Maksud rezeki adalah sangat luas, maknanya banyak cabang-cabang dan ianya bukan tertakluk kepada duit atau wang ringgit semata-mata. Perkataan rezeki yang berasal daripada perkataan arab ini “rizqi”, secara tepatnya bermaksud “sesuatu yang diberi atau sesuatu yang dikurniakan”.

Rezeki juga termasuklah mempunyai tubuh badan yang sihat, dipermudahkan urusan untuk melakukan tugasan atau pergi ke sesuatu tempat, boleh tersenyum, merasa gembira dan dapat tidur dengan lena. Semuanya adalah rezeki.

menjemput rezeki
Imej via [news.detik]

Allah SWT Pemberi Rezeki Kepada Semua Orang Islam Dan Bukan Islam

Allah S.W.T. adalah pemberi rezeki yang mutlak dan Dia memberi kepada sesiapa sahaja rezeki-Nya yang dikehendaki sama ada umat Islam ataupun bukan Islam.

Ianya adalah refleksi kepada sifat Allah S.W.T., iaitu Allah Maha Pengasih (Ar-Rahman) tetapi, hanya dengan sifat Allah yang memberi rahmat, ia hanya khas untuk umat Islam sahaja. Oleh sebab itu, hanya umat Islam yang terpilih peroleh rahmat Allah dan rezeki itu telah ditetapkan sejak dari perut ibu lagi atau di loh mahfuz.

menjemput rezeki
Imej via [prd]

15 Amalan Menjemput Rezeki Wajib Kita Lakukan

Terdapat beberapa amalan yang dapat menjemput rezeki kepada kita yang boleh kita amalkan. Dengan mengamalkan amalan menjemput rezeki ini, kemungkinan anda akan terkejut dengan rezeki yang tidak disangka-sangka datang kepada anda. Mari kita ketahui 15 amalan menjemput rezeki yang perlu kita amalkan seharian.

1. Banyakkan Beristighfar

Beristighfar adalah satu amalan menjemput rezeki dengan cara merintih dan membuat pengakuan dosa di hadapan Allah S.W.T. Yang menjadi sebab Allah S.W.T.  mengasihani kepada hamba-hambaNya, adalah istighfar. Lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan hambaNya yang dikehendakiNya serta menjemput rezeki kepada kita.

2. Sentiasa Mengingati Allah S.W.T.

Mengamalkan amalan mengingati Allah S.W.T. juga akan menjemput rezeki serta membuatkan hati menjadi tenang. Kehidupan juga akan terasa lapang. Ini merupakan rezeki yang hanya Allah S.W.T. berikan kepada orang-orang yang beriman dengan mengingati-Nya.

3. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini adalah termasuklah menggembirakan hati dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin. Amalan menjemput rezeki dengan berbuat baik dan menolong isteri dan anak-anak yang masih kecil juga tidak dillupakan.

4. Meninggalkan Perbuatan Yang Mendatangkan Dosa

Meninggalkan perbuatan yang mendatangkan dosa juga akan menjemput rezeki datang kepada kita. Allah S.W.T. amat menyukai hambanya yang meninggalkan kemungkaran. Hidup tanpa melakukan dosa besar dan dosa kecil pastinya satu anugerah untuk kita.

5. Menunaikan Hajat Orang Lain

Menunaikan hajat orang lain juga menjadi asbab Allah S.W.T. melapangkan rezekiNya dalam bentuk tertunainya hajat sendiri. Sebab itulah, kita disarankan memikirkan hal orang lain yang lebih penting berbanding diri sendiri. Sabda Rasulullah S.A.W. :

“Barang siapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah S.W.T. akan menunaikan hajatnya”

(Hadis Riwayat Muslim)

6. Sentiasa Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa

Mendoakan kedua-dua ibu bapa juga merupakan salah satu amalan yang mendatangkan rezeki. Apabila ibu bapa redha dengan kita, segala urusan kita dipermudahkan. Lebih mudah juga untuk kita menjemput rezeki. Sabda Rasulullah S.A.W. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki Allah S.W.T. daripadanya.”

(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Rasulullah S.A.W. juga pernah berpesan bahawa sesiapa yang menginginkan panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturrahim.

menjemput rezeki
Imej via [jogja]

7. Bertawakal

Bertawakal dengan setiap perkara yang kita lakukan sepanjang hidup ini, itulah yang terbaik sebagai hambaNya. Dengan bertawakal juga, automatiknya dapat menjemput rezeki datang kepada kita.

Firman Allah S.W.T.:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya) .”

Surah At-Thalaq : Ayat 3

8. Berikhtiar Dengan Sepenuh Kudrat

Amalan menjemput rezeki juga adalah dengan cara berikhtiar sepenuh kudrat. Apabila Allah melihat kesungguhan anda, pasti ia menjadi sebba Allah kurniakan rezeki kepada anda. Siapa yang berusaha pasti dia akan mendapatkannya. Ini merupakan sunnatullah dan dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa: 

“Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. berikan kepada orang yang dicintai-Nya saja.” 

(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, pastilah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Contohnya, hendak tenang perlu dibacanya Al-Quran, hendak dapat anak yang baik, perlu dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat perlu dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak rezeki yang berkat perlulah dijauhinya yang haram, dan sebagainya. Begitu jugalah dengan amalan menjemput rezeki yang perlu diamalkan.

menjemput rezeki
Imej via [fadam2651]

9. Mengamalkan Zikir Dan Bacaan Ayat Al-Quran Yang Tertentu

Zikir dari ayat-ayat Al-Quran selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah dan lain-lain lagi. Selain mudah memahami agama dan diberi kemanisan iman, mengamalkan zikir adalah salah satu amalan menjemput rezeki.

Salah satu nama Allah S.W.T. iaitu Al-Fattah yang ertinya Maha Membukakan dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu, serta ada juga hadis menyebut, sesiapa yang baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kemiskinan (kepapaan).

10. Sentiasa Berdoa

Berdoa merupakan salah satu amalan menjemput rezeki. Berdoa juga dapat menjadikan kita dekat dengan Allah S.W.T., begitulah apa yang dihajati akan diperkenankan-Nya. Oleh itu, amalkanlah amalan menjemput rezeki dengan sentiasa berdoa pada Allah SWT.

11. Sering Solat Tahajud

Terdapat pelbagai keterangan bahawa amalan solat tahajud dapat menjemput rezeki serta menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati oleh orang. Mereka mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Selain menjemput rezeki, doanya juga mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

menjemput rezeki
Imej via [says]

12. Sering Bangun Awal Pagi

Antara amalan menjemput rezeki juga adalah sering bangun awal pagi. Rasulullah S.A.W. pernah berkata bahawa memulakan aktiviti harian selepas solat subuh adalah satu amalan yang berkat. Nak rezeki yang banyak, kena sentiasa bangun pagi ya?

13. Banyakkan Berselawat

Ada hadis yang menganjurkan supaya berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W. jika hajat atau cita-cita tidak tertunai. Hal ini kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta menjemput rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat yang diinginkan. Banyakkan berselawat adalah amalan menjemput rezeki yang harus kita amalkan setiap hari.

14. Membuat Kebajikan

Membuat kebajikan juga merupakan salah satu amalan menjemput rezeki ramai tidak tahu. Membuat kebajikan juga akan menjadikan rezeki semakin murah dan anda bakal disayangi oleh semua orang.

menjemput rezeki
Imej via [aboutislam]

15. Sentiasa Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat sewaktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia juga mempunyai rahsia tersendiri iaitu senang menjemput rezeki masuk. Jadikanlah solat dhuha sebagai kewajipan anda setiap hari biarpun ia adalah sunat kerana terdapat banyak kebaikannya. Allah SWT berfirman:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” 

(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Kesimpulannya, 15 amalan di atas perlu diamalkan hari-hari untuk menjemput rezeki yang melimpah ruah. Marilah sama-sama kita lakukan amalan menjemput rezeki tersebut untuk diperluaskan lagi rezeki kita. Jom baca juga Doa murah rezeki, kelebihan surah Al-Waqiah, Solat dan rezeki dan 8 jenis rezeki dari Allah SWT.

Rujukan:

  1. hafiszankamarudin
  2. lancarrezeki
  3. Zayan

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.