Tahukah anda manfaat kulit pisang memainkan peranan yang penting gdalam menjadikan kesihatan dan kecantikkan manusia itu tampak lebih menarik?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan manfaat kulit pisang untuk kesihatan dan kecantikkan para wanita.

Apa itu kulit pisang?

Pisang ialah buah tropika kedua paling biasa yang dimakan di seluruh dunia, dengan kira-kira 119.83 juta tan dihasilkan di seluruh dunia merangkumi 16% daripada pengeluaran buah dunia.

Namun semestinya, banyak penggunaan maka akan lebih banyak datang pembaziran. Kebanyakan sisa yang dihasilkan daripada penggunaan pisang berasal daripada kulit, yang membentuk 30% hingga 40% daripada berat.

Menurut laporan, pisang menghasilkan kira-kira 3.5 juta tan sisa kulit pisang setiap tahun. Sisa kulit pisang mengandungi sebatian organik kaya karbon yang boleh mengambil masa sehingga dua tahun untuk terurai dan terbiodegradasi.

Justeri, ia mewujudkan bau dan menghasilkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) yang berlebihan sehingga menyumbang kepada perubahan iklim.

Salah satu sebab pisang menghasilkan bahan buangan yang begitu banyak adalah kerana manusia menganggap bahawa kulitnya tidak boleh dimakan dan tidak berguna. 

Hakikat, kulit pisang sangat lazat dan bernutrisi serta mempunyai potensi besar jika dikomersialkan sebagai bahan kecantikkan atau produk makanan.

Khasiat dan nutrisi

manfaat kulit pisang

Kulit pisang kaya dengan protein, serat makanan, vitamin C, vitamin A, kalsium, zat besi, asid amino penting, asid lemak tak tepu, antioksidan dan kalium. 

Ia adalah sumber amina biogenik tertentu (katekolamin) termasuk dopamin, epinefrin, norepinefrin dan serotonin, yang penting untuk kesihatan mental, fungsi sistem saraf dan kawalan tekanan darah. 

Kulit pisang juga mempunyai sifat antioksidan, anti-diabetes, anti-mutagenik, anti-cirit-birit, anti-tumor dan anti-ulserogenik.

Manfaat kulit pisang dan cara menggunakannya

Terdapat banyak manfaat kulit pisang kepada aspek kesihatan dan kecantikkan. Antaranya adalah seperti:

1. Melembapkan kulit

manfaat kulit pisang

Menggosok kulit pisang pada kulit anda atau meletakkannya pada muka anda seperti topeng boleh berfungsi sebagai pelembap semula jadi, di samping mengurangkan bengkak, kemerahan dan kerengsaan. 

Walaupun tidak banyak kajian khusus yang menyokong dapatan ini, pakar dermatologi percaya bahawa tanin dan fitonutrien dalam kulit pisang boleh memberi manfaat kepada kulit wajah.

2. Mengurangkan garis halus dan kedutan

Manfaat kulit pisang yang seterusnya adalah dapat menggalakkan kesihatan kulit dengan melawan kerosakan radikal bebas.

Ia kaya dengan fitokimia, seperti polifenol dan karotenoid, yang mempunyai kesan perlindungan dan boleh membantu memberikan kulit anda kelihatan lebih muda.

3. Melegakan masalah kulit

manfaat kulit pisang

Kulit pisang dikatakan mempunyai sifat anti-radang, antioksidan dan antimikrob. Penyelidikan mencadangkan bahawa ia mempunyai kesan menenangkan pada kulit dan boleh membantu melegakan keadaan seperti psoriasis dan ekzema, sambil mengurangkan rasa gigitan pepijat, luka, selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Kajian menunjukkan bahawa tannin dalam kulit pisang mempunyai aktiviti antimikrob dan boleh menghalang pertumbuhan bakteria penyebab jangkitan.

4. Meningkatkan kesihatan oral

manfaat kulit pisang

Kulit pisang mempunyai sifat antibakteria dan boleh digunakan sebagai ubat gigi untuk melawan jangkitan oral dan meningkatkan kesihatan gusi anda.

5. Membuat rambut bersinar

Manfaat kulit pisang yang lain juga boleh digunakan untuk menambah kelembapan dan menyinarkan rambut anda. 

Caranya gosokkan rambut anda dengan bahagian dalam kulit pisang secara menyeluruh dengan lembut.

6. Melancarkan penghadaman

Kulit pisang yang kaya dengan serat boleh membantu mengawal sistem pencernaan, mengurangkan sembelit dan cirit-birit. 

Kita boleh mendapat manfaat kulit pisang yang sangat penting khususnya bagi penghidap penyakit Crohn atau sindrom usus yang merengsa .

7. Membuat penglihatan lebih baik

Vitamin A boleh membantu memastikan mata anda kuat dan sihat. Vitamin ini banyak terdapat dalam isi pisang dan kulit pisang.

8. Mengurangkan risiko kanser

Kulit pisang kaya dengan polifenol, karotenoid, dan antioksidan lain yang melindungi tubuh anda daripada radikal bebas yang menyebabkan kanser. 

Mengambil lebih banyak kulit pisang boleh meningkatkan tahap antioksidan dan mengurangkan peluang anda mendapat kanser.

9. Mengelakkan kemurungan

Vitamin B6 dan kandungan triptofan yang tinggi dalam pisang boleh membantu mengurangkan beberapa gejala kemurungan dan gangguan mood yang lain.

Tryptophan digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, yang meningkatkan mood anda. Vitamin B6 boleh membantu meningkatkan tidur, yang akhirnya mempunyai kesan yang baik pada mood.

10. Sebagai pertolongan cemas

Ia memberikan kelegaan daripada ruam ivy, gatal-gatal dan gigitan pepijat kerana sifat antioksidan dan anti-radangnya.

Dengan meletakkan kulit pisang beku di dahi dan di belakang leher, ia boleh membantu melegakan migrain secara semula jadi dan mengurangkan sakit kepala .

Produk yang terhasil dari kulit pisang

Berikut adalah beberapa produk inovatif yang menjadikan manfaat kulit pisang sebagai bahan dalam penyediaan makanan dan minuman:

  • Daging kulit pisang: Sejenis sajian sarapan pagi yang diperkenalkan oleh Brazil di mana daging dengan campuan rempah rahsia dibungkus bersama kulit pisang.
  • Snek kulit pisang: Kulit pisang yang dehidrasi dan dijadikan snek kering.
  • Rum kulit pisang: Kulit pisang dijadikan sejenis minuman beralkohol seperti wiski.
  • Tepung kulit pisang: Konflik Rusia-Ukraine telah mencetuskan idea produk unik ini. Tepung kulit pisang mempunyai kandungan serat makanan yang lebih tinggi untuk membuat roti, pasta dan pencuci mulut.
  • Roti kulit pisang: Roti pisang klasik dibakar dengan tepung organik, mentega asli, telur segar, gula tebu, vanila Madagascar dan dua biji pisang yang telah masak bersama kulitnya.
  • Teh kulit pisang: Kulit pisang direbus selama 10 minit untuk dijadikan minuman hangat seperti teh.

Selain dari manfaat kulit pisang ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan khasiat buah-buahan seperti:

Sumber:

  1. Don’t Throw Out That Banana Peel! Here Are 8 Ways to Use It. Dr. Axe
  2. Heal With Banana Peel: Learn These Skincare Tricks For a Natural Glow Up. Health Shots
  3. Uses of Banana Peels for Skin Care, Hair Health, First Aid, and More. Healthline

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.