Bagaimanakah lafaz niat puasa sebulan dalam teks arab, rumi dan terjemahannya untuk dibaca dan dihafal?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan niat puasa sebulan dan niat puasa harian bagi bulan Ramadhan tahun ini.

Apa itu niat puasa?

niat puasa sebulan

Niat adalah tujuan bagi sesuatu perbuatan, bukannya lintasan hati. Manakala lafaz niat adalah perkataan yang disebutkan bagi menguatkan niat.

Niat adalah syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib. Tanpa niat, amalan puasa seseorang itu tidak sah.

Hal ini kerana, berpuasa adalah salah satu dari ibadah (ibadah mahdhoh) dan sesuatu ibadah itu tidak sah melainkan disertakan bersamanya niat seperti mana solat.

Niat puasa sebulan Ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu souma syahri ramadhana kul’lihi lil’lahi ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

Niat puasa esok hari Ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu souma ghadin ‘an ada ‘i, fardhi syahri ramadhana hazihis sanati lil’lahi ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

Bacaan doa berbuka puasa (berseorangan)

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa’alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin

Maksudnya: “Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.”

Bacaan doa berbuka puasa (beramai-ramai)

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Allahumma laka shumna wa bika amanna wa’alaa rizqika aftharna birahmatika yaa arhamarroohimiin

Maksudnya: “Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.”

Terlupa untuk berniat puasa?

Menurut pendapat Mufti Wilayah Persekutuan, sekiranya seseorang itu terlupa untuk berniat puasa fardhu pada malam harinya, maka tidak sah puasanya sebagaimana pendapat majoriti mazhab.

Namun, antara tips untuk mengelakkan perkara begini berlaku, kita digalakkan juga berniat puasa sebulan penuh berdasarkan pendapat Imam Malik sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya seseorang itu terlupa untuk berniat pada malam harinya.

Adapun, sekiranya seseorang itu bangun untuk bersahur dan terlupa untuk melintaskan niat dalam hati untuk berpuasa, maka puasanya sah kerana perbuatan sahur tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah dengan tujuan untuk berpuasa.

Keperluan memperbaharui niat puasa

niat puasa sebulan

Bagi anda yang sudah berniat puasa sebulan sekaligus, adakah perlu untuk berniat puasa lagi untuk setiap malam?

Mengenai persoalan ini terdapat beberapa pendapat yang boleh anda rujuk seperti yang berikut:

  • Pertama menurut mazhab Al-Maliki, kita diharuskan untuk niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang pertama dan tidak wajib berniat setiap malam.

  • Kedua menurut mazhab Al-Syafi’ie, wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadhan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil) yang tidak terikat antara satu sama lain.

  • Pandangan sebahagian ulama mazhab Syafi’ie, boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadhan.

Panduan amalan di bulan Ramadhan

niat puasa sebulan

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan niat puasa sebulan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Selain dari panduan niat puasa sebulan ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan puasa seperti:

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan #74: Niat Puasa Setiap Malam atau Niat 30 Hari Sekaligus? Mufti Wilayah Persekutuan
  2. #832: Bersahur Sebagai Niat Puasa. Maktabah Al Bakri
  3. Lafaz Niat Puasa Sebulan & Harian: Dalam Teks Arab dan Rumi. Taqwa.my

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.