Nasi Ayam Claypot bukan sahaja sinonim menjadi hidangan dalam masyarakat Cina. Tetapi juga masyarakat Melayu khususnya turut mencari hidangan ini dalam versi halal.

Mungkin agak sukar untuk menemukan hidangan Chinese Muslim halal di luar sana yang kena dengan citarasa anda.

Justeru itu, apa kata anda buat sahaja sendiri nasi ayam claypot di rumah untuk dinikmati bersama keluarga.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda 5 hidangan berasaskan nasi ayam claypot yang boleh anda jadikan panduan.

1. Nasi ayam claypot mudah

nasi ayam claypot

Resepi ini sangat mudah, ringkas, dan mengenyangkan untuk dinikmati seisi keluarga. Perkongsian dari Facebook Rozmaliza Omar.

Bahan-bahan nasi:

  • 1 tin susu beras 
    2 tin susu air
    1 kiub pati ayam

Bahan-bahan ayam kicap

  • 8 ketul ayam
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 inci halia (tumbuk)
  • 4 tangkai cili kering (potong pendek)
  • 5 sudu makan kicap manis 
  • 4 sudu makan sos cili 
  • 2 sudu makan sos tiram 
  • 1 sudu makan minyak bijan 
  • Sedikit air
  • 8 biji cendawan shitake kering (rendam hingga lembut) 
  • Garam dan sedikit gula
  • Daun bawang (dipotong)

Cara memasaknya:

1. Untuk ayam kicap, anda perlu tumis bahan tumbuk bersama cili kering hingga wangi. Masukkan ayam lalu biarkan sekejap.

2. Masukkan air, kicap, sos dan cendawan. Biarkan ayam dan cendawan lembut seketika. Letak garam dan sedikit gula. Kacau rata dan kemudian tutup api.

3. Untuk nasi pula, masukkan beras, air dan kiub ayam ke dalam claypot atau periuk tanah. Masak hingga nasi separuh masak.

4. Bila nasi sudah separuh masak, seterusnya letak ayam dan cendawan kicap tadi di atas nasi secara merata.

5. Tutup semula periuk nasi dan masak sehingga ia betul-betul masak.

6. Untuk menghidang, letak 2 biji telur mata yang digoreng separuh masak agar lebih menarik.

7. Tabur hirisan daun bawang dan renjis minyak bijan atas nasi ayam.

8. Hidangan anda siap untuk dinikmati.

2. Nasi ayam claypot cina mualaf

nasi ayam claypot

Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Amirah Abdullah Chan, seorang Cina Mualaf yang gemar berkongsi hidangan berasaskan Chinese Style.

Bahan-bahan

  • Kicap masin
  • Kicap cair
  • Minyak bijan
  • Serbuk cukup rasa

Cara memasak:

1. Ayam perlu diperap dengan menggunakan bahan di atas selama 30 minit atau satu jam. Untuk menjadikan ayam perapan tampak lebih hitam dan gelap, anda boleh tambahkan satu sudu kecil thick sos karamel.

2. Kemudian, beras yang sudah dicuci campurkan dengan kicap masin, halia dan bawang putih cincang. Masak dalam periuk claypot selama 5 hingga 7 minit menggunakan api sederhana. Sukatannya 1 cawan beras : 1 cawan air (bercampur kicap)

3. Bila air dalam nasi sudah berkurangan, letak dan susun ayam yang sudah diperap sekurang-kurangnya selama 7 hingga 10 minit. Boleh potong ayam kecil-kecil supaya cepat masak.

4. Bila nasi sudah hampir masak, letak ikan masin tenggiri dan besarkan api untuk dapatkan kerak terbakar di claypot.

5. Hidangan anda siap untuk dinikmati.

3. Nasi ayam shitake claypot

nasi ayam claypot

Resepi ini sangat mudah, ringkas, dan mengenyangkan untuk dinikmati seisi keluarga. Perkongsian dari Facebook Incik dan Cik Ca.

Bahan-bahan untuk ayam:

  • 2 keping dada ayam (potong kiub)
  • 1/2 inci halia (tumbuk halus/ mayang nipis)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk halus/ mayang nipis)
  • 1 sb sos tiram
  • 1/4 sudu kecil chinese 5 spice
  • 2 sb minyak bijan
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sb kicap cair
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil gula perang
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit air rebusan ayam
  • Sedikit minyak masak

Bahan-bahan untuk cendawan shitake:

  • 7 kuntum cendawan shitake kering (basuh bersih & rebus hingga lembut – potong kecil)
  • 2 tangkai daun bawang (potong kecil)
  • 3 tangkai cili kering (cuci & dipotong kecil)
  • 1 sb lobak asin (rebus dulu, kemudian cincang halus)
  • Sedikit minyak bijan

Bahan untuk menghidang:

  • Daun bawang
  • Bawang goreng

Cara memasak:

1. Ayam digaul dengan semua bahan yang dinyatakan tadi dan diketapi selama 30 minit.

2. Untuk membuat menu cendawan. Sediakan kuali kecil lalu panaskan dengan sedikit minyak bijan.

3. Kemudian tumis daun bawang dan cili kering hingga naik bau. Masukkan lobak asin diikuti cendawan shitake. Kacau hingga sebat, lalu letakkan sedikit gula dan garam. Angkat dan ketepikan.

