Cepat betul bayi kita membesar. Sedar tidak sedar sudah masuk pada usia 6 bulan kelahirannya. Kita sebagai ibu bapa rasa macam baru semalam anak lahir ke dunia. Begitulah tumbesaran seorang bayi yang sangat pantas. Bila bayi sudah berumur 6 bulan, ini adalah saat yang tepat untuk mencuba makanan. Makanan bayi 6 bulan tentunya perlu mengikut saranan pakar.
Hal ini disebabkan kerana, pada ketika itu sistem penghadaman bayi masih belum cukup matang untuk menerima dan menelan makanan.
Mungkin ramai yang tidak tahu apakah itu “4 days wait rule”. Untuk pengetahuan anda, 4 days wait rule menjadi tips paling berkesan kepada anda yang mahu memperkenalkan makanan kepada bayi buat pertama kali. Ini termasuklah bagi makanan bayi 6 bulan juga.
Melalui kaedah ini, bayi kebiasaannya akan diberi satu jenis makanan sahaja untuk tempoh 4 hari. Selepas 4 hari, barulah makanan jenis lain pula diberikan kepada bayi tersebut.
Kaedah ini pasti kaya dengan pelbagai manfaatnya seperti:
Menurut ahli pediatrik, kaedah 4 days wait rule boleh diteruskan sehingga anak berusia 12 bulan. Namun seiringnya bertambah umur anak, anda sudah boleh mula untuk mencampurkan pelbagai bahan ke dalam satu gabungan makanan.
Pulse soup adalah sejenis sajian daripada sup pekat. Perkataan pulse soup ini sebenarnya berasal dari perkataan Latin. Bagi ibu yang mahu mencubanya, anda hanya perlu rebuskan air dengan sayuran pilhan seperti lobak atau kentang yang sudah dipotong kecil.
Apabila sayuran tersebut lembut dan masak, lenyekkan sahaja campurannya lalu berikan ia kepada makanan bayi 6 bulan.
Sebelum masak puri buah anda, pastikan terlebih dahulu buah-buahan tersebut dibasuh dan dimasak kecuali avokado dan pisang. Hal ini dijelaskan oleh pakar pemakanan kanak-kanak sendiri yang yakin proses memasak buah-buahan akan memudahkan proses pencernaan bagi perut bayi yang belum matang.
Selain itu, ia juga boleh mengurangkan risiko bayi tercekik, masalah pencernaan, memusnahkan bakteria buah, alahan, dan mendapat tekstur serta rasa yang lebih berbeza.
Antara buah-buahan yang boleh anda berikan termasuklah seperti epal, avokado, aprikot, pisang, mangga, betik, pic, plum, prum, labu kuning, tembikai, nanas, dan kiwi.
Makanan bayi 6 bulan yang seterusnya adalah puri sayur. Sayur-sayuran mempunyai pelbagai sumber vitamin dan mineral yang bagus untuk bayi anda. Inilah masa yang tepat untuk anda ubah bayi gemarkan sayur.
Pada ketika usia sebegini, bayi akan mencuba pelbagai jenis rasa dan tekstur buat pertama kali. Mereka akan rasa dan cuba tanpa sebarang penolakan.
Jika ada reaksi pelik di wajah bayi anda, itu tandanya mereka tidak menggemarinya. Antara sayuran pilihan yang sesuai adalah seperti ubi kentang, lobak merah atau labu.
Cara masaknya mudah sahaja. Hanya kukus sayur-sayuran tersebut lalu lenyekkan ia menjadi puri. Sedia untuk dihidangkan.
Bubur nasi tanpa tambahan perisa garam dan gula memberikan sumber karbohidrat yang membekalkan tenaga. Namun perlu diingatkan supaya anda kisar halus nasi kosong tersebut sebelum diberikan kepada anak.
Hal ini untuk mengelakkan anak menjadi seorang picky eater. Bahkan penting untuk membina deria rasa yang baik agar anak dapat menikmati rasa sebenar makanan.
Bijiran segera memang tidak disarankan untuk diberi kepada bayi anda. Namun sebenarnya anda boleh buat sendiri resepi bubur bijiran yang diperbuat daripada pelbagai jenis bijirin seperti gandum, oat atau barli.
Makanan bayi 6 bulan yang terakhir untuk para ibu cuba adalah sup sayur. Apa yang perlu anda buat adalah rebuskan pelbagai campuran sayuran dan stok air rebusan diberikan sebagai sup.
Sayur-sayuran hijau seperti sawi dan bayam serta kacang pis disarankan untuk anda cuba campur ke dalam sup sayur.
Tidak susah sebenarnya untuk para ibu di luar sana memilih makanan bayi 6 bulan yang tepat. Hanya tahu tips dan triknya, anda boleh sajikan hidangan yang berkhasiat dan digemari anak setiap hari tanpa susah hati.
Anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik seperti:
Rujukan: