“Mom, lapar. Order kan Chicken Rice Shop. Nak makan Nasi Ayam”

“Asyik Food Panda jek kojenye. Jap Mommy masak Mommy Chicken Rice.”

Anak-anak ni tu lah, nak senang order je kan makan kat food panda. Mereka ingat duit boleh print sendiri kot.  Tapi mak-mak kan? Walaupun tak dapat order  dekat Chicken Rice Shop dek kekangan kewangan, mestilah tetap nak tunaikan permintaan anak-anak kan?

Jom. Tengok resepi Nasi Ayam Homemade dari Yasmin Fami, sedap macam Chicken Rice Shop. Silap-silap anak-anak dengan ayahnya pun terus terlupa pasal Chicken Rice Shop nih.

Resepi Nasi Ayam

nasi ayam

Imej via Facebook

Bahan Perapan Ayam dan Cara Penyediaannya:

  • Halia sebesar ibu jari – Blender
  • 5 biji Bawang Merah – Blender
  • 5 ulas Bawang Putih – Blender
  • 5 sudu Kicap Manis Kipas Udang
  • 2 sudu Sos Tiram
  • 2 sudu madu
  • 3 cubit garam
  1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan ayam. Biarkan 30 minit sebelum goreng dalam minyak yang betul-betul panas tapi sederhana besar ya api tu.
  2. Nanti lebihan bahan perapan ini boleh buat sos kicap tau. Cuma perlu masuk dalam kuali dan tambah dengan sup ayam sedikit.

 

Bahan dan Cara Penyediaan Sup Ayam:

  • 1 ketul ayam dipotong kecik
  • Halia sebesar ibu jari – Dihiris panjang
  • 3 biji Bawang Merah – Dihiris
  • 3 ulas Bawang Putih – Dihiris
  • 1 sup bunjut
  • 2 sudu minyak
  • Air secukup
  • 2 sudu Rencah Cukup Rasa Maggie
  1. Panaskan minyak and masukkan sup bunjut dengan bahan hirisan. Dah naik bau, masukkan air dengan ayam.
  2. Bila dah mendidih, masukkan cukup rasa maggie.
  3. Ayam dah cukup masak, tutup api dan dah siap.

 

Bahan dan Cara Penyediaan Nasi Ayam:

  • Beras (Toskan)
  • Halia sebesar ibu jari – Blender kering
  • 2 biji Bawang Merah – Blender kering
  • 2 ulas Bawang Putih – Blender kering
  • 3 Sudu Mentega / Butter
  • 2 batang kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • Daun pandan
  • 2 cubit garam
  1. Panaskan kuali sebelum masukkan mentega. Lepas tu masukkan semua bahan yang di blender tu. Dah naik bau, masukkan kayu manis, bunga lawang , buah pelaga & daun pandan.
  2. Gaul sebati baru masukkan beras yang sudah di tos tadi.
  3. Gaul sehingga mesra dan masukkan ke dalam periuk nasi. Bolehlah masak macam nasi biasa. Cumanya air digantkan dengan sup ayam.

Bahan dan Cara Penyediaan Sos Cili:

  • 5 batang cili merah – Blender
  • Halia sebesar ibu jari – Blender
  • 5 biji Bawang Merah – Blender
  • 5 ulas Bawang Putih – Blender
  • 2 sudu brown sugar
  • Garam secukup rasa
  • Cuka secukup rasa
  1. Masak kesemua bahan, tambah gula, garam & cuka.
  2. Masukkan 1 senduk sup ayam.
  3. Masak sampai sebati rasa. Baru angkat.

Bolehlah mencuba ya. Terdapat juga resepi menarik yang lain. Semoga bermanfaat.

 

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.