Apakah cadangan menu bayi 9 bulan yang boleh ibu bapa berikan kepada anak-anak?

Pada usia 9 bulan, bayi sudah mulai mengeksplorasi lingkungan sekitarnya dan mungkin sudah bersedian untuk mencuba pelbagai jenis makanan.

Pada tahap ini, penting untuk memastikan bahawa menu makanan yang diberikan kepada bayi bukan hanya makanan yang lazat, tetapi juga ianya harus mempunyai khasiat dan bergizi.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda 10 menu bayi 9 bulan yang sedap dan menyelerakan untuk di cuba.

1. Daging rebus cincang

Menu bayi 9 bulan idealnya memerlukan makanan yang tinggi zat besi dan vitamin C yang diolah menjadi tekstur lumat atau cincang kasar.

Para ibu boleh menyediakan bahan makanan seperti menjadikan ia bubur kasar tanpa perlu dikisar halus atau disaring. Contoh menu bayi 9 bulan adalah daging rebus cincang.

Bahan-bahan:

  • 200g daging lembu tanpa tulang, dipotong dadu
  • 2 sudu kecil minyak zaitun
  • 1/4 bawang kecil, dipotong
  • 1 biji lobak merah, dipotong dadu
  • 1 biji kentang kecil, dipotong dadu
  • 1 cawan air

Cara-cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak zaitun dengan api perlahan.
  2. Goreng daging lembu selama 2-3 minit.
  3. Masukkan bawang, lobak merah, kentang dan air
  4. Kacau sehingga air mendidih
  5. Perlahankan api dan biarkan daging masak selama 1 jam lebih
  6. Masukkan semua bahan-bahan dalam pengisar dan kisar sehingga sedikit lumat.
  7. Menu bayi 9 bulan anda siap!

2. Jejari kentang dan sayur

Finger food adalah makanan yang sudah dipotong kecil dan bayi dapat memakannya menggunakan tangannya sendiri

Menu finger food amat berkesan jika diberikan kepada anak-anak berumur 9 bulan. Ianya juga memberi manfaat dalam perkembangan dalam minda anak-anak.

Bayi sendiri memerlukan tenaga dan nutrien yang banyak untuk menyokong perkembangan mereka.

Pemilihan menu finger food amat penting kepada bayi yang berusia 9 bulan kerana risau bayi akan tercekik jika dibiarkan makan secara sendiri.

Beberapa contoh menu finger food yang selamat untuk menu bayi 9 bulan ke atas adalah potongan buah-buahan, potongan sayuran, dan potongan roti.

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Lobak merah
  • Tepung jagung
  • Ayam cincang
  • Pakchoy
  • Serbuk ayam

Cara-cara penyediaannya:

  1. Potong kentang dan rebus sehingga empuk.
  2. Lenyekkan kentang, masukkan carrot, pakchoy, ayam cincang, tepung jagung dan serbuk ayam.
  3. Bentukkan seperti jejari dan bekukan sebentar.
  4. Sedia untuk digoreng.
  5. Menu bayi 9 bulan anda siap!

3. Puding yogurt, ceri dan pudina

Bahan-bahan:

  • 2 cawan buah ceri, dibuang bijinya
  • 3 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil daun pudina, dipotong halus
  • 1 cawan yogurt penuh krim

Cara-cara penyediaannya:

  1. Dalam periuk kecil, masukkan ceri dan air dan masak dengan api sederhana selama 10 minit atau sehingga lembut dan kacau selalu. Biarkan sejuk sedikit.
  2. Menggunakan sudu berlubang, pindahkan ceri ke pengisar tanpa air rebusan tadi.
  3. Masukkan daun pudina dan kisar selama 1-2 minit atau sehingga licin.
  4. Tambah air rebusan tadi sedikit demi sedikit jika perlu.
  5. Campurkan dua sudu besar puri ceri tadi dengan dua sudu besar yogurt dan kacau hingga sebati.
  6. Menu bayi 9 bulan anda siap!

4. Pasta keju

Bahan-bahan:

  • 100g pasta macaroni
  • 10g mentega
  • 1 sudu kecil tepung
  • 1/4 cawan susu
  • 1/4 cawan krim
  • 1/2 cawan keju

Cara-cara penyediaannya:

  1. Masak pasta mengikut arahan paket.
  2. Dalam periuk kecil, panaskan mentega kemudian masukkan tepung dan kacau.
  3. Masukkan susu dan krim perlahan-lahan. Kacau sehingga mendidih.
  4. Perlahankan api dan masukkan keju.
  5. Masukkan pasta yang telah dimasak.
  6. Setelah masak, biarkan sejuk seketika dan kisar dalam pengisar.
  7. Menu bayi 9 bulan anda siap!

