Artikel ini adalah tentang misi hidup dan cara mencipta misi hidup diri sendiri.

Sebelum ini saya kongsikan cerita bagaimana misi hidup menjadi kunci untuk mengekalkan momentum dan semangat.

Saya yakin, bila saya lulus dan tamat pengajian, sebenarnya bukan sebab saya ‘terer’ melepasi segala halangan. Tapi Tuhan yang ‘make it happen’. Sebab Dia tahu saya ada misi penting yang seterusnya.

Itulah pentingnya punya misi hidup yang murni. Jadi asbab untuk menjemput pertolongan Tuhan. Bila tulis journal article, senang untuk diterima oleh pihak Journal. Bila nak buat kajian, idea datang mencurah-curah. Nak tulis tesis, sedap saja ayat yang keluar. Nak dapat kerja atau scholarship, lembut saja hati orang yang interview untuk pilih kita.

Tapi satu perkara yang saya perhatikan..kebanyakan orang tidak tahu apa misi hidup mereka. Katanya masih tercari-cari. Macam anak didik saya kata, misi hidupnya untuk jadi ‘engineer’. Dia masih confused nampaknya. Sebab itu bukan misi hidup, tapi hanya salah satu step untuk capai misi hidup.

Jadi macamana nak cari atau cipta misi hidup? Apa sebenarnya misi hidup?

goal

seanwes.com

Inilah fokus perkongsian kali ini.

Secara asasnya, misi hidup perlu mematuhi 3 syarat penting ini:

#1 Misi Hidup Perlu Mempunyai Dua Elemen Penting Iaitu:

Siapa yang akan dibantu, dan apa yang akan dibantu atau bagaimana caranya. Ia juga perlu jelas dan spesifik.

#2 Misi Hidup Mestilah Sesuatu Yang Memberi Kesan Mendalam Kepada Kita.

Mengingatkannya sahaja mampu menyentuh perasaan dan memberikan motivasi dan semangat yang tinggi untuk berjuang mencapai misi tersebut. Yang kalau kita tengah malas, tak bersemangat, tiba-tiba jadi semangat balik.

#3 Misi Hidup Tersebut Perlulah Dikaitkan Dengan Tujuan Hidup Yang Sebenar Iaitu Mendapatkan Redha Allah.

Supaya ia lebih jelas, saya akan berikan beberapa contoh. Dari contoh ini, insha Allah anda mudah untuk mencipta misi hidup anda. Jangan terperanjat jika tiba-tiba anda ada 3 misi hidup hehe.

Misi hidup:

  • “Bila saya habis belajar dan mula kerja, saya akan kumpul duit supaya emak dan ayah saya yang teringiiin sangat nak pergi haji dapat pergi haji 2 tahun selepas saya grad”
  • “Misi hidup saya ialah kumpul duit dan buat ‘yayasan anak-anak buah’ supaya setiap anak buah kesayangan saya yang berpotensi untuk berjaya saya boleh tolong, support mereka untuk masuk universiti. Biar mereka jadi orang berguna, berjaya, nanti tolong ubah nasib mak abah mereka yang masih susah”
  • “Bila saya dah habis belajar, abah dah tak payah bawa teksi. Mak dah tak payah jual kuih. Semua perbelanjaan mereka saya support. Biar mak abah pula berehat, boleh pergi masjid dengar ceramah setiap hari. Ini masanya saya pula berbakti”
  • “Misi hidup saya ialah jadikan anak-anak saya orang yang cintakan Tuhan, hafal Quran, suka buat kerja amal. Sebab mereka dari syurga dan saya mesti hantar mereka ke syurga semula. Saya akan baiki diri saya, didik anak saya sungguh2, belajar dari orang lain supaya saya tidak silap dalam mendidik mereka.
  • “Misi saya bila dah jadi pensyarah nanti, saya ingin lahirkan anak-anak didik yang berjiwa besar, punya misi hidup untuk beri kebaikan kepada masyarakat, jadi pemimpin yang memimpin ramai remaja lain”

Pokok pangkalnya, tengok orang di sekeliling kita..orang yang kita sayang. Apa yang boleh kita lakukan untuk mereka? apa sumbangan terbaik kita kepada mereka? yang sangat menggembirakan mereka?

Dan sebenarnya, kita bukan hanya menggembirakan mereka. Tapi lebih penting, kita sedang mendaki tangga meraih redha Ilahi.

Diriwayatkan dari Jabir berkata,

”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”

(HR. Thabrani dan Daruquthni)

Untuk menjadi manusia yang bermanfaat untuk orang lain, kita perlu ada misi. Tanpa misi, sumbangan kita hanya ala kadar. Semangat kita tenggelam timbul. Paling takut, kita tak sedar pun dan tahu-tahu kita sudah tua tanpa melakukan apa-apa yang signifikan untuk orang lain.

Na’uzubillah min zalik.

Ayuh, cari misi hidup anda.

Jemput membaca artikel lain seperti :

Penulis: Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.