Mencari resepi murtabak ayam? Kali ini kami akan kongsikan resepi murtabak ayam mini lagi mudah.

Murtabak ayam merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia tidak kira apa jua bangsa. Hidangan ini selalunya jadi menu sarapan ataupun kudapan malam. Murtabak dijual di kedai mamak ataupun di pasar malam. Biasanya dimakan dengan kuah kari ayam atau daging.

Resepi murtabak ayam mini kali ini didatangkan daripada Zuraini Mat Arshad di laman Facebook. Citarasa murtabak ini amat sesuai dengan tekak. Anak-anak pun suka makan murtabak ayam disebabkan ianya bersaiz kecil, tidak muak, dan bikin ketagih. Makan dengan sos pun sedap. Selamat mencuba.

Resepi Mini Murtabak Ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang besar/holand potong dadu,
  • Bawang putih cincang,
  • Daun kari,
  • Serbuk kari,
  • Isi ayam/daging,
  • Sedikit gula,
  • Garam/perasa,
  • Daun sup/bawang,
  • 3-4 biji telur,
  • Kulit popia.

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang dan daun kari. Bila sudah layu masukkan serbuk kari. Tambah sedikit air.
  2. Bila sudah pecah minyak masukkan isi ayam/daging.
  3. Tambahkan pula sedikit gula. Kacau hingga ayam/daging masak.
  4. Masukkan kentang yang dipotong dadu (lebihkan isi ayam/daging dari kentang).
  5. Masukkan garam dan perasa.
  6. Bila agak kering masukkan daun sup/bawang.
  7. Tutup api. Biarkan sejuk.
  8. Kemudian pecahkan [email protected] biji telur dalam bekas. Kacau hingga berbuih.
  9. Cedok inti tadi dan campurkan ke dalam telur. Biar cair sedikit.
  10. Selepas itu sendukkan inti kedalam kulit popia dan lipat kemas.
  11. Goreng di atas kuali leper. (Macam goreng roti canai).
  12. Balik-balikkan. Siap.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain murtabak ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.