5. Kentang putar “KFC” versi bayi

Bahan-bahan:

  • Ubi kentang (direbus, tapis dan kisar sehingga hancur)
  • Stok ayam
  • Pes ayam
  • Puri labu
  • 1 sudu kecil tepung gandung
  • Bawang putih*
  • Bawang holland*
  • Daun saderi*
  • Sedikit mentega

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *
  2. Tumis bahan yang dikisar bersama mentega sehingga naik bau. Tambahkan stok ayam, pes ayam dan puri labu.
  3. Kacau sehingga masak. Kemudian masukkan tepung gandum untuk pekatkan kuah.
  4. Setelah siap kuah, curahkan ke atas kentang yang siap dikisar.
  5. Menu bayi 9 bulan anda siap!

6. Sup labu berkrim

Bahan-bahan:

  • 1/4 biji labu
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang holland (dihiris)
  • 1/2 batang saderi
  • 1 senduk bone broth
  • 1/3 cawan susu segar
  • Air secukupnya
  • Mentega (untuk menumis)
  • Secubit oregano dan parsley

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kupas labu dan lobak. Potong mengikut saiz yang anda suka.
  2. Tumis bawang bersama saderi sehingga naik bau. Kemudian tambah labu dan lobak. Biarkan ia seketika.
  3. Masukkan bone broth dan air (pastikan kuah tidak perlu banyak).
  4. Tutup api dan masukkan bahan dalam periuk ke dalam pengisar. Kisarkan sehingga halus.
  5. Kemudian masukkan semula ke dalam periuk, masak dengan api yang perlahan.
  6. Masukkan susu segar, oregano dan parsley. Setelah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
  7. Menu bayi 9 bulan anda siap!

7. Taufufa kurma

menu bayi 9 bulan

Bahan-bahan:

  • Kurma
  • Tofu

Cara-cara penyediannya:

  1. Buang biji kurma dan kukus bersama tofu.
  2. Buang kulit kurma setelah masak dan tapis air kurma tersebut.
  3. Cairkan sedikit kurma tadi dan curah atas tofu yang telah dikukus.
  4. Menu bayi 9 bulan anda siap!

8. Pasta bersama ayam sos

Bahan-bahan:

  • Pasta (rebus 5 minit dan toskan)
  • Isi ayam (dicincang)
  • Labu (sagat)
  • 1/4 biji tomato (hiris)
  • 1 biji bawang merah (kisar)
  • 1 sudu kecil tepung
  • Mentaga (unsalted)
  • Keju (sagat)
  • Minyak zaitun
  • 1 batang saderi (kisar)

Cara-cara penyediannya:

  1. Tumis bawang dan saderi hingga kuning bersama mentega.
  2. Masukkan ayam cincang dan air. Masak hingga ayam lembut.
  3. Masukkan labu sagat dan tomato. Masak hingga lembut.
  4. Masukkan tepung untuk pekatkan kuah.
  5. Tutup api dan masukkan keju.
  6. Tuang atas pasta.
  7. Renjiskan dengan minyak zaitun.

9. Pankek pisang dan keju

menu bayi 9 bulan

Bahan-bahan:

  • 1 biji pisang
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • Pengisar

Cara-cara penyediannya:

  1. Satukan semua bahan dan kisar.
  2. Panaskan kuali dan sapukan mentega.
  3. Masak adunan tepung dalam acuan dan siap.

10. Bubur tomato bersama labu dan ikan bilis

menu bayi 9 bulan

Bahan-bahan:

  • Bubur nasi atau beras perang
  • Stok ikan bilis
  • 1/2 biji tomato (potong dadu)
  • 1/4 biji labu (potong dadu)
  • Santan
  • Minyak zaitun (extra virgin)

Cara-cara penyediannya:

  1. Masak bubur nasi bayi hingga lembut.
  2. Masukkan tomato, labu dan santan. Masak hingga kuah jadi pekat.
  3. Masukkan stok ikan bilis.
  4. Renjiskan minyak zaitun sebelum dihidangkan.

Itulah beberapa menu bayi 9 bulan yang boleh dicuba. Pastikan untuk memperhatikan tekstur makanan agar sesuai dengan kemampuan mengunyah bagi bayi 9 bulan anda. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Selain dari menu bayi 9 bulan ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan penjagaan bayi seperti:

Sumber:

  1. Feeding Your 9-Month-Old: Food Ideas and a Sample Meal Plan. Healthline
  2. Resepi Masakan Makanan Untuk Bayi 7 Bulan Ke atas. Nur Sumayyah

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.