Ramai ibu yang habis berpantang sedang mencari susu formula untuk bayi kerana pelbagai sebab sehingga menyukarkan mereka untuk menyusukan bayi secara penuh. Justeru, apakah tips pilih susu formula bayi yang boleh anda rujuk sebelum membeli?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tips pilh susu formula bayi yang terbaik.

1. Ketahui jenis susu formula untuk bayi

Terdapat pelbagai jenis susu formula untuk bayi yang ada di pasaran hari ini sehinggakan kita menjadi rambang mata untuk memilh yang terbaik. Antara jenis utama susu formula bayi adalah:

  • Formula berasaskan susu lembu: formula yang membentuk kira-kira 80% daripada semua formula yang dijual. 
  • Formula terhidrolisis: formula jenis ini mengandungi protein yang telah dipecahkan (terhidrolisis) kepada protein yang lebih kecil yang boleh lebih mudah dihadam. 
  • Formula soya: formula yang diperbuat daripada susu soya mengandungi protein (soya) dan karbohidrat seperti glukosa atau sukrosa. 
  • Formula khusus: formula khusus tersedia untuk bayi yang mempunyai keperluan perubatan tertentu atau bayi pramatang.

Susu formula ini juga boleh didapatkan dalam tiga bentuk iaitu:

  • Formula serbuk perlu dicampur dengan air.
  • Formula cecair pekat juga perlu dibancuh dengan air.
  • Formula sedia untuk digunakan, juga dipanggil sedia untuk disuap, adalah pracampuran dan tidak memerlukan sebarang air tambahan.

2. Sesuaikan dengan bajet

Walaupun susu dari jenama terkenal dan dikenali diwar-warkan melalui kajian saintifik yang teliti dan menyeluruh serta memakan masa yang lama sebelum dipasarkan.

Namun halnya demikian, anda sebagai ibu bapa perlu bijak dalam berbelanja di samping mendapatkan nutrisi yang terbaik untuk anak-anak.

Maklumlah, bayi anda bukan cukup sebulan sekotak susu. Jika anda tidak cakna hal ini, mungkin anda akan bergelut untuk menguruskan kewangan dalam rumah tangga nanti.

Tambahan lagi, kadangkala jenama yang terkenal dan mahal itu kelihatan hebat disebabkan faktor pengiklanan dan pemasarannya yang gempak.

3. Baca label dengan teliti

tips pilih susu formula bayi

Perkara yang selalu kita terlepas pandang adalah untuk membaca dan menyemak label kandungan yang terdapat pada susu tersebut.

Penting untuk anda memastikan susu tersebut mengandungi semua nutrisi yang penting bagi tumbesaran bayi.

Contohnya vitamin A, penting dalam mengekalkan kesihatan kulit bayi dan membran mukus serta meningkatkan fungsi mata. Manakala DHA pula, penting bagi perkembangan emosi dan mental bayi.

Selain itu, lihat juga nutrisi penting lain yang diperlukan oleh mereka seperti zat besi, zink, vitamin B12 dan vitamin D.

Elakkan dari memilih susu yang ada kandungan gula tambahan yang tinggi kerana ini boleh memacu kepada masalah kesihatan di peringkat usia yang sangat muda.

4. Pilih ikut peringkat usia

Untuk para ibu bapa yang kali pertama membeli susu bayi, anda juga mungkin keliru dengan perkataan seperti ‘Langkah 1’ dan ‘Langkah 2’:

  • Susu ‘Langkah 1’ (Step 1): Susu bayi ini sesuai untuk bayi yang berusia sejak lahir hingga umur 12 bulan.
  • Susu ‘Langkah 2’ (Step 2): Susu bayi ini sesuai untuk bayi yang berusia lebih daripada 6 bulan hingga 18 bulan.
  • Susu ‘Langkah 3’ (Step 3): Susu bayi ini sesuai untuk bayi yang berusia daripada 1 tahun ke atas.

Sebenarnya kebanyakkan susu formula mempunyai tahapan bagi setiap tumbesaran anak itu sendiri. Anda perlu pilih susu mengikut peringkat usia anak.

Hal ini kerana bahan-bahan yang terkandung dalam setiap susu adalah berbeza-beza dan ia akan mempengaruhi tumbesaran serta perkembangan otak anak-anak mengikut peringkat usia.

5. Cuba sampel terlebih dahulu

tips pilih susu formula bayi

Beli susu anak bukan ikut kemahuan kita tetapi ikut kemahuan anak. Semahal mana pun susu yang kita beli tetapi jika anak tidak sesuai meminumnya dan bahkan mengalami alahan atau masalah seperti kembung perut, sembelit, ruam, anda tidak boleh terus menggunakannya.

Justeru itu, untuk mendapatkan susu formula yang serasi dengan anak, anda boleh cuba dapatkan sampel susu tersebut atau jika tiada sampel, belilah dalam saiz yang kecil.

Cuba dahulu beberapa kali, jika anak boleh menerima susu tersebut dan tidak memberi respon yang buruk pada kesihatannya, barulah beli.

Selain dari tips pilih susu formula bayi ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan para ibu di luar sana seperti:

Sumber:

  1. Choosing the Right Baby Formula: A Guide. Healthline
  2. Formula Feeding FAQs: Getting Started. Kids Health

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.