktiviti yang orang cerdik suka buat ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan dengan kecerdasan dan kepintaran anak seperti:

Sumber:

  1. Things Most Smart People Do Every Day. Book Jelly
  2. Common Traits of Highly Intelligent People. Business Insider
  3. Things Smart People Don’t Do (And What They Do Instead). Life Hack
  4. Kepintaran & IQ. Portal Rasmi MyHealth

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.