Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

8 Jenis Rezeki (Bentuk Rezeki Dari Allah Kita Tidak Sedar)

Setiap manusia telah ditetapkan rezekinya oleh Allah dan ianya adalah berbeza-beza mengikut setiap manusia. Janganlah, kita merungut atau angkuh apabila…

Motivasi & TazkirahDikemas kini 16 Jun 2019oleh Nik Fatin Fuadi
Senarai 8 jenis rezeki yang dikurniakan Allah kepada hambaNya dengan ilustrasi ayat Al-Quran

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.

Setiap manusia telah ditetapkan rezekinya oleh Allah dan ianya adalah berbeza-beza mengikut setiap manusia. Janganlah, kita merungut atau angkuh apabila dikurniakan rezeki. Sebagai manusia, kita hendaklah yakin dan percaya bahawa rezeki Allah itu amat luas. Kita boleh mengubahnya dengan usaha dan doa.

Mari kita lihat serba sedikit perkongsian mengenai jenis-jenis rezeki daripada Puan Nora Zyan agar minda kita akan lebih terbuka tentang rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kita iaitu hambaNya.

8 Jenis Rezeki yang patut diketahui ialah:

1. Rezeki Yang Telah Dijamin

  • Kita tidak perlu terlalu bimbangkan urusan rezeki kerana Allah telah menjamin bahagian rezeki kita di dunia sejak berada di dalam kandungan lagi.

Tangan menerima rezeki yang dijamin Allah

imej via Facebook

2. Rezeki Kerana Usaha

  • Walaupun kita sudah dijamin rezeki oleh Allah, namun bukan bermakna kita hanya duduk menunggu rezeki datang tanpa sebarang usaha.

Orang bekerja keras mencari rezeki melalui usaha

imej via Facebook

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

  • Allah sangat suka hamba-Nya yang bersyukur. Syukuri segala nikmat yang Allah kurniakan akan menjemput lebih banyak keberlimpahan rezeki. 

Tangan mensyukuri nikmat dan rezeki yang diterima

imej via Facebook

4. Rezeki Tidak Terduga

  • Terkadang ada juga rezeki yang datang tidak dijangka seperti kawan atau bos tiba-tiba belanja. 

Rezeki tidak terduga dalam bentuk pemberian

imej via Facebook

5. Rezeki kerana Istighfar

  • Dosa menjadi salah satu punca rezeki tersekat. Istighfar dan memohon keampunan atas dosa yang dilakukan akan membuka pintu rezeki. 

Orang beristighfar memohon keampunan dan rezeki

imej via Facebook

6. Rezeki Kerana Menikah

  • Jangan takut untuk bernikah atas faktor rezeki kerana Allah sudah menetapkan rezeki untuk hambaNya yang menikah.

Pasangan suami isteri selepas akad nikah

imej via Facebook

7. Rezeki Kerana Anak

  • Saat anak lahir ke dunia, saat itu juga ia membawa rezeki. Allah juga sudah menetapkan rezeki utuk anak tersebut.

Bayi atau anak kecil sebagai sumber rezeki

imej via Facebook

8. Rezeki Kerana Sedekah

  • Saat bersedekah, Allah telah menjanjikan balasan sepuluh kali ganda daripada harta yang kita sedekah.

Tangan memberi sedekah kepada orang memerlukan

imej via Facebook

*Kita hendaklah sentiasa yakin bahawa rezeki dikurniakan oleh Allah itu selalu ada cuma ianya daripada pelbagai bentuk. Tidak semestinya rezeki itu merupakan rezeki yang boleh nampak dengan mata kasar tetapi harus dilihat dengan mata hati.

Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.