Tidak sedikit sebaliknya ramai, baik lelaki mahupun wanita yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk mengekalkan rambut yang sihat dan menawan.
Pelbagai produk digunakan sama ada dari bahan semula jadi mahupun bahan kimia, namun kedua-dua masih tidak menampakkan kesan yang diingini.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang manfaat minyak buah keras yang boleh anda gunakan dalam kehidupan seharian khususnya dalam aspek penjagaan rambut yang sihat.
Umumnya buah keras ini menjadi bahan utama dalam rata-rata masakan orang Asia. Ia banyak digunakan sebagai perencah, sambal ataupun gulai.
Fungsi utama buah keras dalam masakan adalah untuk memberi kepekatan masakan berkuah, memberikan aroma (manis) dan tidak lupa juga menambahkan kelazatan.
Kita hanya sebut mengenai biji buah keras itu sahaja, tetapi mungkin tidak ramai yang tahu akan manfaat minyak buah keras itu sendiri.
Manfaat minyak buah keras sentiasa berkait rapat dengan kegunaannya dalam menjadikan rambut lebih lebat, kuat, menawan, dan sihat.
Jenis nutrisi | Kandungan nutrisi |
Tenaga (kj) | 1,979.0 KJ |
Tenaga (cal) | 473.0 cal |
Air | 24.4 mL |
Lemak | 49.9 g |
Protein | 7.8 g |
Karbohidrat | 0.0 g |
Karbohidrat kompleks | 0.0 g |
Potasium | 876.0 mg |
Sodium | 14.0 mg |
Fosforus | 1,060.0 mg |
Kalsium | 140.0 mg |
Magnesium | 410.0 mg |
Zink | 2.7 mg |
Zat besi | 2.7 mg |
Zat tembaga | 6.9 mg |
Kadnium | 0.1 ug |
Vitamin B1 | 4.2 mg |
Vitamin B2 | 0.0 mg |
Vitamin B3 | 1.3 mg |
Manfaat minyak buah keras yang utama adalah dapat melebatkan rambut.
Ia mengandungi polifenol, asid oleik, dan asid linoleik yang mempunyai sifat antioksidan dan menyebabkan kelonggaran otot di kawasan folikel rambut sehingga merangsang pertumbuhan rambut sendiri.
Rambut beruban itu normal kerana setiap dari kita mempunyai folikel rambut di mana terletaknya sel pigmen yang menghasilkan melanin sebagai zat yang memberi warna pada rambut.
Kajian menunjukkan bahawa rambut hitam yang bertukar putih sebelum pada masanya mempunyai kaitan rapat dengan masalah seperti genetik, kurang vitamin, stres atau tekanan, pengambilan ubat-ubatan, penggunaan produk rambut yang tidak bersesuaian, faktor gaya hidup dan sebagainya.
Dengan penggunaan minyak buah keras, mungkin ia dapat membantu anda dalam menangani masalah rambut beruban yang ketara.
Kajian mengatakan bahawa manusia akan kehilangan 80 – 100 helai rambut setiap hari. Ia berlaku sama ada kita menyikat atau tidak rambut itu.
Dengan adanya kandungan asid oleik dalam minyak buah keras, ia dapat melambatkan lagi keguguran rambut.
Pasti ramai yang ingin tahu setelah membaca manfaat minyak buah keras tadi, adakah minyak ini boleh dibuat sendiri di rumah?
Jawapannya, ya! Kita boleh hasilkan minyak buah keras ini sendiri di rumah dengan cara yang begitu mudah sahaja.
Selain dari petua manfaat minyak buah keras ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:
Rujukan: