Hujung-hujung minggu nih best juga kan kalau buat muffin dengan anak-anak kan. Tapi muffin coklat ke muffin pisang eh? Dedua sedap. Pening-pening sangat campur jela dedua. Jom cuba resepi muffin pisang coklat gebu gebas.

Resepi yang dikongsikan oleh Shafinar Shariff di laman Facebook ini gerenti jadi. Muffin pisang yang terhasil baik untuk makan sendiri atau dijual.

Rasa muffin lembut dipenuhi aroma pisang yang wangi dengan rasa coklat, sangat merangsang selera. Bentuknya yang menarik akan menarik hati siapapun yang melirik. Anak-anak mesti sangat suka makan muffin pisang ini.

Resepinya pun amat senang. Kejadian muffin gebu dan menggoda selera. Siapa ingin cuba bolehlah tengok resepi ini. Buat jual pun boleh. Selamat mencuba.

Resepi Muffin Pisang Coklat

Muffin Pisang coklat

Imej via Google Image

Bahan-bahan:

  • 6 cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 21/2 cawan gula(nak kurang pun x pa)
  • 2 cawan pisang
  • 1 cawan mentega cair ( minyak pon blh)
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan mayonis (mesti)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan coklat chip

Cara penyediaannya :

  1. Ayak tepung, soda, baking powder.
  2. Blend pisang, gula mentega, minyak, telur.
  3. Masukkan dalam bekas tepung yg diayak, masukkan coklat chip.
  4. Masukkan 3/4 adunan dalam bekas muffin.
  5. Boleh hias dngan pisang potong-potong, coklat [email protected] coklat chip.
  6. Kalau nak tambah kekacang pun boleh.
  7. Bakar api 190 dalam masa 15-20 minit. Ikut oven masing-masing.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi  ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.