4. Kemudian, masukkan air rebusan ayam ke dalam mangkuk tanah, tutup mangkuk dan jerang di atas api sehingga mendidih.

5. Bila sudah mendidih, masukkan beras, kecilkan api hingga betul-betul kecil. Tutup claypot dengan penutupnya, dan biarkan hingga nasi 80% masak.

6. Sementara menunggi nasi masak, tumiskan ayam dan bahan-bahan perap yang lain. Masukkan air rebusan ayam, biarkan hingga ia agak pekat dan ayam masak.

7. Bila nasi sudah 80% masak, gemburkan sedikit dengan garfu. Seterusnya, masukkan ayam dan cendawan yang sudah dimasak tadi ke dalam mangkuk.

8. Tabur sedikit daun bawang, tutup semula mangkuk dan masak dengan api yang kecil sehingga nasi masak 100% dan daging ayam empuk. Padamkan api.

9. Taburkan lagi sedikit bawang goreng ke atas nasi dan biarkan selama 10 minit lagi. Kemudian, baru digemburkan sedikit nasi supaya tidak berketul.

10. Taburkan sedikit lagi hirisan daun bawang dan kemudian hidang panas-panas.

11. Hidangan anda siap untuk dinikmati. Kalau anda mahu lagi pedas dan lebih perisa boleh sediakan kicap cair maggi dan cili padi potong.

4. Nasi ayam guna rice cooker

Kalau anda tidak mempunyai claypot di rumah, jangan risau tau. Sebabnya anda boleh guna sahaja rice cooker untuk masak nasi ayam claypot. Berikut adalah caranya.

Cara memasak:

1. Rendam dengan air panas 5 shitake mushroom sampai lembut dan hiris nipis dan ketepikan. Timbang 350 gram beras Basmathi. Basuh dan ketepikan.

  • 600 gram – 70 gram ayam
  • 50 gram sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 30 gram kicap pekat
  • 1 sudu besaar minyak bijan
  • gaul dan ketepikan selama 5 minit

2. Letakkan mangkuk di atas penutup mixing bowl, timbang.

3. Letakkan dalam mixing bowl. 3 ulas bawang putih, 20 gram halia. Cincang 5 saat/speed 6.

4. Masukkan 20 gram ikan masin, 20 gram minyak masak, tumis 5 min/120 darjah celcius/kelajuan 2.

5. Masukkan cendawan shiitake dalam step 1. Ayam dalam step 2. 1 sudu besar cuka epal. 1/2 sudu besar gula. 360 gram air. Rebus 7 min/100 darjah celcius/reverse spoon.

6. Masukkan 350 gram beras. 2 batang sosej yang dihiris. Boleh skip kalau tak suka. Set mode rice cooker. Buka mesuring cup letak simmering basket atas mixing tadi. Hiaskan dengan daun bawang cincang. Hidang panas-panas.

7. Hidangan anda siap untuk dinikmati.

5. Nasi ayam versi kedai kopitiam claypot

Bahan-bahan utama:

  • 1/2 ekor ayam, dipotong menjadi beberapa ketulan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu teh minyak bijan, tambah sedikit lagi untuk dituang sebelum menghidang
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 10 cendawan shitake kering, direndam dan dibelah dua
  • 4 sudu besar minyak sayuran
  • 1 kiub ikan masin, digoreng dan dihiris nipis-nipis
  • 6 ulas bawang puting, dicincang halus
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 sudu besar halia parut
  • 2 cawan beras Jasmine
  • 2 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 cawan air

Bahan-bahan perasa:

  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh kicap pekat manis
  • 1 tbs of cuka
  • 1sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh minyak bawang merah

Bahan hiasan:

  • Hirisan daun bawang
  • Bawang putih dicincang
  • Hirisan cili padi

Cara memasak:

1. Perap ayam dengan kicap , kicap pekat manis, minyak bijan, sos tiram, serbuk pati ayam dan tepung jagung.

2. Rendam cendawan kering dalam air selama 20 minit hingga lembut. Tapis air dan simpan 1/2 cawan air rendaman.

3. Potong dan buang batang cendawan. Kemudian, potong cendawan kepada beberapa bahagian.

4. Panaskan minyak sayuran pada suhu rendah dalam kuali. Masukkan ikan kering. Goreng sekejap selama 30 saat.

4. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam mula bertukar warna perang keemasan. Masukkan bawang putih dan halia. Kacau lagi selama seminit.

5. Seterusnya, masukkan cendawan. Jangan lupa kaut bahagian yang melekat di dasar periuk. Kemudian, masukkan nasi dan lada sulah.

6. Masukkan nasi yang digaul tadi ke dalam periuk tanah liat. Masukkan air dan air rendaman cendawan juga.

7. Letakkan periuk tanah liat di atas api sederhana besar dan biarkan mereneh sebentar.

8. Tutup dan kecilkan api. Biar nasi masak selama 30 minit atau sehingga cecair diserap dan nasi mengembang.

9. Buka penutup periuk tanah liat dan masukkan perasa. Tabur daun bawang di atas nasi.

10. Hidangan anda siap untuk dinikmati. Anda boleh hidangkan bersama cili potong dan bawang putih cincang.

Selain dari resepi nasi ayam claypot ini, anda juga boleh baca artikel kami berkenaan hidangan yang lain seperti:

Sumber:

  1. Resepi Nasi Ayam Claypot Shitake. Resepi Bonda
  2. Nasi Ayam Claypot Cina Mualaf. Facebook Nur Amira Abdullah Chan

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.