Pada peringkat usia ini, penglihatan bayi sudah bertambah baik. Matanya sudah mula peka kepada warna-warna yang terang dan juga dapat melihat objek di sekitarnya dengan mengerakkan kepalanya. Perkembangan motornya juga akan berkembang sejajar dengan peningkatan usianya.

Mari kita lihat 4 cara yang seterusnya untuk merangsang perkembangan bayi sejak usia 3 bulan sehingga 12 bulan yang pertama.

(Dari usia 3 hingga 6 bulan)

1. Menggantungkan Mobile Berwarna Terang

Gantungkan mobile berwarna-warni dengan jarak 25cm (10inci) daripada mata bayi yang bertujuan untuk merangsang daya penglihatan mereka.

Puan Nik Eliani juga dalam bukunya ini, mencadangkan agar mobile ini digantung dengan menggunakan tali elastik untuk menggalakkan bayi untuk menyentuh, menarik dan mengerakkan mobile  tersebut. Cara ini dapat membantu dalam merangsang perkembangan fizikal bayi pula.

Aktiviti ini secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan motor kasar dan halus bayi anda. Perkembangan yang paling penting yang harus berkembang dengan baik di awal usia ini.

Baby Mobile Stimulation

Imej via babygenius.com

2. Menghubungkait Bacaan Dengan Realiti

Jangan sesekali kita merasakan “sesi membaca” bersama bayi itu adalah suatu yang sia-sia. Seringkali kita beranggapan yang bayi sekecil ini tidak faham apa yang dibacakan kepadanya. Sebenarnya, perkara ini adalah fakta yang tidak tepat.

Rutin membaca bersama bayi adalah sangat penting terutamanya dalam perkembangan bahasanya. Interaksi antara ibu bapa dan bayi semasa sesi membaca ini juga dapat mewujudkan ikatan “bonding time” yang berkualiti bersama mereka. Perkara ini secara tidak langsung akan merangsang perkembangan sosial yang baik buat si manja.

Pada peringkat ini, adalah lebih baik kita dapat menghubungkaitkan apa yang dibaca dengan realiti. Sebagai contoh, jika kita bercerita tentang tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan di taman, tunjukkan juga bunga yang sebenar sambil mengalakkan bayi untuk menyentuh sendiri bunga tersebut.

Rangsangan yang baik adalah rangsangan yang melibatkan kesemua sensori bayi tersebut. Contohnya, memegang bunga. Antara sensori yang terlibat dalam aktiviti ini ialah:

  •  Melihat bunga (visual)
  •  Memegang bunga (tactile)
  •  Menghidu bau bunga (olfaktori)
  •  Ibu menyebut nama dan sifat bunga (auditori)

Pengalaman sebenar seperti ini  adalah pelajaran yang terbaik buat si kecil tau! ?

Baby stimulation

Imej via videoblock.com

(Usia 6-12 bulan)

3. Mengimbas Kad Bunyi Huruf Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Dan Quran

Dudukkan bayi di pangkuan kita. Imbaskan 5 kad huruf samada BM, BI atau Quran pada setiap sesi. Tunjukkan kad huruf pertama 25cm daripada mata bayi. Seterusnya, sebut bunyi huruf dengan jelas sebanyak 2 kali. Ulang langkah yang sama pada kad yang seterusnya dalam kadar yang pantas.

Flash card

Imej via sg.carousell.com

4. Mempelbagaikan Bahan Bacaan

Pelbagaikan koleksi bahan bacaan buat si anak yang mempunyai gambar-gambar yang menarik dan teks bacaan pendek pada setiap muka surat.

Jadikan sesi membaca dalam suasana yang menyeronokkan dengan pelbagai intonasi dan mimik muka sesuai dengan jalan cerita yang digambarkan. Perkara ini dapat mengalakkan bayi anda merasai pelbagai emosi seperti gembira, sedih atau marah dan secara tidak langsung berimaginasi berdasarkan latar belakang kisah yang diceritakan oleh ibu bapa mereka.

Boardbook

Imej via almuttaqun.com

Banyak lagi aktiviti yang kita boleh lakukan bersama si manja bagi merangsang sistem sensori mereka. Rangsangan sensori adalah sangat PENTING di awal usia kerana sangat mempengaruhi dalam proses pembelajaran mereka kelak. Jom ibu ayah kita bermain bersama anak! ?

Sumber:

Buku “Ajar Anak Kecil Membaca Awal” oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi dan Encik Othman Ahamad.

Penulis: Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.